RUMAH ATAS BUKIT

0
1055

RUMAH ATAS BUKIT
Nukilan: Syahida Lambri

================================

*Karya yang tidak disunting*

Selama 5 tahun aku lalui macam macam dugaan di rumah kecil ini. Aku banyak diamkan diri. Malam ini aku akang cerita dimana bermulanya pelbagai benda misteri.

Bulan 6, tahun 2015.

Tarikh aku tidak ingat, tapi pertengahan tahun itu suami aku diarahkan berpindah ke tempat baru.

Semasa aku menulis kisah ini, aku telah berpindah ke daerah lain.

Aku sekeluarga di tempatkan sebuah rumah kecil diatas bukit.

Rumah tersebut terletak di atas bukit, terpinggir dari rumah lain. Suasana yang cukup sunyi dan dikelilingi pokok-pokok. Pintu rumah betul betul menghadap ke hutan.

Siang pun rasa suram, apatah lagi malam.

“Sayang ada pokok belimbing buluh” jerit suamiku dari tepi rumah.

Aku pun pergi melihat pokok belimbing buluh itu. Memang lebat buahnya merimbun, penuh setiap dahannya.

“Ni kalau masak asam pedas letak buah ni, mesti sedapkan bang”

“Sayang mana boleh makan pedas, perut tu kan sakit” pantang dia dengar aku nak makan pedas, mesti dia bising. Takut sakit gerd aku lagi teruk.

Aku pun melangkah masuk ke rumah. Semuanya macam biasa, tidaklah kotor cuma ada sedikit sampah-sampah plastik besar.

Ruangan dapur yang comel, cuma serabut dengan barang barang yang tidak digunakan. Mungkin penghuni sebelum jarang gunakan kawasan dapur.

“Abang! Kakak!, jomlah kita mula kemas. Nanti dah malam” Aku nak siapkan kemas awal, supaya malam boleh rehat.

Suami aku masih sibuk arahkan orang angkat barang barang susun ke tempatnya terus. Peti ais terus letak sebelah ruangan tengah. Mudahkan kerja aku.

“Krekkkk bammmm” pintu bilik tertutup sendiri. Takkan budak budak ini main pintu.

Aku pusing dan melangkah ke pintu bilik tersebut. Pulas tombol pintu, tiada siapa pun dalam bilik itu. Meremang rasa tengkuk.

“Arghhh, angin kot tiup” aku nak sedapkan hati.

Aku dan anak anak teruskan mengemas sampah sampah yang tinggal. Masukkan semua dalam plastik hitam, sapu dan mop lantai yang berhabuk itu.

*******************

Pukul 11 malam, semua lepak kepenatan. Anak anak aku pun dah tidur dalam bilik masing masing.

Aku dan suami belum mengantuk. Cuma badan rasa sakit sakit penat mengemas.

“Abang ni sayang ada buatkan air milo” aku lepak berdua depan tv.

Untung aku sebab penghuni lama tidak cabut piring astro dia. Jadi aku hanya pasang je. Piring astro aku masih dalam kotak belum buka. Ada kisah misteri juga disebalik piring astro, nanti episod lain aku akan ceritakan.

Aku pun layan borak dengan suami, sambil mata layan tv dan handphone. Suasana memang sunyi dan gelap.

Tiba tiba….

Aku terpandang cermin tingkap dibelakang kerusi suami aku duduk.

Ada kain warna putih lama (macam ada tanah), melekap dekat cermin. Kebetulan langsir memang di ikat ke tepi.

Aku dah gigil seram sejuk satu badan ini. “Ya Allah! betul ke yang aku nampak ni”.

Badan aku dah rasa kaku, mulut terkunci. Aku tak percaya apa yang aku nampak.

Aku cuba baca apa yang aku tau. Ada yang berulang ulang aku baca, jantung dup dap laju.

Aku pejam mata. “Pergi kau jangan ganggu keluarga aku” aku berkata dalam hati.

“Sayang! kenapa?” Suami ku memanggil, dia tengok aku macam cemas.

Perlahan lahan aku cuba buka mata. Terus aku whatsapp suami aku. Aku tak mampu nak berkata.

“Abang, ada benda dekat belakang Abang” menggigil tangan aku menaip masa tu. Aku tidak berani nak menoleh ke tingkap tadi.

Suami aku pun terus bangun dari kerusi tanpa sepatah kata, terus tutup langsir.

“Jomlah kita tidur”

***********

Esoknya baru berani aku cerita pada suami, apa yang aku nampak.

Sehelai kain yang berwarna putih yang dah lama bercampur tanah dan lumut. Aku pun tak pasti apa “benda” yang datang malam tadi. Pengalaman aku hari pertama, bermalam di rumah tersebut.

Adakah pocong? Kenapa dia muncul? Desis dalam hati kecilku.

–TAMAT–

SHARE
Previous articleKASYAF
Next articleKERANA SIHIR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here