PSIKO

0
1609

PSIKO
Nukilan: AmSya
Facebook: Amal Syahirah

***Karya asal yang tidak disunting.

===========================

Su buka matanya perlahan-lahan dan cuba mengingati apa yang berlaku semalam. ‘Oh ya..aku dah ada rumah baru’, senyum Su sambil meraba-raba phonenya yang tercampak entah kemana. Sudah pukul 11 pagi. Su bingkas bangun dan menyelak langsir bilik tidurnya. Sinaran terik mentari memenuhi ruang bilik Su dan kelihatan berderet-deret beranda milik penghuni unit apartmen yang lain. Satu-satunya perkara yang dia tidak suka. Pemandangan apartmen yang bertentangan dengan beranda jiran yang lain. Terasa privasinya dijajah dan diperhati oleh manusia-manusia yang asing ini. Su singkap kembali langsir bilik tidurnya dan masuk ke dalam bilik air.

Su menekan butang lif dan masuk ke dalam. Belum sempat pintu lif tertutup, seorang wanita berlari dan menerpa masuk.

‘Nasib baik sempat, hehehe, sorry sorry..baru pindah ke? Unit mana? Awak yang tinggal dekat 100A kan? Saya stay dekat unit 99A. Kita berjiran la ye, by the way saya Fara ’, sengih wanita itu. Sekali nafas saja dia bercakap. Boleh tahan.

‘Panggil Su je. Saya baru je pindah semalam. So, hari ini saja la nak melawat kawasan. Nak tengok-tengok’, balas Su ramah.

‘Saya pun baru pindah jugak, dah masuk hari ketiga tapi hari ini baru nak tinjau-tinjau. Kita pergi sama-sama nak?. Su hanya mengangguk sambil tersenyum. Lega kerana sudah ada kawan baru.

Tuk, tuk, tuk. Su bingkas bangun menuju ke pintu. Fara meluru masuk tanpa perlu dipelawa lagi. Tangannya memegang sekotak pizza dan sebotol Coke. Su sudah tidak kisah dengan Fara lagi. Tempoh seminggu sudah cukup untuk dia rapat dengan Fara yang berjiwa merdeka dan bebas itu.

‘Wei, kita nak tengok cerita apa? Tanya Fara sambil menuju ke peti sejuk Su. Diambilnya ais kiub dan mug lalu menuangkan air Coke yang berbuih-buih itu. Rumah Su, rumah Fara juga. Peti sejuk Su pun peti sejuk Fara juga.

‘Kita tengok cerita horror la, baru best. Aku dah download cerita hantu Siam tau, confirm-confirm best’, balas Su sambil membuka kotak pizza yang masih berasap.

‘Wei Su, kalau aku takut, aku tidur sini tau’,

‘Apa lah kau ni, rumah kau dengan aku dipisahkan dengan selapis dinding tu je’,
‘Still berpisah kan’,

Setelah dua jam berlalu, akhirnya filem seram yang mereka tonton itu berakhir. Su bangun mengangkat kotak pizza yang tinggal kosong itu ke dapur.

‘Su..kau tengok la jin tanah depan blok kita ni. Tiap malam la berbulu mata aku tengok. Meluat!

Su berpaling ke arah suara Fara yang sedang gigih ‘skodeng’di sebalik tirai beranda ruang tamu. ‘Eh ko ni pun suka menyibuk hal orang tau, tepi sikit aku nak tengok’, balas Su sambil menyengih.

‘Dia bawak perempuan lain-lain tau tiap malam. Sakan la berpeluk-peluk. Ceh, macam dia sorang ada awek, orang lain ada awek pun tak over. Pui..

Su hanya ketawa mendengar bebelan Fara. Tapi mata mereka tak lekang dari melihat drama swasta yang menyaksikan hero heroin bercanda di malam hari. Memualkan! Wei aku nak ke toilet.. kita minum air gas tadi macam tak ada esok hari dah. Su bergegas ke tandas meninggalkan Fara yang masih lagi tercegat di sebalik tirai.

‘Su! Su! Bukak pintuuu’, jerit Fara. Tersentak Su yang baru sahaja memasuki bilik air tidak sampai 10 saat pun lagi. Kencingnya seakan masuk kembali. Tak sempat Su membuka pintu bilik air sepenuhnya, Fara menarik tangan Su keluar dan meluru ke ruang tamu.

‘Jin tanah tu gila wei, psikopath!!! Pekik Fara. Mukanya pucat lesi dan kepalanya menggigil.

“Kenapa??? Kau ni cerita separuh-separuh, aku yang nak terkencing ni terus tak jadi tau.

“Hish, meh sini tengok’,

Fara menyingkap perlahan-perlahan tirai balkoni. Ditolaknya Su ke depan. Bola mata Su yang normal saiznya membulat besar. Jantungnya bagai nak luruh. Hilang seketika roh dari badan. Lelaki yang sedang sibuk bercengkerama dengan seorang perempuan tadi kini telah duduk di atas kerusi berandanya. Perempuan tadi rebah di atas lantai. Tangan lelaki itu memegang pisau. Dia hanya memandang mayat perempuan tadi. Kemudian mengusap ngusap pisau yang berkilat-kilat itu. Su dengan Fara bagaikan patung cendana. Mereka hanya tergamam. Kemudian lelaki itu bingkas bangun daripada kerusi yang didudukinya. Dia menghampiri mayat perempuan itu dan mengelar wajah cantik perempuan itu. Darah tersembur keluar sehingga memercik ke muka lelaki gila itu.

‘Arghhh”, Fara terjerit disebabkan terkejut. Su lantas memekup mulut Fara dan pantas menutup tirai. Lelaki itu berhenti dan memandang ke hadapan. Su mengintai kembali di sebalik celahan tirai. Lelaki psiko itu memandang kearah mereka. Rahangnya bergerak-gerak. Tangannya yang mengenggam erat pisau itu kelihatan menggigil. Su dan Fara hanya mampu telan air liur. Jantung mereka berdegup kencang. Demi langit dan bumi mereka berharap lelaki itu tidak tahu rumah yang manakah telah menjadi saksi perlakuan syaitannya.

Roh Su dengan Fara seakan melayang keluar kembali. Masa seakan berhenti. Darah terasa kering tatkala melihat tangan lelaki tersebut bergerak ke atas dan ke bawah.

‘Dia nampak kita ke wei, mati lah kita wei’, Fara panik. Lelaki tesebut masih lagi menggerakkan tangannya ke atas dan ke bawah. Fara mula menangis. Mati la kita Su, mesti dia nak kata kita next victim. Apa kita nak buat ni, aku tak nak mati lagi. tambah-tambah kalau mati kena bunuh’, suara Fara tersekat-sekat diselangi dengan tangisan. Su terdiam bagaikan kehilangan lidah.

‘Dia dah masuk dalam rumah dia lah wei’, jawab Su akhirnya. Fara terus mengintai kembali di sebalik tirai. Tidak lama kemudian mereka melihat lelaki tersebut menuju ke arah keretanya yang terparkir di garaj bawah dan memandu keluar daripada kawasan perumahan kondominium tersebut. ‘Tahu pun lari, mesti dia takut sebab dia tahu ada orang nampak dia. Berani lah dia kalau tunggu lama-lama’. Kau jangan takut la Fara’, jawab Su dengan yakin. Fara hanya tadi lencun dengan air mata kini telah kembali tertenang.

‘Kita tak nak lapor dekat polis ke”, tanya Su.

‘Aku tak nak terlibat wei, nanti daripada orang tak tahu jadi tahu, aku nak buat seolah-olah kita tak pernah tahu pun kewujudan setan tu’, jawab Fara takut-takut. Su hanya terdiam. Betul juga kata Fara tadi.

……………………………………………………….

Fara menutup pintu keretanya lemah. Letih rasanya. Seharian dia menghadap komputer. Berpinar matanya. Ditambah pula dengan bebelan bos andartunya yang tidak pernah berpuas hati. Langkahnya di atur menuju ke lif. ditekan punat naik ke atas.

Ting.

Lif terbuka. ‘Aduh ramai pula, lantaklah, tak kuasa la nak tunggu’, getus Fara lantas berhimpit himpit ke dalam lif yang kini seramai 10 orang itu. Lama kelamaan lif kian kosong. Kini hanya tinggal Fara bersama nyonya tua dan seorang lelaki yang membawa basikal. Ting! Lif terbuka. Fara keluar sambil membebel. Menyusahkan orang! Tahu bawak barang besar-besar, sibuk nak berhimpit. Kunci yang terbenam dalam dasar beg direnggut kasar dan lantas pintu rumahnya dibuka.

Lelaki itu hanya memandang Fara membebel-bebel. Dia hanya tersenyum sengit. Siap lah kau perempuan! Basikal yang dipegangnya tadi dicampak ke tepi. Tombol pintu rumah Fara dipulas. Perempuan bodoh! Senyuman sinis lelaki itu makin melebar melihat kecuaian Fara yang tidak mengunci pintu.

Dia masuk perlahan-lahan ke dalam rumah Fara. Kedengaran suara peti televisyen dari ruang tamu. Lelaki itu menuju ke arah ruang tamu. Kelihatan seorang perempuan yang sedang duduk di atas sofa. Pisau berkilat yang disimpan di sebalik jaket itu dikeluarkan. Diangkat tinggi-tinggi sehinga melepasi kepala perempuan yang berada dihadapannya. Ingin dibenam pisau tersebut ke dalam leher jinjang Fara.

Bukk!

Satu hentakan kuat singgah kearah kepala lelaki tersebut. Dia rebah jatuh ke lantai. Pengsan. Su yang sedang leka menonton televisyen berpaling kearah Fara. Tiada reaksi yang terlahir pada raut kedua-dua wanita ini. Fara mencampakkan kayu baseball yang berlumuran dengan darah itu ketepi. Su bingkas bangun menolong Fara mengheret tubuh sasa lelaki tersebut menuju kearah dapur.

……………………………………………..

Aduh..sakitnya kepala aku. Lelaki tersebut membuka mata. Pemandangannya kabur. Kepalanya berat sekali. Di sebalik kekaburan itu, dia terdengar suara perempuan tertawa kecil. Lelaki tersebut membuka luas matanya. Tubuhnya terikat pada kerusi. Mulutnya dilekat kuat dengan pita pelekat hitam. Kelihatan dua perempuan yang mengintai pembunuhannya seminggu lepas.

Dia mengerutkan dahi. Pelik melihat Su dengan Fara yang bersolek cantik. Bibir mereka dioles lipstick merah terang. Mata mereka disolek smokey eyes. Pendek kata penampilan mereka sangat jelita. Sangat berlainan dengan kebiasaannya. Seminggu dia perhatikan gerak geri dua sahabat baik ini. Dan pada hari ini dia mulakan langkahnya. Akhirnya dia terikat disini. Fara memandang wajah Su. Su hanya mengangguk mengerti dan keluar dari ruang dapur itu
.
‘Tsk tsk tsk..lama aku tunggu kau’, Fara akhirnya bersuara. Dia tersenyum sinis. Jelita tapi menyeramkan. ‘Oh ya, by the way aku suka dengan taktik kau. Basikal. Hahaha. Siapa sangka kan bawa basikal naik lif semata-mata nak tutup identiti pembunuh’, ujar Fara yang sambil memintal rambutnya yang panjang. Dia bangun dan mengelilingi lelaki tersebut. Diperhatikan wajah kacak lelaki tersebut.

‘Handsome, drive kereta mewah, tinggal di kondo mewah, playboy..tsk tsk tsk..tipikal..apa kau ingat kau ni Ted Bundy ye’, Fara tertawa kecil. ‘Hurm, kau nak bunuh aku? kau nak kelar muka aku? Macam mana kau bunuh perempuan tu? Aduh aduh’, bisik Fara. Dia meramas kasar rambut lelaki tersebut. ‘So pathetic, amateur..and prentender!! Jerkah Fara kasar menolak kepala lelaki tersebut. lelaki tersebut hanya mengaduh kecil. Dia kini bertambah bingung. Dan paling penting situasi telah berubah. Dia sepatutnya yang menjadi pemangsa bukannya mangsa!

‘Well darling, kau dah salah orang. Boleh saja kita lupakan kerja seni kau minggu lepas. Tapi kau pula yang tak boleh lepaskan, dan kau fikir kau boleh dapatkan aku’, sambung Fara sambil mengusap kepala lelaki tersebut. Kesian kau. Kau nak perhatian ye. Kau nak jadi macam psiko dalam surat khabar tu kan..Meh sini aku tunjukkan kat kau bagaimana sang lagenda membikin masterpiece. Mula-mula jangan buat dekat tempat terbuka macam kau buat aritu. Attention seeker! I hate that. Yang kedua, kelar wajah objek seni kau hidup-hidup. Bukannya dah mati macam kau buat aritu, tak fresh’, kata Fara dengan tertib. Dan yang paling penting sekali, cap mohor ini.

‘Arghhhh’, lelaki tersebut meraung apabila cap besi panas yang tertulis ‘psiko’ itu dilekapkan ke lehernya. Dia mengeletik kesakitan dalam keadaan terkejut. Tidak semena-mena besi itu singgah ke kulitnya. Fara hanya tersenyum sinis dan mengusap-usap kepalanya.

‘Kau tahu tak, seorang psiko itu hanya ada satu sahaja, tidak dua atau tiga. Dan psiko itu hanyalah aku! Kalimah itu merupakan ayat terakhir yang dia dengar apabila scalpel di tangan Fara singgah ke wajahnya yang kacak itu. Dan kini dia menyesal!

………………………………………………

BERITA TERGEMPAR. ‘PSIKO’ PEMBUNUH KEJAM KEMBALI! Seorang lelaki dalam lingkungan 20an telah dijumpai mati di dalam ruang tamu rumahnya dalam keadaan terikat. Wajah mangsa telah dikelar sehingga menyukarkan proses pengecaman dan identiti mayat masih lagi tidak diketahui. Pembunuhan ini dipercayai dilakukan oleh individu yang sama dikenali sebagai ‘psiko’. Kira-kira setahun yang lalu terdapat dua kes pembunuhan dimana mayat-mayat yang dijumpai dikelar wajahnya dan terdapat kesan cap yang tertulis perkataan ‘psiko’. Pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa… Fara menutup siaran berita tersebut. Dimatikan suis televisyen. Dia bingkas bangun mencapai sekotak pizza dan sebotol coke. Its movie time with Su!

-TAMAT-

SHARE
Previous articleAngkara Mulut
Next articleJUDO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here