MISTERI KALSOM

0
1550

MISTERI KALSOM
Nukilan: Layung Kutang.

================================

*Karya yang tidak disunting*

“Selamat pagi NAZRI! Adakah kamu sudah memaklumkan nenek kamu tentang yuran sekolah yang perlu dibayar?” Cikgu Ali bertanya kepada Nazri setelah berbulan yuran sekolah telah tertunggak.

“Selamat pagi cikgu! maaf saya terlupalah, saya akan memaklumkan nenek nanti.” Jawab Nazri.Cikgu Ali hanya mengelengkam kepala mendengar jawapan daripada Nazri, kerana jawapan itulah yang selalu Nazri berikan setiap kali mendapat pertanyaan itu.

Nazri pelajar tingkatan lima murid miskin yang tinggal bersama neneknya yang sudah uzur.
Kalsom nama kepada nenek Nazri.
Berusia dalam lingkungan enam pulah tahun.

Nazri yang tidak pernah merasakan belaian kedua orang tua, agak sedikit nakal.
Nazri banyak berkawan dengan pelajar yang bermasalah di sekolah.

Nenek, guru kelas bertanya lagi tentang yuran sekolah! Bilakah nenek akan menbayarnya?
saya malulah nek!” Keluh Nazri.

“Baiklah, esok nenek akan berikan wang itu padamu.” Jawab nenek Kalsom kepada cucu tercintanya itu. Walaupun pendapatan menjual sayuran dan ulam-ulaman tidak seberapa, Kalsom tidak pernah mengeluh.
Dalam hati Kalsom berkata.

Nak… kalaulah ibu dan bapamu masih hidup, pasti hidupmu tidak susah begini.” Ulas hati kecil Kalsom. Masih segar di dalam ingatannya, ketika dimaklumkan, anak
dan menantunya adalah antara yang telah menjadi mangsa bot Karam. Disebabkan itu Nazri telah kehilangan kedua orang tuanya.

Pada suatu hari, Nazri telah terlibat dalam satu pergaduhan di sekolah. Kerana itu, nenek Kalsom telah dipanggil ke sekolah untuk mendengar nasihat yang diberikan oleh pihak sekolah kepada Nazri.

Di rumah, pada pertama kalinya, nenek Kalsom telah mengajar Nazri dengan memukulnya menggunakan rotan.

“Hati nenek ini sungguh sakit sekali!
nenek sangat kecewa denganmu Nazri!
Apa salah nenek sehinggakan kamu sanggup berbuat begini? Sekarang biarlah nenek mengajar kamu secukupnya.” Kata nenek Kalsom. Deraian air matanya sungguh deras sekali.

Kerana nenek Kalsom tidak menghentikan
pukulannya di atas betis Nazri, Nazri telah memohon.

“Nek… tolonglah hentikan!
betisku sudah mengeluarkan darah, tolonglah nenek hentikan!” Rayu Nazri.

Kerana Kalsom berasa sangat kecewa, Kalsom tidak menghiraukan rayuan daripada Nazri.

Kalsom tetap tidak berhenti.

Tanpa sengaja, kerana sudah tidak tahan, Nazri telah menolak Kalsom. Akibat daripada tolakan itu, Kalsom telah terjatuh. Kepala Kalsom telah terhantuk pada bucu meja. Kelihatan darah terpancut melalui luka pada kepala Kalsom.

Melihat neneknya jatuh berlumuran darah, Nazri sangat terkejut. Nazri menerpa mendapatkan neneknya lala Nazri menangis.

“Nenek… maafkan saya, saya tidak sengaja.”
Kata Nazri lantas mengangkat neneknya dan meletak perlahan di atas sofa usang mereka.

Bermula daripada saat itu, Nazri telah mengambil keputusan untuk berubah. Setiap hari selepas sekolah, Nazri akan bergegas membantu neneknya di kebun. Pada hari cuti pula, Nazri mengambil upah daripada orang kampung yang memerlukan bantuan.

Perubahan pada sifat Nazri itu telah membawanya kepada kejayaan.
Nazri telah mendapat tajaan daripada kerajaan menyambung sekolah ke universiti.

“Nenek esok saya akan berangkat, Saya harap nenek menjaga diri. Saya berjanji pada musim cuti nanti, saya akan pulang melawat nenek.”
janji Nazri kepada neneknya.

“Pergilah Nazri, nenek akan sentiasa melindungimu. Nenek Akan sentiasa mendoakan kejayaanmu. Nenek sayangkan kau Nazri.” Jawab nenek Kalsom.

Hari demi hari berlalu, akhirnya Nazri bukan saja telah tamat belajar, malah terus mendapat perkerjaan. Bermula daripada saat itu, Nazri sangat sibuk, dan tidak ada masa untuk melawat neneknya.

Pada suatu hari, Nazri telah terserampak dengan seorang wanita jelita. Kerana
wanita itu kelihatan sedang dilanda keresahan, telah mendorong Nazri untuk menyapanya.

“Cik…kamu kelihatan sangat gelisah!
adakah kamu sedang dalam kesusahan?”
Nazri bertanya.

“Oh…tidak saya hanya gemar berjalan kaki.
Saya sebenarnya baru saja habis berkerja.
Jawab wanita itu tersenyum kepada Nazri.

Nazri membalas senyuman wanita itu lalu terus pergi.

Hari seterusnya, Nazri sekali lagi terserampak dengan wanita itu. Pada kali itu, Nazri tidak menegur wanita itu lagi.

Hari berganti hari, kemana saja Nazri berada, pasti bertemu dengan wanita itu. Kerana berasa terlalu banyak kebetulan, Nazri dan wanita itu pun berteguran. Bermula daripada saat itu hubungan Nazri dan wanita itu pun semakin erat. Sehinggalah pada akhirnya, Nazri telah jatuh cinta padanya.

Kerana cinta Nazri pada kekasihnya sangat dalam, Nazri telah menyuarakan hasratnya itu
untuk berkhawin dengannya. Ternyata Nazri tidak bertepuk sebelah tangan kerana, kekasihnya itu sudah bersedia untuk menjadi suri hatinya.

Kekasih hati Nazri bernama Ayu.
Ayu bersedia untuk berkhawin dengan Nazri, asalkan Nazri bersetuju dengan syaratnya.
Ayu mahu pernikahan mereka dilangsungkan di negara jiran Thailand. Kerana cinta yang mendalam, Nazri bersetuju tanpa memaklumkan neneknya.

Setelah sah bergelar sebagai suami isteri, Nazri telah meminta isterinya itu menjadi suri rumah sepenuhnya. Cadangan itu, Ayu tidak bantah, tetapi menurut saja.

Pada suatu malam, Nazri telah bermimpikan neneknya. Didalam mimpi nenek Kalsom sangat marah, dan telah menasihati
Nazri.

“Nazri… lebih baik kamu tinggalkan isterimu itu! Kerana, dia berbahaya padamu!” Kata nasihat daripada nenek Kalsom. Nazri tidak sempat untuk bertanya pada neneknya, kerana suri telah mengejutkannya.

“Abang…maafkan saya kerana telah menganggu tidurmu, tetapi abang mengigau.”
Kata Ayu menjelaskan.

Pagi itu, perasaan Nazri tidak tenang kerana asyik terfikir akan mimpinya itu.

“Baik aku pulang menjenguk nenek. mungkinkah maksud mimpiku itu adalah kerana, nenek marah. Sudah agak lama aku tidak pulang menjenguknya.” Hati kecil Nazri berkata.

“Sayang…pergi kemaskan pakaian, kerana
kita akan pulang kampung menjenguk nenek!”
Kata Nazri kepada Ayu.

Mendengar apa yang Nazri katakan, Ayu terpaku.

“Saya belum bersedia untuk bertemu dengan nenek, tolonglah berikan saya sedikit masa,
dan kita akan pulang bersama. Saya juga takut bersendirian di rumah, saya mohon supaya abang janganlah tinggalkan saya sendirian.” Rayu Ayu kepada Nazri. Kerana cinta Nazri terhadap isterinya sangat dalam, Nazri telah membatalkan niatnya untuk menjenguk neneknya.

Sejak Nazri berkhawin, Nazri tidak lagi makan di luar pada waktu tengahari. Ayu sangat rajin memasak untuknya.

“Hai…Naz! sejak kebelakangan ini saya melihat kamu dah tak makan di luar lagi, ada apa-apakah?” Amirul sahabat baik Nazri datang mengusik.

“Hai…Mirul! sebenarnya tiada apa-apa, cuma isteri saya itu sangat rajin masak untuk saya. Saya bersyukur mendapat isteri yang sangat rajin dan pandai masak. Saya ada banyak lauk pada hari ini, marilah makan bersama!” Kata Nazri memperlawa sahabat baiknya itu.

Amirul yang sudah biasa membawa bekal, berbesar hati makan bersama Nazri

“mmm… sungguh sedap daging ini!
Daging apakah yang isteri kamu masak ini
Naz? dagingnya sangat empuk dan sangat istimewa rasanya.” Kata Amirul memuji.

“Ala…daging lembu sajalah!
isteri saya itu sangat rajin ke pasar.
saya tidak pernah menemaninya ke pasar, kerana dia telah pergi sendiri pada waktu saya berkerja.” Jawab Nazri.

“Esok kamu bawa lebih sikit daging yang sama!
Saya rasa ketagihlah pula makan daging masakan isterimu.” Kata Amirul tersenyum penuh makna.

“Awak…ni…sudah diberi betis, mahukan paha pula! baiklah, saya akan meminta isteri saya masak lebih.” Jawab Nazri seraya menepuk bahu sahabatnya itu.

Bermula daripada saat itu, Nazri dan Amirul setiap hari makan tengahari bersama.
Amirul seperti telah ketagihan dengan daging masakan Ayu isteri Nazri. Nazri juga tidak pernah merasa bosan makan lauk-pauk yang
dimasak oleh Ayu. Melihat pada daging yang terhidang di kedai-kedai makan, Nazri tidak berselera nak makan. Nazri hanya inginkan masakan isterinya.

Pada suatu hari, Nazri cuti berkerja.
Nazri duduk memerhatikan Ayu memotong daging untuk dimasak. Entah mengapa mulut Nazri telah mengeluarkan air liur yang banyak,
melihat daging segar yang Ayu sedang potong.
Ayu tersenyum melihat gelagatnya.

“Abang kenapa ni? adakah abang teringin
merasakan daging mentah ini?” Ayu tersenyum bertanya.

“Abang juga tidak faham, mengapakah perasaan itu tiba-tiba saja datang, agaknya abang ini sudah gila.” Jawab Nazri ringkas.

“Ala…kita berdua saja dalam rumah ini, tidak perlu segan. Abang cubalah sedikit! takut nanti abang kepunan.” kata Ayu.

Mendengar kata isterinya, Nazri datang menghampiri lalu mengmbil secebis daging dan terus memasukan ke dalam mulut.
Sebaik saja daging mentah itu masuk ke dalam mulut, Nazri berasa sangat loya lantas terus termuntah. Ayu hanya tersenyum melihat gelagat suaminya itu.

Pada suatu malam, Nazri yang sedang tidur lena, telah dikejutkan oleh seseorang. Nazri mengosok mata mengamati siapakah yang menggangu tidurnya. Melihat susuk tubuh
orang sedang berdiri di hadapannya, Nazri terkejut.

“Nenek! bagaimanakah nenek masuk?
Bagaimana nenek tahu alamat rumahku?
dan bagaimanakah nenek boleh datang kemari?” Kerana berasa sangat hairan, Nazri bertanya.

“Awak jangan banyak bertanya!
Kau dah kesentukan masa! Nenek harus membantu kamu.” Jawab Nenek Kalsom.

“Ish… apakah maksud nenek ini?
saya tidak mengerti.” Nazri sekali lagi bertanya.

“Tidak usah kau bertanya lagi! maksud kedatangan nenek ini adalah, bertujuan untuk menyedarkanmu. Sekarang juga kau ikut nenek!” Kata nenek Kalsom menarik tangan Nazri masuk ke dalam stor.

“Sekarang lihatlah apa yang isteri awak simpan di dalam stor ini? daging inilah awak makan setiap hari!” Kata nenek Kalsom menunjukkan beberapa buah balang yang disusun rapi di dalam stor.

Nazri datang menghampiri melihat apa yang dimaksudkan oleh neneknya.

“Wek…wek..”

Nazri muntah melihat semua balang-balang itu berisi mayat bayi.

“Nenek… mengapakah ada banyak bayi di dalam balang itu?” Dalam keadaan bingung Nazri bertanya.

“Masih ada yang perlu kau lihat!
ayuh ikut nenek keluar rumah!”
Sekali lagi nenek Kalsom menarik tangan Nazri.

Di sebalik pohon bunga yang rendang, nenek Kalsom menunjukkan sekujur tubuh tanpa kepala.

“Wek…wek…”

Sekali lagi Nazri muntah.

“Nenek mengapakah ada mayat di dalam kawasan rumahku ini?”
degupan deras jatung Nazri jelas kedengaran.

“Itu bukan mayat!
tetapi tubuh isterimu.”
Jawab nenek Kalsom.

“Ayu…”
Nazri menerpa menangis terisak-isak.

“Nazri… isterimu itu bukan mati, tetapi telah pergi mencari makanan untuk kamu berdua.
Selama setahun usia perkhawinan kamu, isterimu itu telah memberi kau makan daging manusia. Jika itu berterusan, awak juga akan menjadi sepertinya.” Nenek Kalsom mencuba untuk membuat Nazri faham.

Apa yang nenek merepek ini?
Isteri saya bukan begitu! Saya tidak percaya apa yang nenek katakan ini.” Kata Nazri.

“Cuba lihat dengan jelas! bukanah itu tubuh isterimu? Isteri kamu itu adalah balan-balan!
atau lebih dikenali dengan nama hantu penanggal. Sekarang kau segera hubungi polis
biar mereka yang uruskan hal ini.” Kata nenek Kalsom mendesak Nazri.

Nazri kelihatan teragak-agak.

“Nazri… cepat hubungani Polis!
isterimu itu akan balik sebentar lagi!
Apakah lagi yang membuat kau teragak-agak?
Sudah banyak manusia yang telah menjadi korban isterimu! sekarang, dengarkanlah nasihat nenek.” Kata Kalsom.

Setelah berfikir semasaknya, Nazri mengambil keputusan mengikuti nasihat neneknya.
Nazri mengeluarkan telefon bimbitnya lalu terus menghubungi Polis.

Lima minit kemudian, polis pun tiba.
Melihat kejadian pelik itu, telah memaksa polis menghubungi beberapa orang pakar di dalam menangani hal yang sedemikian.

Beberapa orang ustaz datang dengan segera. Dengan ramuan yang dibawa, ustarz memasukkan terus ke dalam tubuh tubuh milik Ayu.

“Sebentar lagi hantu penanggal itu akan balik! Kita semua harus bersembunyi.” Kata ustaz memperingatkan semua orang yang berada di tempat kejadian.

Seperti apa yang ustaz katakan, Ayu yang
sudah berubah rupa itu pun kembali.
Tanpa rasa curiga, Ayu terus masuk ke dalam tubuhnya. Begitu kepala Ayu masuk ke dalam tubuhnya, Ayu menjerit kesakitan.
Ayu menjerit memanggil nama Nazri.

“Abang…sampai hati abang buat saya begini!
Saya sangat menyayangi abang, tetapi mengapakah abang sanggup memperlakukan
saya begini?” Kata Ayu menangis.

“Maafkan abang. Abang terpaksa.”
Jawab Nazri menangis. Tak sanggup rasanya Nazri melihat Ayu menggelupur kesakitan.

Semakin lama, suara Ayu semakin perlahan. Kelihatan para ustaz membacakan doa, dan akhirnya, tubuh Ayu pun hangus terbakar.

Bermula dari saat itu, Nazri tidak dibenarkan oleh pihak polis masuk ke rumahnya. Pihak polis menutup rumah Nazri,

“Selagi kes masih dalam siasatan, encik dilarang masuk.” Kata arahan daripada pihak polis.

Selama beberapa hari Nazri menginap di hotel, fikirannya, melencong dan keliru. Nazri mengambil keputusan untuk bertemu ustarz untuk bertanya.

“Sebenarnya, isteri kamu itu adalah, manusia berketurunan hantu penanggal. Mujurlah, sebelum terlambat awak telah sedar! jika tidak…awak pasti akan menjadi sepertinya.”
Kata ustaz menerangkan.

“Bagaimana mungkin saya boleh menjadi sepertinya? saya adalah manusia.” Jawab Nazri sedikit terganggu.

“Bukan begitu maksudku, tetapi saya percaya
kau telah termakan banyak daging daripada
bayi yang telah isteri kamu masak.” Sambil menjelaskan, ustaz sempat menepuk bahu Nazri.

Mendengar penjelasan daripada pada ustaz, Nazri teringat dia pernah mencuba makan daging mentah yang belum sempat Ayu masak.

“Weak….wek…”

Nazri termuntah. Sungguh Nazri tidak menyangka, daging sedap yang dimasak isterinya selama ini adalah, daging manusia.

Dua minggu kemudian, Nazri telah mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran di kampung. Nazri juga tidak sabar berjumpa dengan neneknya. Banyak perkara yang ingin Nazri ajukan padanya.

Di depan pagar rumah, Nazri memanggil neneknya. Nazri melihat rumah itu sudah sangat usang. Banyak tumbuhan telah meliar menjalar masuk ke dalam rumah. Nazri berfikir
neneknya itu telah ke kebun. Nazri membersihkan semua kawasan dalam dan luar rumah. Di dapur, Nazri melihat periuk dan kuali
seperti sudah lama tidak digunakan.

“Malam pun berlabuh.
Barulah kalibat Kalsom kelihatan.
Melihat neneknya pulang, Nazri menghampiri Memberi salam.

“Nenek…” Kata Nazri seraya memeluk neneknya.

“Maafkan saya kerana begitu lama tidak menjenguk nenek. Saya berjanji mulai dari hari ini, saya akan selalu menjenguk nenek.
Oh…ya! malam itu, bagaimanakah nenek boleh datang ke rumahku? sewaktu itu adalah tengah malam! Saya berasa muskil, siapakah yang telah menghantar nenek ke rumahku?
dan bagaimana nenek mengetahui, siapakah isteriku itu? Nazri bertanya.

“Kerana saya sayangkan kamu!
Saya tidak sanggup pergi begitu saja.”
Jawab Kalsom ringkas.

Apakah maksud Kata-kata nenek ini?”
Sekali lagi Nazri bertanya.

Sambil berkata, Kalsom mengusap kepala Nazri.

“Nak…kau harus mengingati peristiwa itu.
Sekarang kau sudah dewasa! nenek tidak perlu risau lagi. Pesan nenek, jalanilah hidupmu dengan tabah. Walau nenek tiada disisi, nenek berharap engkau hidup dengan gembira.
Terimalah segala apa yang terjadi dengan hati yang terbuka. Nenek tidak perlu memaafkanmu, kerana nenek tidak pernah marah.”

Mendengar Kata-kata itu, telah membuat fikiran Nazri berjalan dan mengingati sesuatu.

Nazri terduduk teringat peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Kerana kesalahan yang dilakukan, Kalsom telah memukul Nazri sehingga betis Nazri berdarah. Tanpa sengaja Nazri telah menolak Kalsom, menyebabkan kepala Kalsom terhantuk pada bucu meja. Kepala Kalsom berdarah dengan banyak sekali. Kerana hentakan itu, Kalsom terus tidak sedarkan diri.

“Nenek…tidak…”
Teriak Nazri.

Rupa-rupanya, akibat daripada tolakan itu, telah membawa kepada kematian Kalsom.
Kini Nazri baru mengingati neneknya itu sudah lama tewas di tangannya. kerana Kasihnya, roh Kalsom tidak meninggalkan Nazri begitu saja, malah menemaninya sehinggalah Nazri berjaya.

Kesedihan Nazri sangat mendalam.
Roh neneknya yang sentiasa menemaninya selama ini, telah membuat Nazri lupa bahawa, dia telah terbunuh neneknya itu.

Nazri termenung di depan balai Polis.
Kakinya perlahan melangkah masuk.
Sedikit senyuman terukir dibibirnya.
Kerana menyebabkan kematian neneknya, Nazri mengambil keputusan untuk menyerahkan diri kepada pihak polis.

Di dalam tahanan Nazri mengalamun.
Di dalam hatinya berkata.

“Saya gembira menerima hukuman ini.
walau ketika itu, saya baru berumur tujuh belas tahun, namun saya tetap bersalah.
Hukuman Penjara yang belum ditetapkan berapa lama, saya terima dengan hati yang terbuka. Walau kesalahan juvana itu saya tidak sengaja, perasaan bersalah itu tidak mungkin dapat saya kikis sampai bila-bila.”
Kata luahan di dalam hati Nazri.

–TAMAT–

SHARE
Previous articleKERANA SIHIR
Next articleTadi dah naik kan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here