Mak Andam Chempaka

0
8299

Mak Andam Chempaka
Karya S. Faizal
Nota tambahan- Ini bukan kisah Mak Andam Saleha. Lama sungguh aku peram kisah ini. Walaupun info yang aku dapat sedikit, aku cuba untuk menulis bagi sedap. Oh ya, ini bukan fiksyen ! Latar cerita ini sekitar tahun 90 an.
-================================
Riuh rendah suasana rumah Husna. Mana taknya, sebentar sahaja lagi dia akan diijabkabul dengan kekasih hatinya, Saleh.

Bagi Chempaka, selain mengandam dan menghias pelamin, dirinya itu hadir dengan niat serampang dua mata. Eh, bukan nak rampas suami orang. Pertama, untuk menyolek dan kedua, untuk merompak !

Sesudah majlis selesai, Chempaka macam biasalah. Meminta izin untuk ke tandas tuan rumah. Tak lain tak bukan, untuk melihat keadaan rumah dan bilik bilik yang akan menjadi mangsanya malam nanti.

Sebelum keluar, dia sempat menyelit sebotol minyak pelalau di pintu masuk tandas. Tujuannya untuk ‘serasikan’ jampi serapah diwaktu malam.

Malam menjelma, Chempaka cepat cepat menyeru toyol belaannya. Diarahkan ke rumah Husna . Habis licin duit salam kaut dikerjakan toyol belaanya.

Ketawa besar Chempaka mendapat habuan lumayan malam itu. Keesokkan paginya, dia ke rumah Husna untuk menuntut wang andamannya. Sengaja dia hendak melihat kekecohan yang terjadi di rumah.

Sewaktu dia datang menjenguk, dia diterpa Husna yang mukanya kebingungan. Matanya sembab. Kesan dari menangis.

“ Kak,kami kena samun! Habis segala barang kemas dan duit salam kaut “ Husna meluahkan kesedihan.

Di dalam hati Chempaka, tidak habis habis mengutuk pasangan laki bini itu.

‘ Nak guna khidmat andaman aku, tapi nak bayar murah, padahal berduit!’

Getus Chempaka di dalam hati. Dia segera menenangkan hati pelangganya itu. Diberinya janji, boleh bayar secara ansuran. Padahal, duit yang dicuri semalam berkoyan koyan.

Sebenarnya, peel Chempaka ini makin menjadi jadi sejak beramal amalan salah. Sejak dia membela toyol, dah berapa banyak ‘Husna’ jadi mangsa. Tiap kali mengandam, tak cukup dengan upah bayaran yang diberikan pengantin, dia akan mencuri dimalam hari. Syaitan bukan perangainya?

Kemudian seperti biasa, dia akan datang esok paginya untuk konon konon minta bayaran andaman. Padahal nak tengok mangsanya itu menangis, meratap dek kerana kehilangan harta benda.

Pernah sekali, toyolnya hanya membawa not RM50 sahaja. Ini kerana bapa pengantinnya sudah terlebih dahulu mendepositkan duit tersebut ke dalam bank berdekatan. Bukan main mengamuk Chempaka. Kau orang tahu apa dia buat? Dia bakar rumah pengantin! Sehari dua selepas kenduri, Chempaka bikin khianat. Dilemparnya bom petrol . Habis musnah terbakar rumah pengantin. Punyalah suka hati si Chempaka.

Oh, dari mana Chempaka ini beramal salah? Khabarnya dia ini menjadi mangsa penipuan tunangnya. Lewat 90-an begitu, sepatutnya dia berkahwin. Tapi kasihan, tiga hari sebelum majlis, pengantin lelakinya buat U Turn. Lari ke Siam. Bukan berkahwin dengan sesiapa pun. Tapi mengelak. Tunang Chempaka rupanya memang tiada hati hendak berkahwin dengannya. Hanya ingin mempermainkan hati dan perasaannya.

Keluarga Chempaka menanggung malu yang besar. Penyudahnya Chempaka hanya duduk di bilik sewaktu hari kenduri. Lauk pauk tetap dihidang sebab barang mentah dah dibeli. Waktu itu, keluarganya mengadakan kenduri arwah dan menjamu tetamu yang hadir dengan lauk yang sebegitu. Hal ini sebenarnya tersebar hingga ke kampung sebelah. Selepas itu, mana mana sahaja Chempaka pergi, semua memandangnya dengan pandangan sinis.

Akhirnya dia keluar dari kampung. Berhijrah ke bandar. Sewaktu dia berkerja kilang di bandar, kawan kawannya kebanyakkannya berasal dari Thailand. Jadinya, dari situ dia mula mengamalkan ilmu salah.

Sebagai permulaan, dia selalu ikut kawan kilangnya itu ke rumah Tok Dukun Siam di penghujung simpang , kira kira 500 meter dari rumah kongsinya. Padahal dia selalu terserempak dengan lelaki tua itu. Tak sangka dia rupanya bomoh yang handal. Pada mulanya Chempaka seronok melihat kawannya, Alin asyik mengena hadiah nombor ekor hasil tilikan Dukun Tua itu.

Dari bermain ekor hinggalah ke minyak pengasih! Pernah sekali Alin mencalit minyak pengasih ke penyelia kilangnya, lelaki lewat 40an yang sudah beristeri. Habis terus lentuk ke pangkuan Alin! Setelah habis duit dikikis,Alin menitipkan minyak pembennci. Ternyata Chempaka kagum. Sedikit demi sedikit dia belajar bertutur bahasa Siam. Sebab, kebanyakkan mantera menggunakan bahasa Siam.

Emak Chempaka ada memberitahu, yang Marzuki bekas tunangnya itu mencarinya di rumah di kampung. Kata Emak, Marzuki tinggal di kawasan berhampiran kawasan kilangnya. Sempat dia meninggalkan alamat untuk Chempaka. Katanya supaya dihubungi , dengan kiriman surat. Emak cakap , bekas tunangnya itu nak berbuat baik. Mujur ayah tiada di rumah waktu itu, kalau ada, mahu terbelah kepala Marzuki ditetak parang!

Sewaktu dia pulang ke kampung pada hujung minggu, sempat dia mengambil alamat rumah Marzuki. Setelah beberapai dia cuba mengintip Marzuki, barulah dia bertemu dengan bekas tunang bedebahnya itu, sedang elok menjadi jurujual di salah sebuah kedai perkakas alat elektrik.

Dari jauh mata Chempaka merenung tajam wajah Marzuki. Meluap luap rasa dendam. Marzuki mesti diberi pengajaran.

Setiba di rumah, dia meluahkan segala isi hati yang terbuku pada Alin. Kata Alin, Dukun Tua boleh membantu.

Dukun Tua ada meletakkan beberapa syarat yang agak ‘kejam’ untuk Chempaka. Kalau dia mahu membalas dendam pada Marzuki. Chempaka yang pada mulanya agak tergamam, terkejut dan seakan kecewa kerana dendam tak berbalas dek kerana syarat Dukun Tua, iaitu, bawakan dia satu kepala dari kubur. Ya, kepala orang. Mahu diberikan pada Dukun Tua. Tak kisah siapa punya kepala. Asalkan masih berbentuk dan ada daging dagingnya.

Hampir seminggu Chempaka tak lalu makan memikirkan hal ini. Akhirnya dia tekad. Syaratnya dia perlu ke tanah perkuburan seorang diri.

Malam yang dirancang telah tiba, Alin menghantarnya menaiki motorsikal. Usai turun, Alin menghulurkan sekarung guni. Chempaka mengenggam erat cangkul dan guni itu, perlahan lahan berjalan di kawasan kubur. Sibuk mencari mana satu kubur yang perlu di gali.

Jam sudah larut malam. Chempaka masih mundar mandir. Tekaknya perit. Dia ketakutan. Mahu sahaja dia batalkan kerja gila ini tapi bila memikirkan hal Marzuki, dirinya bersemangat. Dipendekkan cerita, setelah 1 jam lebih menggali, dia akhirnya ada keberania untuk memenggal kepala jenazah wanita. Dahla dipenggal kepalanya, tidak di kambus sempurna pun kuburnya!

Malam itu juga mereka berdua ke rumah Dukun Tua dengan kepala yang baru dicuri. Senyum lebar si Dukun Tua keparat melihat keberanian Chempaka. Dia menyuruh Chempaka datang 2 hari lagi.

Genap 2 hari, Dukun Tua memberikan Chempaka sebentuk cincin. Katanya ianya sudah ‘bertuan’ . Sekeping kertas dihulurkan, jampi mantera untuk memanggil khadam tersebut. Duit bertukar tangan, nilai RM 10,000 berbaloi bagi Chempaka. Habis bergolok bergadai dan mengikat perut demi memenuhi syarat upah perjanjian syaitan.

Nak tau tak? Kenapa Marzuki tinggalkan Chempaka? Bukan sebab ada perempuan lain, tapi sebab Marzuki ini ada lelaki lain! Ya, Marzuki menjalinkan hubungan sejenis! Erti kata lain, gay! Chempaka mendapat tahu hal ini sewaktu dai mengintip kelakuan Marzuki di kedai dan mengekorinya hingga ke rumah. Dia perasan yang dia hanya tinggal berdua dengan seorang lelaki bangsa asing. Ada sekali, sewaktu Marzuki ingin meninggalkan rumah menaiki kereta, terkejut besar Chempaka melihat Marzuki dan lelaki itu berpelukan dan bercium!

Cukup sebulan cincin diberi pada Dukun Tua, Chempaka mula menggunakannya. Malam bulan mengambang, dia menyeru khadam dia dalam cincin. Dihadapan adalah budak kecil sebaya anak saudaranya berumur 10 tahun. Kecil dan badannya hitam legam dan kepalanya bertanduk.

Mulutnya tidak berbicara, tapi Chempaka dapat mendengarnya dengan jelas di cuping telinga! Bahasa yang digunakan, bahasa Siam. Katanya, mulai hari ini, dia akan setia dan taat pada Chempaka dan jangan lupa berinya ‘makan’ . Darah haid dan beberapa hidangan yang sudah diberitahu Dukun Tua.

Khadam itu dihantar ke rumah Marzuki. Memang niat Chempaka mahu bekas tunangnya itu terseksa sedikit demi sedikit. Mula sekali, perlahan lahan Chempaka ‘menganggu’ tidur Marzuki. Sengaja dikacaunya.

Dipendekkan cerita, Marzuki sering ponteng kerja dek kerana bila fajar menyinsing, barulah dia dapat tidur. Lama kelamaan, dia berikan notis berhenti. Kemudian, kemuncak hidup Marzuki bakal berubah kerana malam selepas dia dipecat, ibu jarinya gatal ya amat. Habis
mengelupas dan berdarah digarunya. Ini semua hasil kerja Chempaka. Dia di rumah sedang asyik membaca mantera sambil tangannya sibuk membunyikan loceng yang digunakan dalam upacara jampi serapah. Makin kuat dia membaca mantera, makin kuat Marzuki terjerit jerit dek kerana jarinya itu gatal.

Nak tau apa Marzuki buat malam itu? Dia capai pisau dan kerat kerat jarinya! Habis kudung separuh kesemua jari kirinya. Kalau korang ada jumpa lelaki yang sebegini keadaan, jangan jangan itu Marzuki!

Mujur teman lelakinya balik dan melihat Marzuki terjelepuk di lantai dapur. Umur Marzuki panjang, tapi sudah hilang jarinya. Chempaka puas.

Jadinya, itulah titik permulaan kisah hitam Chempaka. Selepas berhenti kerja di kilang, dia pulang semula ke kampung halaman, membuka kedai runcit .Itupun mengunakkan duit hasil mencuri, pakai toyol ! Emak seorang bidan, jadinya Chempaka ini terpanggil untuk menyambung legasi emaknya. Dari menjadi bidan hinggalah berkecimpung dalam bidang andaman. Dia membuka butik pengantinnya di kawasan kampung. Walaupun di kawasan terpencil, segenap pelusuk berkenan dengan gubahan pelamin Chempaka yang dikatakan ‘hidup’.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari, dia didatangi oleh salah sebuah agensi kerajaan yang ingin menggunakan khidmatnya. Mengikut perancangan, suatu majlis kahwin beramai ramai akan dijalankan di bandar. Ianya pertama kali dianjurkan dan melibatkan kira kira 30 pasangan pengantin. Butik pengantinnya terpilih untuk menyiapkan salah seorang pengantin waktu itu. Bayarannya agak berpatutan dan lumayan. Tanpa banyak soal, dia menerimanya.

Sewaktu hari kejadian, ketika semua pengantin sedang disolek, hidungnya Chempaka terbau kemenyan. Jenuh dia memerhatikan keadaan sekeliling. Siapa yang berani bakar kemenyan waktu begini? Hatinya tak sedap. Dia ada bertanyakan pada pengantin yang disoleknya itu, dia mengeleng menidakkan bau kemenyan.

Akhirnya, matanya terarah ke pengantin paling hujung. Mak andam yang menyoleknya itu sangat sesuatu. Berkebaya sendat dan Chempaka dapat merasakan sesuatu yang tak kena pada mak andam itu. Di tepi beg mekapnya sekali imbas jembalang berwajah hodoh sedang bertinggung. Berkali kali Chempaka memejamkan matanya, takut takut itu perasaannya. Tak, itu realiti. Siapa wanita mak andam tersebut? Kenapa dia boleh ternampak ‘khadam’ wanita tersebut!?

Usai majlis, dia didatangi oleh wanita tersebut. Tangan dihulur dan disambut kemas oleh Chempaka.

“ Dah lama mengandam?” Wanita itu memulakan bicara, matanya menyorot ganas tepat ke arah cincin Chempaka.
Chempaka hanya mengangguk.

“ Nama saya Chempaka. Chempaka Salmah.” Gugup dirinya memperkenalkan diri. Beberapa kali dia cuba menyeru khadamnya untuk menyerlahkan ‘penggerun’ namun tidak berhasil.

“Awak asal dari mana ya Chempaka? Hmmm.. Unik nama awak, macam nama bunga. Boleh saya dapatkan kad nama ?” Wanita berkebaya ketat itu mula membuatkan tubuh badan Chempaka rasa kurang senang. Cepat cepat dia menghulurkan kad padanya. Perbualan mereka terhenti di situ.

++++++++++++++++++++
Kuala Kangsar

“ Emak, bapak dulu ada berapa bini?”

“ Bapak kau yang bedebah tu? Seingat aku, ada 3 bini. Dengan bini terakhir dia ,ada dapat seorang anak perempuan. Kau ada adik tiri selain Herman.”

Saleha mengeluarkan kad nama yang diberikan padanya oleh wanita bernama Chempaka tempoh hari. Matanya berkerut kerut melihat nama yang tertulis.

‘Chempaka Salmah’

“ Bapak dulu bagi nama apa dekat aku Emak? Pangkalnya nama bunga kan? Melur? Ros?” Tanya Saleha macam memaksa.

“ Bukan. Bapak kau letak nama Chempaka. Ya memang ejanya C.H.E.M.P.A.K.A. Nama kau sebenarnya Chempaka Saleha.

Saleha tersenyum mendengar penjelasan emaknya itu. Dia puas dan seronok.
Mak Andam Saleha ketawa sekuat hati.

‘ Oh rupa rupanya dialah …’

Kau orang tekalah!! Kah kah kah!

Koleksi Mak Andam Saleha KLIK SINI

====================================
Gambar (google): Deefeen DF

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here