LOT 77294

0
1543

LOT 77294
Karya: S. Faizal @ The Flash

==============*==============

Nota kaki- Cerita ini berlaku awal Januari. Walaupun dah basi, tapi tak bagi aku. Kah kah!

Sebelum aku bercerita biar aku ceritakan watak dalam kisah kali ini,
Faizal- Akulah, Penakut tapi acah berani je ni! Kah kah! Kadang kadang boleh nampak hantu.

Nurin – Blur ya amat.
Lala – Acah acah berani tapi penakut.
Jen – Berani, tapi waktu kejadian dia demam. Ala cian.
Izzah- Kadang kadang senang nampak hantu . Comel, ada lesung pipit. Kah kah!

***

Aku ada urusan kerja di Pantai Timur. Jadinya memang aku kena bermalam. Lagipun agak gila kalau aku nak balik ke Johor selepas tamat kerja. Segala urusan sewa rumah inap( homestay) memang aku serahkan pada Nurin. Dia cari dan telefon dan aku setuju. Dari gambar di Facebook nampak lawa.Rumah baru dan yang penting harganya berpatutan.

Tapi bila difikirkan, jauh jugak dengan bandar Kuala Terengganu. Penipu betul tuan rumah. Sembang 10minit dari rumah, padahal 30 minit kot. Kau semua nak tahu, masa kami sampai di kawasan rumah, sudahlah lokasi dia bagi tak berapa tepat. Tuan rumah punyalah lambat.

Bayangkan kami sampai jam 2 petang. Padahal Nurin dah Whatsapp nak sampai jam 230 petang. Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba tuan rumahnya. Jam dah jejak angka 4 petang. Kami duduk dalam kereta saja!Pusing pusing taman. Macam penculik kau tau? Kah kah! Sudahlah nombor plat dari luar, mesti orang situ syak wasangka dengan kami.

Kira kira 420 petang tuan tanah tiba. Pasangan suami isteri berusia lewat 50an. Aku dengan Izah sebenarnya nak maki dah. Tapi bila tengok yang datangnya macam baya ibu bapa kami, terbantut. Padahalkan masa kami telefon, suara anak muda.

“Maaf ya lambat, tadi sepatutnya anak pakcik yang datang beri kunci tapi dia sibuk ke sana ke mari” tuan tanah memulakan bicara mula.

Aku duduk dalam kereta. Merenung gelagat orang tua berkenaan. Yang pergi mengadap Jen dan Izah, itu pun mereka tahu bercakap loghat Terengganu sebab pernah menuntut di Universti Malaysia Terengganu.

Selesai urusan bayaran dan pemberian kunci, kereta akhirnya di parkir. Tapi ada satu yang pelik, tuan tanah yang lelaki tak masuk pun dalam rumah. Isteri dia je yang sibuk sibuk menyapu dan mengelap lantai. Terus terang aku cakap, luar nampak lawa tapi dalamnya memang bersawang dan penuh tahi cicak. Geramnyalah rasa hati aku waktu itu.

Oh ya, lupa nak beritahu, selain kereta yang kami naiki, ada lagi dua buah kereta lain, dinaiki Fiz dan Zie.
Cumanya satu silapnya, waktu masuk ke dalam rumah, staf aku tak bagi salam apa, terus meluru masuk. Ha ha ha !

Ok waktu itu jam 6 petang. Kami semua bersiap nak ke Pantai Teluk Ketapang, untuk berjalan dan makan Ikan Celup Tepung!

Tapikan, ada kejadiaan separa seram waktu kami bersiap nak keluar. Aku waktu itu dalam rumah nak ke bilik air dan ke dapur. Waktu itu juga ada Nurin, dia baru selesai bersolek. Aku waktu itu ada berbual dengan dia dan aku nampak dia masuk ke dalam bilik utama. Sewaktu aku nak ke dapur, ekor mata aku ternampak kelibat Nurin di bilik tengah.

Nak tau sebab apa? Sebab dia waktu itu pakai baju berwarna kuning. Aku perasan dia duduk di atas katil, bilik tengah tidak dibuka lampu. Aku toleh ke kiri sedikit, kelihatan macam dia sedang tersenyum. Aku rasa tak sedap hati. Aku terus ke dapur. Usai kembali dari dapur, Nurin keluar dari bilik utama! Ah sudah, aku dah tak sedap hati. Aku cepat cepat toleh ke bilik tengah. Nothing! Tiada siapa pun.

Sewaktu di Pantai Teluk Ketapang, sekali lagi aku tak sedap hati. Aku mendapat tahu bahawa Fiz dan Zie takkan tidur sekali di rumah inap desa aku itu. Aduh! Mereka kena ada seawal jam 8 pagi di Kemaman. Takkan mereka nak bergerak jam 4 pagi nak ke sana. Zie selaku bos besar, dia pun mengajak Fiz sekereta dengan stafnya untuk bermalam di Kemaman. Aku dah teguk air liur.

Selesai makan di Teluk Ketapang, tim Fiz dan Zie bergerak ke Kemaman. Tinggallah aku dan tim aku berlima. Kami tiba di kawasan rumah inap kira kira jam 740 petang. Selepas Maghrib, kawasan perumahan itu kelihatan lebih menyeramkan dari siang. Pelik, aku tak petik pun suis lampu luar.

“Siapa buka suis lampu luar ni ha” soal aku panik. Nurin , Lala dan Izah mengeleng kepala. Jen hanya mendiamkan diri.

Ok kisah seram bermula sekarang!

Masuk sahaja di dalam rumah , aku terus melabuhkan badan di sofa. Penat betul badan memandu jauh.

Lala sedang asyik menonton televisyen. Aku pula mengubah posisi dari baring ke duduk.

Di dalam bilik, Nurin mandi manakala Jen dan Izah sedang berkemas. Selepas Nurin, giliran Izah. Kata Izah, sewaktu dia mandi, daun pintu bilik air dikuak. Untuk info , pintu dia jenis lipat. Bila kau tarik, akan keluar bunyi ‘srekk srekk’ . Pada mulanya Izah ingat Jen ni yang bergurau tau. Saja saja usik .

“ Hoi Jen, aku tengah mandi la ni! Gila eh?!” Izah meluahkan amarah. Kedengaran Jen menyahut, dengan bunyi ketawa. Usai mandi, Izah hanya menjeling ke arah Jen yang terbaring dia atas katil. Jen waktu itu baru je lepas makan ubat selsema, jadi lalok la. Berbulu je Izah melihatkan Jen yang buat muka kosong macam tiada apa yang terjadi.

Giliran Jen mandi, dia pula diganggu. Saat pintunya di kuak, dia terlihat ada bayangan hitam! Keluar dari bilik, Jen terus serta merta memarahi Izah. Izah yang dari tadi memendam amarah, terus membalas ,

“ Kau tadi bukan main pintu masa aku tengah mandi!” Bentak Jen.
Izah kebingungan. Penyudahnya ketiga tiga mereka berlari meluru ke luar!

Aku yang waktu itu tengah asyik menonton televisyen bersama Lala agak terkejut. Muka masing masing pucat.
“Bos, kami kena kacau!”

Itu jawapan pertama yang keluar dari mulut Izah. Perlahan lahan aku menyuruh mereka bertiga bertenang. Rupanya rupanya, Jen tak dengar pun Izah memekik sewaktu dia dikacau. Tapi Izah dengar suara Jen mengiyakan dan berdehem. Aku saling berpandangan sesama sendiri.

Jen pula beritahu waktu dia lepas mandi, dia nampak Nurin terbongkok bongkok tepi katil mencari sesuatu. Masa itu kata Jen, Nurin memakai baju kuning siang tadi, padahal budak tu dah salin baju kot. Bila dia alihkan pandangan, Nurin ada di meja solek. Jen ni rabun macam aku, tapi takkan la jarak 5 meter camtu dia tak reti nak bezakan.

Tau tak, makin lama kami bercerita, makin macam macam cerita seram yang keluar. Izah tiba tiba mengeluh, bahu kirinya lenguh, berat macam ada yang menindih. Aku dah mula membaca Ayat Qursi dalam hati. Aku risau, dahlah aku seorang je lelaki. Aduh. Kalau budak budak ni kena histeria ke apa, masaklah aku! Pulak masing masing kebetulan tengah ‘cuti’ .

Tengah sedap bercerita, masing masing kecut perut bila terdengar bunyi pintu dikuak!

Sreeekkkkkkk!!! Dengan aku sekali terperanjat!

Izah menangis. Dia beritahu, dia tak pernah rasa takut macam ini. Aku dah mula risau. Takut yang lain menangis. Lala dah puas memujuknya supaya berhenti menangis. Nurin? Lagilah, mata dah berkaca kaca. Dia mana boleh tengok orang lain menangis, dia mesti nak menangis.

Demi meredakan ketakutan yang memuncak, terus aku memberi cadangan supaya keluar. Beli burger! Itu sahajalah cadangan terbaik yang aku boleh usulkan. Aku pun rasa serba salah lihat Izah yang dari tadi tersedu sedan.

Masing masing keluar dengan apa yang ada je, kepala masing masing tutup dengan tuala. Masa aku memulas tombol pintu, tersekat! Macam kami terkunci dari luar! Muka Izah berubah serta merta, riak wajahnya risau. Aku cuba lagi, keras! Macam ada yang memegang dari luar!

“Bismillahirahmanirahim..”

Aku ucapkan lafaz agung, syukur, pintu terbuka. Ada angin panas menyapa belah kiri aku sebaik pintu di kuak. Cepat cepat yang lain bergegas keluar masuk ke dalam kereta.

Sewaktu kami tiba di warung burger, aku sarankan mereka berempat duduk sahaja di dalam kereta. Sewaktu aku mahu melintas jalan, mata aku tertancap pada kerusi bahagian belakang kereta, di mana tempat Izah duduk. Aku gosok mata berkali kali.

Sah! Ada objek kecil menumpang di bahu Izah. Macam bayi, dari biasan lampu belakang, aku nampak mata bayi itu tepat memandang aku. Aku jadi serba salah. Bayangkan sampai aku silap teroder burger. Aku sengaja singgah di kedai runcit seberang jalan sementara menunggu burger siap. Mundar mandir aku dibuatnya dalam kedai. Dalam kepala ini tak macam nak bagitahu, macam tak pun ya.

Sudahnya aku diam. Sepanjang perjalanan 5 minit dari warung burger ke rumah, aku yang duduk di bahagian depan(Lala yang memandu) tak henti memandang belakang melalui cermin bahagian atas. Memang ada bayi berkepala pucat elok bertenggek di bahu Izah. Ajaibnya, tiba di rumah, waktu aku buka pintu pagar, dah lesap bayinya!

Kami masuk, makan dan pada mulanya masing masing nak tidur di bilik dan aku tidur di ruang tamu sahaja. Tapi mereka tak sedap hati. Aku lagilah, memang tak sedap hati. Kalau nak tau, tingkap rumah tu memboleh kau nampak diri kau. Dia macam cermin bersolek tau. Jadi kau rasa diri kau dikelilingi cermin.

Penyudahnya, kesemua tidur di atas lantai berlapikkan toto! Bayar mahal mahal, tidur atas lantai! Kah kah!

Aku tidur di hujung kaki mereka. Pada mulanya aku nak tidur di bilik, tapi risau pulak keselamatan mereka berempat. Karang jadi apa apa, aku juga yang susah.

Izah ni bila dia takut, dia memang tak boleh nak tidur. Aku dan Lala berbual sesama kami. Jen waktu itu dah berlayar ke alam mimpi. Dia dah telan ubat selsema. Nurin sewaktu itu sedang bercakap telefon dengan kekasih hatinya.

Sedang asyik kami berbual, Lala yang dari tadi posisi baring, tiba tiba bangun! Muka Izah waktu itu pun terkejut.

“Bos dengar tak bunyi orang ketuk pintu? Kuat” Bisik Lala. Izah mengiyakan. Kami bertiga automatik terus berselebung! Nurin yang tadi sedang asyik bercakap telefon, terdengar kami menjerit kecil, terus mematikan perbualan dan menerpa kami.

Aku tak dengar pun. Tapi yang kami dengar bertiga adalah bunyi guli bergolek atas atap. Selang beberapa minit selepas bunyi ketukan pintu. Tergamam. Kemudian telinga masing masing menangkap bunyi daun pintu dari dalam bilik.

‘Sreeekkkk’

Sekali lagi, semua sekali berselubung di bawah selimut , kecuali aku. Sebab aku rasa keadaan ruang tamu ketika itu panas membahang. Untuk sekalian kalinya, aku rasa macam ada sesuatu yang melihat dari tepi ruang makan. Tapi apa?

Untuk seketika, keadaan kembali reda. Masing masing mulai mengantuk. Jam dah menjejak angka 2 pagi. Aku dah terlelap dahulu. Tapi, aku ada satu ‘sumpahan’, aku boleh astral projection. Kalau kau ada tengok filem Insidious, budak tu berjalan dalam mimpi, aku boleh buat begitu kalau keadaan memaksa.

Masa aku ‘berjalan dalam mimpi’ , Jen tersedar waktu itu. Bayangkan dia yang dibawah pengaruh ubat boleh tersedar dek terdengar bunyi harimau mendengus. Kata Jen, dia dan Izah pagi itu hanya melihat aku yang sedang meracau racau dan kadang kadang kala berbunyi macam harimau! Kah kah kah! Real gila. Dorang cakap kaki aku menendang sesuatu.

Nak tau apa yang aku nampak dalam ‘perjalanan mimpi’. Ok begini, waktu aku lelapkan mata, aku terjaga, tapi aku tahu aku dah ada di alam ‘sebelah sana’. Aku nampak diri aku tidur, dan staf aku elok je tidur. Keadaan rumah waktu itu suram dan buruk. Aku cuba nak masuk ke dalam badan aku waktu itu, tapi tahu tahu je, aku dah terbaring atas katil bilik utama.

Perlahan lahan daun pintu bilik air dikuak. Dan merangkak ada lembaga bersusuk tubuh 2 kali ganda besar dari manusia, mendekati aku dan terus menangkap kaki aku sambil ketawa! Aku rasa waktu dorang tengok kaki aku menendang , waktu itu kaki aku dipegang. Aku waktu memekik kalimah Allahuakbar beberapa kali. Natijahnya, aku dicampak keluar.

Sebaik aku bangun,aku nampak mereka berempat ada di luar rumah, di tepi tingkap, berkurung putih dan muka masing masing pucat, sedih. Aku sempat bertanya,

‘ Korang dah mati ke’

Entah kenapa soalan itu terpacul dari mulut aku. Aku lihat keadaan ruang tamu tempat kami tidur dipenuhi makhluk yang mengerikan. Penuh! Ada yang duduk di sofa dan ada yang berteleku di atas badan aku dan mereka berempat. Aku telan air liur. Nak masuk ke dalam badan, aku tengok ke bawah, kaki aku dipegang sesuatu.

Mata aku masih lagi meliar melihat keadaan ruang tamu yang usang. Mulut mula membaca Ayat Qursi dan 3 Qul. Makin aku kuat, makin telinga aku terdengar suara orang mengilai. Sewaktu aku hendak menamatkan bacaan, kesemua makhluk yang mengerikan itu menyerbu aku, entah macam mana, aku terus melompat ke ‘badan’. Buka sahaja mata, aku nampak ada benda sedang mengesot masuk ke dalam bilik utama. Mulut aku ringan bertanya,

“Izah, awak dah tidur”

Izah hanya menjawab Ya. Pendek. Tapi, aku tahu itu bukan dia. Gila ke orang dah tidur boleh jawab ya!

Kami ingat gangguan itu berakhir sesudah Subuh. Silap besar, makin menjadi. Jam 630 pagi, rumah itu BLACK OUT! Benar, terputus bekalan elektrik! Masa itu masing masing dah terjaga, konon rasa lega sebab dah dengar azan Subuh. Tengah syok cerita malam tadi, gelap! Hampir sejam.

Jam 710 pagi, pintu bilik air bahagian tengah dikuak! Benda itu main tandas tengah pulak geng! Aku macam tak boleh nak hadam, apa benda yang seronok mengacau kami hari itu. Nak kata angin? Aku dah tengok, some how takda langsung lubang angin yang memboleh pintu terkuak sendiri.

Aku solat Subuh dah hujung hujung waktu, sewaktu doa, tiba tiba lampu terpasang. Dan kiblat sewaktu itu serong dan memang secara tak langsung, mata aku akana nampak tandas tengah, sebaik lampu terpasang, ada tangan sedang menutup pintu tandas. Jahanam betul.

Kira kira jam 8 pagi, bekalan elektrik terputus sekali lagi! Ya Allah, rumah tu suram tau. Macam gelam semacam. Dah siang pun rasa seriau. Kawasan perumahan itu boleh aku katakan baru, tapi kiri rumah tiada penghuni.

Jen dan Nurin nak pergi mandi kira kira jam 830 pagi. Sekali lagi, mereka diganggu. Waktu dorang nak mandi dekat bilik air bilik utama, sebaik sahaja Jen nak buka pintu bilik air, pintu terkuak sendiri! Terus dorang berdua ni berlari keluar. Sudahnya masing masing mandi dekat tandas luar.

Jam 9 pagi, aku beranikan diri. Selamba badak aku berak dalam tu. Aku perasan, banyak betul helaian rambut panjang beruban dalam itu. Aku andaikan itu dari penghuni sebelum ini. Kot.

Entahlah, aku rasa aku dah cerita semua kisah yang terjadi waktu itu. Kau orang tahu tak, makin kami susun semula timeline, makin seram jadinya. Jen nampak Nurin, padahal Nurin ada tengah gosok baju, aku nampak Jen, tapi Jen tengah mandi. Senang cerita, kami masing masing nampak benda itu menyerupai satu sama lain. Maaf sekali lagi kalau tulisan aku kali ini agak tak tersusun. Kah kah ! Lama betul aku tak menulis.

Ermm… Kalau kau orang nak menetap dekat homestay itu, aku boleh beri nombor. Untuk info, last orang menginap dekat situ adalah pada bulan Julai ( berdasarkan testimoni di FB homestay) .Kami menginap Januari 2019. Oh ya, dalam rumah tu kan, ada labu sayong. Sesuatu sangat. Bubuh tengah rumah buat apalah.

Dan Nurin ada bagitahu, sepanjang dia berurusan dengan tuan rumah, selalunya waktu check out, tuan tanah akan tanya maklum balas atau minta drop kunci dalam peti surat atau beberapa pesanan lain. Yang ini, langsung takda wei. Senyap seribu bahasa.

Lot 77294, ‘kau’ tunggu. Kami akan datang semula. Kali ini, aku akan bawa semua staf masuk dalam mimpi! Jaga!

SHARE
Previous articleJANGAN PULANG!
Next articlePARIT KASIM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here