LIKERS

0
1290

LIKERS
Nukilan: Shane
Facebook: https://web.facebook.com/syafiqah.zulkiflee.756

=================================

*Karya yang tidak disunting*

Asfaf seorang manusia yang suka mengadap media sosial .24 jam tak pernah lekang jari memegang telefon pintar iPhone miliknya .Itu lah rutin hariannya , selain menjadi cashier di pasaraya besar .Kerja sepertinya tidak lah terlalu sibuk dan mungkin sebab itu dia lebih suka meluangkan masa dengan mengadap telefonnya saja .
.
Lagi pun dia memang tidak ramai kawan . Kawan-kawan di media sosial itu saja lah yang dia ada dalam hidup .Sungguh pun dia seorang yang ramah .Ramah di alam maya jelah .Realitinya dia seorang introvert .
.
Rutin hariannya ,selepas balik kerja dia akan terus berkurung dalam bilik .Apa yang dia akan lakukan ,dia akan like semua gambar dan status friend list di Facebook ,tanda dia support aktiviti harian mereka semua. Itu lah kegemaran dia ,dia kaki like .
.
Bagi dia ,orang akan like gambar dia apabila dia sendiri mulakan like gambar orang dulu. Kerana tabiat itu dia terkenal di media sosial .Kerana aktif nya dia memberi like dan komentar akan sesuatu status kawan Facebook dia.
.
Dan dia senang dengan apa yang dia lakukan .Tanpa dia sedar suatu saat nanti tabiat dia itu akan memakan diri dia balik .
.
.
‘Ting’ satu notifikasi masuk .Asfaf bukak aplikasi Facebook dan lihat notifikasi yang masuk sebentar tadi. Account Facebook yang bernama Putri Lara Aishah Kesuma telah accept friend request yang dia hantar sebelum ni .Gembira hatinya apabila ada orang sudi menerima friend request yang dia hantar .Memang dia suka mencari kawan di Media Sosial agar dia boleh rasa bangga yang dia punya ramai kawan .Ah kawan di media sosial apa lah sangat.
.
Kebanyakkan di Media Sosial bukan boleh dipercayai .Ada yang menggunakan Media Sosial dengan berniat jahat ,ada juga untuk kongsi aktiviti harian yang di lakukan .
.
Sebagai contoh Asfaf menggunakan Media Sosial untuk dia melengkapkan hari-hari sunyi yang mendatang .Dia bukan lah dedah sangat kehidupan dia di media sosial .Dia lebih suka begitu ,menjadi pemerhati dengan like semua status yang lalu di wall Facebook dia.
.
Account Facebook dia pun dia bukan letak nama penuh .Hanya meletak nama Asfaf Single .Ah dia fikir dia retis dengan meletak nama seperti itu .Katanya dia letak nama tu agar dia dapat test market gadis-gadis di Media Sosial .Mungkin dia bakal bertemu jodoh dalam Media Sosial .Itu sangkaan nya .
Gambar yang dia kongsi pun bukan gambar sebenar .Kebanyakkan dia ambik ihsan gambar dari Google .Gambar orang mana lah yang di ciplak nya.
.
.
Pada suatu hari yang damai .Sangkaan dia hari itu damai buatnya tapi tidak .Kata orang takda angin takda ribut ,tiba-tiba hujan .Itu lah yang terjadi pada dia tika itu .Hari yang dia mendapat pelajaran akan sikap dia yang kaki like .
.
.
‘Asal kau like gambar aku!!’. Satu mesez dia dapat dari messenger .Mesez itu daripada Putri Lara Aishah Kesuma.
.
Asfaf menjadi hairan ,dah kenapa si Putri ni tak suka Asfaf like gambar dia .Asfaf memikir balik gambar apa yang dia sudah like ? .Takda pulak gambar yang tak senonoh .
“Kalau taknak orang like gambar kau ,takyah post kat FB !”.Kata dia geram .Nasib si empunya diri cantik kalau tidak pasti Asfaf sudah block si Putri ni
.
“Hah lantak lah ,mesti dia ingat aku nak tackle dia ni”. Kata Asfaf tanpa ambik peduli akan mesez daripada Putri Lara Aishah Kesuma.
.
‘Jangan like gambar aku!’ satu lagi mesez masuk daripada Putri Lara Aishah Kesuma. “Eh perempuan ni dah kenapa?”. Asfaf jadi bengang dengan mesez yang masuk bertalu-talu . ‘Kalau kau tak suka orang like gambar kau ,jangan post kat FB .Simpan je untuk tatapan kau sorang .Paham!!!’ balas Asfaf geram .
.
“Perempuan ni gila agaknya ,lantak lah malas aku nak layan”.kata Asfaf lalu menutup data .Murung hidup dia sekejap tanpa layan Media Sosial .
.
.
Akibat kebosanan melanda dia berapa minit tidak membuka Facebook ,akhirnya dia akur akan habit dia yang gemar melayan Media Sosial .Lagi-lagi Facebook.
.
Asfaf bukak kembali data yang dia tutup sebentar tadi .Tak sampai 5 minit dia tutup data ,hati dia tak senang .
.
‘Aku dah kata jangan like gambar aku!’ ‘Kau ni memang nak kena!’ ‘Kau tunggu nasib kau!’ .Dia baca semua mesez yang masuk bertalu-talu daripada Putri Lara Aishah Kesuma .Ada lebih 10 mesez yang dihantar si Putri kepada dia . Hinggakan ‘hang’ telefon dia sebentar .
.
Asfaf mengambil keputusan untuk uninstall messenger agar tiada lagi ngganguan dari Si Putri .
.
Dalam pada itu ,dia stalk profile Facebook milik Putri Lara Aishah Kesuma. Dia berasa pelik kenapa semua gambar yang di post di Facebook Si Putri ni takda satu orang pun like .Sampai satu gambar dia lihat hanya ada satu saja like .Orang yang like tu adalah diri dia .
.
Terus naik bulu roma. Meremang.
.
Menggigil dia apabila masuk satu mesez daripada Putri Lara Aishah Kesuma .Bukan dia dah uninstall messenger ke sebentar tadi? ‘Kemari kemana mahu lari ,7 petala langit akan ku seru ,berganding lah dengan ku wahai si garuda’ .
.
Ketika Asfaf ingin mematikan telefonnya ada lagi satu mesez masuk yang memaksa dia untuk baca perihal mesez itu .’Pat pat siku lipat ,siapa cepat dia dapat Mohd Asfaf Bin Abdullah’ .Gulpp dia menelan air liur yang tersekat di celah kerongkong .”Macam mana dia tahu nama aku” Gumam Asfaf seorang diri .
.
Seingat dia tiada seorang pun yang tahu nama penuh dia dalam media sosial dan dia tak pernah bagi tahu pada sesiapa pun .Tiba-tiba ada sepasang tangan menjalar di sekitar leher Asfaf .
.
Asfaf lihat kuku yang panjang dan hitam hendak cekik lehernya .
.
.
“Allah Allah Allah tolong aku” jerit Asfaf yang berharap ini semua hanyalah mimpi .
.
“Baru kau ingat tuhan?!” Kata Mahluk yang berada di depan Asfaf .
.
Asfaf kaku dan terima apa sahaja yang akan berlaku ke atas dirinya sebentar nanti . “Aku dah kata jangan like gambar aku!!” sergah Mahluk hitam berbadan besar itu .
.
“Arghhhhh!!”
.
.
‘Pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat ,sudah dapat mangsa terbaharu !!!’.

-TAMAT-

SHARE
Previous articleTEMAN
Next articleBAQA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here