KULIT

0
8330

KARYA: Bel Nawhen (INDUK AAN)
TAJUK: KULIT

=============

Pertunjukkan fesyen petang itu sunggu meriah. Bergema tepukan apabila kasut dan tas tangan ciptaannya diperagakan dipentas oleh model-model jelita.

Farah tersenyum puas. Satu kenikmatan baginya apabila hasil kerja tangannya mendapat tempat di pentas peragaan yang terkenal dan gah tersebut.

.

“Nak buat kasut dan tas tangan ni kau kena teliti. Kalau ikut seperti amalan zaman nenek moyang kita, perniagaan kita ni akan kekal utuh di persada dunia tanpa ada satu umat pun mampu menandinginya”

Kata-kata Wan Mawar menyapa ke deria pendengarannya. Malu pula tertanggap leka dengan rekaan kasut dan tas tangan yang tersusun indah di rak khas yang terletak di bilik simpanan milik neneknya itu.

Setiap corak dan kekemasan rekaan itu terlalu unik dan terasa seolah menyentuh kulit lembut orang bayi. Halus sungguh pembuatan kedua-dua aksesori yang sering menjadi koleksi setiap wanita masa kini.

“Nantilah kau dah dewasa, Wan akan perturunkan ilmu wan ini pada kau kalau kau mahu. Tapi dia punya syarat terlalu ketat takut kau tak termampu” sambung Wan Mawar kembali. Sengaja mahu melihat reaksi cucu kesayangannya itu.

.

Tahun 1962.

Siapa tidak kenal orang kaya Razali di Kampung Solok Tenang. Kekayaannya hasil dari perniagaan sepatu dan tas tangan menjadi kegilaan di zaman itu. Sudahlah buatan tangan, ekslusif pula. Tempahan diambil berdasarkan rekaan yang dikehendaki pelanggan dan yang paling mereka puas hati, ia diperbuat dari tangan.

Yang menjadi perbualan dari mulut ke mulut penduduk kampung tentang penghasilan sepatu dan tas tangan tersebut adalah cara pembuatan sepatu yang ternyata kekal misteri. Khabarnya orang kaya Razali ada mempunyai sebuah rumah ladang khas bagi tujuan pembuatan kedua-dua objek ini dan tidak ada sesiapa pun mengetahui lokasi hatta mampu meniru pembuatan sepatu dan tas tangsn tersebut. Entah jenis kulit apa yang digunakan oleh orang kaya Razali pun mereka tidak tahu kerana orang kaya Razali bukan berasal dari kampung tersebut. Datangnya merantau dan ternyata bermastautin sebagai orang kaya.

Orang kaya Razali mempunyai isteri yang sungguh cantik rupa paras. Katanya sudah menikah di luar kawasan. Yang menjadi buah mulut orang kampung apabila isterinya itu seolah tidak dimakan usia dan menjadi kegilaan ramai apabila Orang Kaya Razali tiba-tiba hilang dari kampung saat masuk ke hutan untuk mencari bahan-bahan pembuatan kasut dan tas tangannya.

Maka, Widayu iaitu si isteri meneruskan perniagaan suaminya bersama anak-anak dan beberapa ahli keluarga rapat dan juga pekerja yang di import dari luar.

.

Tahun 2032

“Sepatu dan tas tangan ini diperbuat dari kulit haiwan apa ya Cik Farah? Seolah dari kulit manusia pula. Lembut bukan main!” soalan wartawan menyentakkan Farah dari rasa bangga yang menggunung.

“Itu saya tidak boleh beritahu. Ini merupakan rahsia keluarga yang saya pegang erat. Saya bukan bimbang akan berlaku isu meniru rekaan ini tetapi saya bimbang musibah pula menimpa mereka yang cuba meniru bulat-bulat kaedah pembuatan tersebut.” dalam nada tegas, Farah menjawab dan terus berlalu pergi. Rimas dengan soalan tidak sudah dari wartawan-wartawan yang sentiasa mencari berita terkini untuk dijadikan bahan melakukan tabloid masing-masing.

.

“Farah… Farah… Bangun”
“Farah.. Tolong aku….”
“Tolonggggg!!!”

Farah yang waktu itu baru sahaja berusia 12 tahun, terjaga dari lena. Peluh merecik di dahi. Entah mimpi apa dia pun tak tahu. Dia lihat ramai sungguh bayi, kanak-kanak dan orang dewasa berkumpul meminta pertolongannya. Mana yang pipinya rompong, mana kulitnya seolah-olah sudah tidak ada seperti disiat-siat dan ada juga susuk yang berbogel tanpa kulit membaluti tubuhnya. Ngeri!

Farah terdengar sesuatu sewaktu terjaga. Dodoian yang melekakan. Kurang jelas seolah keluar dari bangsal bersebelahan rumah agam Wan nya yang sedang diduduki.

Dalam kelam malam, Farah melangkah menuruni tangga rumah agam tersebut dan terus keluar untuk kebangsal milik Wan Mawar yang digunakan untuk tujuan pembuatan sepatu dan tas tangannya.

Farah mengintip dari celah rekahan bangsal. Kelihatan Wan Mawar sedang mendodoi sesuatu, atau lebih boleh dikatakan seseorang sambil menyanyikan lagu dodoi yang Farah tidak jelas butir sebutannya. Dan tangisan yang Farah dengar sebentar tadi semakin perlahan dan terus terhenti.

Walaupun puas Farah menjengketkan kakinya untuk melihat keadaan di dalam bangsal itu, hampa hasilnya. Baru sahaja Farah mahu berlalu pergi, tiba-tiba ada kelibat yang melepasi Farah. Pantas Farah mengambil langkah seribu.

Sampai di dalam rumah agam, terasa seperti ada mata yang memerhati setiap langkah kecil Farah. Mahu terkucil rasanya Farah waktu itu. Sewaktu menaiki tangga menuju ke biliknya, terdengar derap sepetu mengekorinya. Apabila Farah menoleh untuk mencari di mana punca bunyi tersebut, bunyi itu turut terhenti.

Kejadian itu Farah rahsiakan dari Wan Mawar kerana bimbang dirinya dimarahi walaupun Farah masih tertanya-tanya entah bayi siapa yang didodoi oleh Wannya itu tempoh hari.

Farah semakin pelik apabila semakin kerap pembantu rumahnya serta serta tukang kebun di rumah agam tersebut sering bertukar ganti. Hilang tanpa dijejaki seolah melarikan diri tanpa meninggalkan kesan. Dan perniagaan sepatu serta tas tangan milik keluarganya semakin menjadi maju dan trending di pasaran.

.

Jarum dan benang khas tersebut Farah cucuk rapi disetiap sudut kulit bagi membuat tas tangan yang ditempah oleh seorang perniaga Indonesia. Tas tangan sedondon dengan sepatu 3 inci perlu disiapkan dalam tempoh 30 hari. Tekun Farah menyudahkan jahitannya. Setiap kali tusukan jarumnya masuk ke liang kulit, setiap kali itu gerakan perlahan menganggu tumpuan Farah.

Farah mula berang. Tempahan itu bernilai puluhan ribu ringgit harganya dan perlu disiapkan segera. Kulit-kulit yang digunakannya perlu segera di jahit satu persatu, sebelum kulit tersebut mengalami rigor mortis. Jika berlaku keadaan tersebut, kerjanya perlu diulang semula dan kulit baru perlu digunakan. Farah perlu berjimat dengan koleksi kulit dan tubuh yang ditumpangi kulit-kulitnya itu agar tidak perlu mencari stok baru yang mana kejadiannya perlu memakan masa sehingga 9 bulan lamanya!.

Farah sudah tuli dengan belas, sudah lama buta dengan simpati sejak Farah diusia 16 tahun didapati hamil anak kekasihnya yang merupakan pemandu peribadinya.

.

“Farah, anak siapa kau kandungkan!” jerkahan papa dan jelingan marah bondanya serta Wan Mawar menjadikan liur terasa kesat.

Kesal sungguh Farah apabila terbongkar onar yang dilakukannya didepan mata ahli keluarganya. Meledak umpama bom atom. Perutnya sudah tidak boleh disorok busungnya walau serapi mana Farah jaga.

Farah dilarang menggugurkan kandungannya tetapi juga dilarang untuk membesarkan bayi yang dikandung.

Sisi kejam seorang nenek dan keluarga terlihat di hadapan Farah. Dengan tangan sendiri bersama jampi serapah di ajar oleh Wan Mawar, bayinya yang baru lahir bila cukup waktunya di bunuh dan kulitnya diabadikan untuk dijadikan sepatu yang menjadi koleksi pertama Farah. Nasib yang sama menimpa kekasihnya. Tubuhnya diawet dengan cecair khas untuk memberikan rasa lembut seperti kulit bayi dan dijadikan tas tangan buat Farah.

Barulah Farah tahu bahawa keagungan empayar perniagaan keturunannya merupakan dari sisi gelap berhati syaitan milik keluarganya. Tidak ada istilah belas dalam mengejar kemasyuran. Dan diusia sementah itu, Farah sudah diperturunkan ilmu gara-gara terlalu dungu mengikut nafsu yang beraja.

.

“Bonda pulang sayang” Farah memeluk erat sepatunya itu. Mendodoi irama menyedapkan telinga seolah mahu menidurkan seorang bayi.

Muncul bayangan si kekasih hati dari tas tangan yang elok dipamerkan didalam rak kaca khas di bilik beradunya. Mereka berasmara seolah dilamun cinta tidak sudah. Dan bisikan cinta si arjuna yang didambakan menjadikan Farah serta ‘bayi’ yang dikendongnya terbuai-buai. Farah leka dalam dunianya sendiri. Tidak boleh membezakan yang mana nyata dan yang mana khayalan semata.

.

‘Kejadian kehilangan beberapa orang gadis untuk 12 tahun ini seolah menjadi misteri. Tidak ada yang tahu kemana perginya mereka. Dari sumber, gadis-gadis itu juga didapati hamil sebelum menghilangkan diri’

Berita itu menjadi bualan sensasi dari mulut ke mulut. Farah amat puas hati. Perniagaannya maju, stok kulitnya masih banyak diawet. ‘Anak’ dan ‘kekasihnya’ ada didepan mata untuk berkongsi cerita suka dan duka.

Farah ghairah menempah nama. Tempahan adakala tidak terkejar deadlinenya. Farah mula tidak cukup tidur. Ada waktu, Farah tidak tidur selama 3 hari untuk menyiapkan tempahan.

Iyalah, syarat ilmu ia haruslah dijahit tangan dan diiringi segala jampi serapah agar hasilnya ampuh dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

Entah sampai bila Farah akan teruskan dengan kerjanya itu. Apa yang pasti, Farah tidak ada keinginan untuk berkasih apetah lagi mendirikan rumahtangga. Biarlah setakat dia sahaja yang mewarisi bakat pembuat sepatu dan tas tangan dari kulit itu. Legasinya tidak mungkin akan diteruskan lagi. Biar terputus begitu sahaja.

“Bonda akan setia dengan cinta hati bonda berdua” ujar Farah sambil membelai sepatu dan tas tangannya itu. Terasa dakapan kasih dari kedua-dua ‘anak’ anak dan ‘kekasihnya’..

Mendamaikan. 

SHARE
Previous articleASRAMA
Next articlePOKOK NYIUR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here