Kisah Seram Jimi

0
908

Kisah Seram Jimi
Nukilan: Ezrin Marsh

** Karya asal yang tidak disunting
===========================

“Lu dah tak payah tambah apa-apa lagi. Lu tulis je ikut sequence cerita ni nanti. Simpler for you!”, Jimi beri arahan pada aku dengan nada sedikit tegas sambil meneguk nescafé nya dengan bersemangat.

“Alright bro”, jawab aku sambil angguk-angguk kecil. Yeah. Should be simpler for me, terdetik dalam otak aku.

“Gua pernah bagi cerita ni kat sorang mamat ni. Dia ni pernah terbit buku tapi gua baca dia tulis cam tak sampai aa. Banyak kureng”, Jimi tambah lagi dengan ekspresi sedikit kesal.

“Kureng camana tu?”

“Tak detail. Macam sekali lalu gitu. Light sangat”, Jimi explain sambil sedut vapenya dengan muka serius.

Berkepul-kepul vapour nya aku tengok. Macam awan Cumulus Nimbus. Entah betul tidak aku eja tu. Whatever la ya.

“So gua nak lu plak tulis cerita ni. Gua dah baca cerita-cerita lu kat blog luu.. Gua suka. Cerita lu bagus. Especially cerita SQ6. Ada depth . Gua suka cara lu describe keadaan dalam flight tu”

“Thanks bro. sure glad you like my story”, sambut aku sambil nyalakan rokok dibibir sebab nak cover perasaan.

Sebab dalam hati aku dah berbunga perasaan bangga. Cepat-cepat aku bunuh perasaan tu. Tapi aku berbesar hati jugaklaa sebab dia kawan karib aku. Pendapat dia memang aku hargai. Lagipun Jimi ni ada taste. Bukan senang dia nak bagi pujian. Kalau dia kritik pun memang tahap takde ampun. Brutal.

“Lepas lu tulis, lu kasi gua baca dulu sebelum lu letak kat blog”, Jimi buat permintaan.
“ok sure”

Aku dengan Jimi dah lama kenal. Dah lebih 20 tahun. Semenjak zaman kitorang bujang lagi sampaila sekarang masing-masing dah ada anak. Dia ni memang sahabat karib aku. Kira cam BFF la gitu. Handsome dan tampan orangnya. Sebab ada darah “Shah”. Yang asal belah-belah gunung-gunung di Turkmenistan, Afghanistan..Cam tu la kiranya. Susur-galur keturunan ibunya pun sampai ke Rasulullah s.a.w. So ada campur darah Arab Quraisy bani Hashim. Hidung mancung, mata kedalam warna perang. Tinggi orangnya. Badan pun boleh tahan sado. Kulit pun kemerahan cam kulit Arab gitu dengan rambut halus keperangan bersuak ditepi dahi.

Tapi perangai masa bujang, Naudzubillah. Setan pun segan tengok. Semua benda dilanggarnya. Bak kata pepatah, membujur lalu melintang pun lalu. Segala benda yang buat kepala stim habis semua dah disedut, ditelan, dihisap. Air berbuih rasa pahit mayau tu dah macam air sirap diteguknya. Air yang kaler-kaler cam teh-o tapi keras gila pun selamba je dia bedal.

Kat KL ni Jimi biasa deal dgn kongsi gelap cina. Ada satu kawasan kat Bukit Bintang ni bawah jajahan takluk Jimi dengan abangnya Alfi. Pernah perang dengan kongsi gelap Ampang. Itu yang berbelang parut kat kepala kena tetak dengan parang masa tengah lepak kat *Dorai pukul 2 pagi. Kena ambush dengan geng Ampang. Nyaris meninggal. 19 jahit kena. Dah macam lipan kat kepala aku tengok masa tu. 2 minggu bertapa kat hospital. Tapi lepas keluar hospital, menyetan balik cam biasa. Lagi buas plak pembawakannya. Terus dilanggarnya balik Ampang lepas tu. Dengan ayahanda, abang long, abang ngah ke apa lancau lagi habis kena sapu. Semua angkat bendera putih or “throw in the towe”l bak kata orang Inggeris.

Jimi memang terkenal berani. Takde rasa takut kat sesapa. Tapi ramai takut dengan dia. Tu sebab kekadang orang panggil dia Jimi NoFear. Tapi Jimi ni juga jujur orangnya. Murah hati, straightforward dan sangat setia dengan kenkawan. Tenang dan otak bernas. Apa-apa masalah biasanya member-member akan consult dia. Tu yang ramai suka, sayang dan respect Jimi ni walaupun rasa takut tu tetap ada.

Dan kalau pasal awek jangan cakap laa. Aku pernah tengok sorang awek ni, melutut menyembah kaki Jimi merayu mintak Jimi ambik dia balik. Jimi tunjal-tunjal je dengan kaki suruh dia blah. Kesian aku tengok awek tu. Bukannya awek tu tak cun. Pramugari Malaysia Airlines lagi. Aku pun terminat dia time tu. Brutal tul Jimi. Terisak-isak awek tu nangis kena tunjal kena halau dengan kaki.

Memang keliling pinggang koleksi awek Jimi masa zaman dia bujang teruna tak berapa sunti. Bila aku keluar ngan Jimi masa zaman tu takde sekor pun awek yang jeling kat aku biasanya. Memang takde harapan laa.. Semua fokus kat Jimi je. Cara dia dressing pun smart. Pakai kereta pun black Honda Vtec bersport rim pun kaler hitam.Memang meletup-letup aa saham Jimi zaman dia bujang dulu.

Dan Jimi ni ada satu hal lagi pasal dia yang aku rasa cam special sikit. Dia kekadang nampak makhluk alam ghaib ni. Dia boleh rasa ada sesuatu tak kena atau ada benda yang kita tak nampak tapi dia boleh rasa “suasana” cam tak kena. Mungkin sebab kepala dia selalu stim ke apa aku tak pasti laa. Tapi kekadang bila kepala dia clear pun dia boleh detect benda-benda ni.

Ada sekali tu aku dengan Jimi pegi Penang pasal business 2-3 tahun lepas. Sampai kat sana terus kitorang cari hotel sebab tak book awal-awal. Lepas 2 atau 3 hotel di survey tapi tak berkenan, aku ngan Jimi sampaila kat satu hotel ni yang depannya pantai Batu Ferringhi. Jimi mintak nak tengok bilik dulu dan bila masuk satu bilik ni, tak sampai seminit, terus Jimi ajak aku blah. Dalam kereta baru dia explain kat aku. Dia rasa dalam bilik tu ada something. Lagipun kawasan belakang hotel tu macam berbukit. Aku plak rasa cam ok je hotel tu. Harga bilik pun reasonable. Tapi Jimi cakap dia nampak ada nenek cina tua renta kedut sejuta pakai kebaya nyonya lusuh kaler putih dgn berkain batik tengah duduk tercongok atas kerusi tepi katil. *Terkesima aku kejap. (*ayat bahasa melayu tahap tinggi).

“So camana ceritanya bro?”, tanya aku tak sabar.

“Rilek aa..lu ni tak nyempat-nyempat aa. Kasi aa gua karang ayat pembuka cerita ke apa duluu..”, Jimi jawab sambil sedut vape nya lagi lalu kenyit mata kiri dia kat aku.
Tebal berkepul vapour keluar laju dari lubang hidung mancungnya. Sedap juga baunya. Macam bau nenas campur mangga gitu.

Aku tengok suasana kedai mamak tempat aku ngan Jimi lepak tu tenang dan santai dan tak ramai orang. Mungkin sebab baru pukul 3 petang time tu. Orang belum balik kerja lagi. Aku lagi selesa camtu. Sebab aku rasa rimas bila berada ditengah ramai orang. Klaustrofobik (entah betul ke ejaan aku tu. Sesah je la). Tambah lagi aku ni memang jenis malu-malu babi (Jimi yang cakap)..

“Lu ingat tak Ijam Tarik?”, Jimi mula bukak cerita.

“who?”

“Alaa..yang adik dia si Bigap tuu..yang gua settlekan hal Bigap kena pau dengan kutu Apache kat Pertama tuu..”

“ahhh..yup..Apehal ngan Ijam?”

“Cerita ni start dengan Ijam laa. Malam tu gua lepak kat rumah Ummi (mak Jimi). Gua tgh “sakit” time tuu. Memang gua takde mood nak gerak ke apa. Stok *parkos dah 4 hari putus. Kena plak..”

“Gua ada kat KL ke masa tu?”, aku mencelah.

“Takdee..lu dah blah…tinggal gua kat KL sensorang terkontang-kanting”, Jimi balas dengan nada sedikit tak puas hati sambil kerling tajam kat aku.

Aku tersenyum kelat. Isu aku tinggalkan Kuala Lumpur dan Malaysia merantau ke luar negara memang satu isu yang Jimi agak terkilan sebab aku tak kasitau dia awal-awal..

“Lepas tu?”

“Tengah gua layan blues sensorang atas sofa tu tetiba ada call. Ummi yang angkat phone. Ijam yang call nak cakap dengan gua”

Jimi berjalan malas menuju ke telefon. Apelaa yang si Ijam ni nak memalam buta camni fikir Jimi..

“Aa..apehal?”, tanya Jimi direct tanpa protokol.

“Gua nak jumpa lu aa Jimi. Ada hal sikit aa nak story ngan lu”

“Esok aa jumpa. Tempat biasa”

“Kes heavy ni bro. Gua tengah lost aa. Kena story ngan lu malam ni jugak..”, rayu Ijam Tarik.

“Apehal? Lu baru lepas bunuh orang ke apa?”, tanya Jimi dengan nada selamba hati kering.

“Eh!? Taklaa..gila lu..tapi ni memang kes berat ni gua nak kena story ngan lu..”

“Ye la yelaa..lu datang sini rumah Ummi. Gua port sini malam ni”

“Lu keluar aa kita jumpa kat mana-manaa..”

“Gua malas aa nak gerak. Lu tahu laa satu KL *parkos tengah putus ni. Gua tengah sangap ni”

“Ok ok. Jap lagi gua sampei”

“Lu jangan lambat sangat plak. Kang gua dah tidur memang gua tak bangun aa nak layan lu”

“Takdelaa..gua dah on the way on the highway ni. Lu tungguu je gua sampei jap lagi”, Ijam keluar ayat over konfiden.

“Lu punya on the way ni mau makan 2 hari ni baru sampai. Bukan baru gua kenal lu”

“Serius aa..gua memang dah gerak ni. Gua pun ada *bal sikit ni”, Ijam cuba pancing Jimi.

“Gua tak main bal laa.. macam la lu tak tahu”.

“Ok ok. Tunggu gua. Jap lagi gua sampei”

“Alright”

Ijam Tarik sampai dalam setengah jam kemudian. Dari selang 3-4 rumah dah Jimi dengar bunyi kereta Ijam. Memang Jimi kenal sangat dengan lenggok suara Perdana V6 biru gelap Ijam. Jimi bangkit malas dari sofa dan keluar dari rumah. Ijam picit hon 2-3 kali bila nampak Jimi tercegat berdiri depan pintu pagar sambil park kereta.

“Oi setan! Apehal lu picit-picit hon ni? Lu ingat merdu sangat ke bunyi hon kereta lu? Gua pijak jugak muka lu ni kang! ! Jimi sound Ijam yang tengah sengih-sengih dalam kereta.

“Jom gerak”

“Gerak mana?, tanya Ijam masih dalam kereta.

“Kita lepak kat 7/11 depan tu”, jawab Jimi sambil selak pintu pagar.

“alright. Lu drive aa”, Ijam pelawa.

“Tak payahlaa..kita menapak je pelan-pelan. Bukan jauh sangat pun”, Jimi buat keputusan.

Ijam rasa serba-salah. Tapi cepat-cepat Ijam matikan enjin bila nampak Jimi mula gerak dari situ. Kelam-kabut Ijam keluar kereta.

“Tunggulah oii! Menonongg je lu”, Ijam laung kecil pada Jimi yang terus steady menapak dah agak jauh didepan.

“Cepat aa..lembab aa lu. Gua haus ni”, jawab Jimi sambil menoleh sekilas pada Ijam dibelakangnya.

“Jap aa”, Ijam protes kecil sambil percepatkan langkah.

“Sampai sana lu story dengan gua..”, tegas Jimi bila Ijam sampai disebelahnya sedikit cungap.

Ijam diam sambil angguk-angguk kecil. Di lihatnya sekeliling. Banyak rumah dah bergelap. Suasana pun sunyi. Malam tu cahaya bulan tak berapa terang jadi persekitaran taman perumahan tu nampak suram. Dan kelam. Juga gelap. Lampu jalan yang ada pun macam tak redha bagi cahaya. Jenis cahaya kekuningan hambar terang tak terang macam semput dekat nak meninggal.

“Capai gua Coke. Dengan keropok udang sekali aa. Kita port kat playground depan tu”, Jimi pau Ijam bila sampai depan 7/11.

“Ok bro. Lu nak apa-apa lagi tak?”, Ijam offer dengan nada manja mintak kena cepuk.

“Lu beli sekali aa 7/11 ni”, Jimi jawab selamba campur sedikit meluat atau *luga bak kata orang Terengganu.

Ijam Tarik tersengih-sengih lagi. Jimi kalau bahan orang memang tahap agung. Dan tak ramai yang berani bahan Jimi balik. Aku je antara yang berani. Itu pun kekadang tengok mood dia jugak.

Jimi terus gerak ke ketaman permainan didepan 7/11 tu. Taman permainan yang seolah-olah hanya berfungsi sebagai perhiasan yang kusam taman perumahan tu. Aku tak pernah nampak budak-budak main kat situ. Jongkang-jongket, buaian dan apa semua mak-nenek kat tapak tu nampak terbiar berkerak berkarat sebab berkurun majlis bandaran tak maintain. Pokok-pokok renek, tak renek, menjalar tumbuh subur ditaman tu.

Jimi duduk kat satu buaian. Dari situ memang nampak clear depan 7/11 tu. Tak lama kemudian Ijam pun keluar sambil jinjing beg plastik. Tinggi kurus orangnya. Kulit cerah dengan rambut kerinting sikit. Hidungnya sedikit kembang, matanya sepet cam Cina dengan bekas jerawat batu berlubang halus penuh berkampung dimuka.

Ijam ambik tempat dibuaian sebelah kanan Jimi. Dihulurnya botol Coke. Jimi sambut tanpa sepatah kata dan terus ditogoknya sampai tinggal separuh.

“Bukakkan gua keropok udang tu,” Jimi bagi arahan.

“Jap,” Ijam balas.

Diseluknya poket jeansnya dan keluarkan kotak rokok Pall Mall panjang kaler merah. Ditariknya keluar sebatang rokok daun. Nampak gemuk dan panjang rokoknya. Bob Marley tengok pun berdebar. Jimmy mengerling sekilas ke rokok daun dijari Ijam.

“Pekena dulu kot?”, Ijam offer sambil menayangkan rokok daun tu depan muka Jimi. Jimi geleng kepala.

“Malas aa gua. Lu tahu kan gua tak suka kena bal?”

“Alaa..kira cam teman gua kena aa..”, Ijam cuba pujuk Jimi dengan nada ngada-ngada yang buat hati Jimi panas sikit.

“Malas aa. Lu kena aa sensorang. Gua takde halnya. Kepala clear ni pun gua boleh layan lu stim selambaa je. Takkan lu tak kenal gua?”, Jimi tekan sikit suara part “takkan lu tak kenal gua?” untuk kasi ingat kat Ijam.

“yelaaa…yelaa..”, jawab Ijam kecewa sikit.

Pelan-pelan Ijam parking rokok daunnya ke bibir. Ijam nyalakan lalu disedutnya sepam. Dan sepam lagi. Dan lagi sepam. Jimmy tengok je tanpa apa-apa ekspresi dan reaksi. Dengan lagak syahdu Ijam hembus asap keluar. Pekat dan tebal betul asap yang keluar dari hidung dan mulut Ijam. Sampai tak nampak muka sebab asap cover. Harum berherba baunya. Habis semua nyamuk terbang angkat kaki blah dari situ. Kira ada sudut positif la si Ijam ni berdengung. Kalau tak masak jugak nak layan nyamuk-nyamuk ni buat onar.

“Dah macam naga berapi kepala lapan gua tengok lu. Dah berapa abad lu tak pekena ni?”, tegur Jimi sambil nyala rokok Dunhill dibibir.

“Dah 2 hari gua tak kena bro. Ini pun baru gua capai kat Kerinchi petang tadi”, jawab Ijam. Jimi angguk-angguk kecil.

“So? lu nak story apa ngan gua tadi? Macam serius sangat masalah lu ni?”, Jimi bukak peluang untuk Ijam luahkan perasaan.

“Gua dah terbabas ngan makcik gua aa bro”, Ijam Tarik mukaddimah straight to the point dengan raut wajah gelabah bangang.

Terbantut Jimi nak sedut rokok. Lengan kirinya rasa cam sejuk sikit.

“Gila aa lu Jam..”, Jimi geleng kecil sambil sua botol Coke ke muka Ijam. Nasib baik Jimi tak hempuk je muka Ijam time tu. Ijam sengih-sengih lagi cam jalang tersipu silu.

Si Ijam ni profesionnya dari dulu ialah tarik kereta bagi pihak bank atau mana-mana finance company. Tu yang lekat member-member panggil dia Ijam Tarik. Jimi pun selalu pakai khidmat Ijam bile ada keperluan “tarik” apa-apa yang perlu di “tarik” atau tugas recce. Ijam memang pro dalam bidang ni. Dan bila sedut bal, dia punya tarik sampai bara api mesti panjang . Mengalahkan Electrolux sedut.

Orang yang tak kenal Ijam mesti ingat dia darah Arab. Sebab orang selalu fikir ejaan nama dia Ijam Tariq. Ada biras-biras Arab gitu bunyinya. Padehal bapak Ijam ni darah Banjar mak dia Minang. Dan si Ijam ni satu hal pasal dia, tahap kesedaran moralnya jika pakai skala gred SPM, kira gred “Tak Hadir” terus. Atau X. Nafsu tahap ikan paus. Semua dilanggarnya.

Sebelum dia lepak ngan adik dia si Bigap kat Bukit Indah sekarang, dekat 2 tahun jugakla dia bersekedudukan dengan sorang pondan ni. Orang cakap cun (untuk standard maknyah). Tapi aku tak pernah tengok la. Tak tahu la nak cakap. Siap pondan tu jatuh cinta bagai dengan Ijam. Dan sekarang, dia mengaku plak *terbabas dengan makcik sendiri. Memang mental la si Ijam ni.

“Pondan lu henjut, makcik lu sendiri pun lu henjut. Apa nak jadi ngan lu ni Jam?”, Jimi start sembur Ijam.

“Gua tak sengaja aa Jimmy”, Ijam kasi excuse cam sial.

“Tak sengaja kepala bana lu! Baik gua je gomol makcik lu. Makcik lu pun sexy gila. Gua tengok pun stim”, Jimi sambung sembur Ijam tanpa ada perasaan sayang.

“Kasi aa gua idea bro camana nak tenangkan kepala gua yang serabut ni”, rayu Ijam dengan muka sedih yang buat Jimi rasa makin payau.

“Lu taubat la setan! Tak pun lu terjun je dalam lombong”, Jimi kasi cadangan tahap takde hati perut. .

Ijam tersengih sumbing. Tapi wajahnya masih nampak risau campur gelabah. Jimi geleng-geleng kepala sambil sedut rokok dibibir.

Masak jugak Ijam kena basuh dengan Jimi malam tu. Pedih telinga kena tazkirah awal pagi buta. Tapi sedut rokok daun jalan terus. Diamm je Ijam kena basuh dengan Jimi.

Sesekali nampak kepala Ijam angguk-angguk kecil lagak macam dah insaf. Sampaila sessi kounseling tu jejak ke 1 pagii…

“Ingat apa yang gua pesan tu Jam. Lu jangan tukar skrip plak bila jumpa makcik lu. Lu cakap je macam yang gua ajar”, tegas Jimi.

“ok bro”, jawab Ijam dengan separuh semangat baru separuh lemau sebab kepala tengah stim.

“alright. Jom gerak. Dah 1 pagi dah ni oi”, putus Jimi sambil dijeling sedetik pada jam Swatch ditangan.

“Uishh..dah pukul satu??”, Ijam balas dengan ekspresi muka termangak.

“A ah. lu nak gerak Ampang ke?”

“Balik aa..nak lepak mana lagi..”

“Tido rumah ummi gua aa malam ni”, Jimi buat tawaran.

“Eh. Takpela bro. kang Ummi bising plak”, Ijam malu-malu kambing tolak pelawaan Jimi.

“Ummi gua takdehal laa. Lu macam tak kenal Ummi gua. Dah malam sangat ni bro. Jauh tuu lu nak rempit sampai Ampang. Dah la area tu selalu ada roadblock. Harapan tinggi untuk kantoi ni kalau lu gerak sekarang. Konpem urine test sangkut ni”, Jimi kasi alasan padu.

“Betul gak tu”, Ijam jawab sambil angguk-angguk kecil.

“Orait. jom gerak”, sambut Jimi terus bangun dari buaian.

Jimi dan Ijam Tarik terus blah dari playground. Suasana sekitar sepi gila. Takde sekor manusia pun kelihatan. Jalan pun sunyi-sepi , seketul kereta pun takde lalu. Cuma kelibat Jimi ngan Ijam je yang tengah menapak balik rumah Ummi berteman lampu jalan yang kusam kekuningan hambar cahayanya. Sebahagian besar rumah-rumah teres 2 tingkat disitu sudah pun bergelap. Dan kat area tu ramai cina tinggal. Kebanyakan rumah ada anjing.

Terdengar suara lolongan sayu anjing yang muncul entah dari mana tak semena-mena. Disahut plak oleh anjing-anjing yang memang ramai kat situ. Terlaju sikit tempo degup jantung Ijam. Terbantut sikit stim dikepala. Melilau biji matanya pandang keliling. Ditolehnya sejenak pada Jimi yang nampak tenang tapi ekspresi wajahnya tegang.

“Jimi! Gua rasa tak sedap hati laa..lain macamm je bunyi anjing-anjing ni”, tegur Ijam.

“Lu tengok jap lagi gua sound anjing-anjing ni,”, Jimi jawab dengan nada konfiden tinggi dan ekspresi wajah serius gila.

“Lu biar bet..”

“oi!! Diamla!!!”, lantang suara Jimi pekik kat anjing-anjing yang tengah menyalak mendayu-dayu. Mulut Ijam tampak terkumat-kamit tapi takde suara yang keluar.

Terus sepi alam sekeliling. Cengkerik pun senyap. Ijam macam terpongong. Terbang habis stim dikepala tersentak dengan pekikan Jimi tadi. Campur rasa seram sejuk yang datang tiba-tiba.

Jimi terus sambung jalan. Ijam pantas gerak ambik posisi sebelah kanan Jimi.

Ketika melintas depan satu rumah corner lot putih besar tersergam, berbalkoni ditingkat dua, pagar besinya bersalut kaler emas, Ijam tersentak lagi bila dorang ditegur dengan satu lolongan panjang sayu oleh anjing besar dewasa baka Labrador warna bulunya tembaga keperangan disebalik pagar rumah tu. Nyaris terkeluar carutan berbisa dari celah gigi kapak Ijam sebab terkejut gila.

Jimi hentikan langkah.

“Jimi.. jom gerak aa”, Ijam separuh berbisik nada merayu.

Jimi tenung Labrador warna tembaga disebalik pagar tu. Tak berkelip mata Jimi Ijam tengok. Jimi macam tak dengar rayuan Ijam tadi. Terus ditenungnya Labrador itu yang balas balik tenungan Jimi. Ijam tarik tangan Jimi ajak blah dari situ. Tapi Jimi terus diri tegak renung Labrador tu. Ijam pandang Jimi. Terus Ijam rasa macam beku darahnya dalam badan.

Labrador tu berhenti melolong. Perlahan-lahan ia tundukkan kepalanya dan rebahkan tubuh rapat ke lantai. Ditundukkan lagi kepalanya hingga kecelah dua kaki depannya yang dilunjurkan. Matanya dipejam. Terdengar Labrador besar tu mengongoi kecil bunyi macam anak anjing tengah takut gila. Terlopong Ijam jadi saksi kejadian tu.

Jimi pandang Ijam. Ketat rasa perut Ijam bila bertentang mata dengan Jimi. Jimi terus tunduk dan start angkat kaki blah dari situ. Ijam macam baru sedar dari terkedu panjang dan cepat-cepat follow Jimi yang dah 5-6 tapak didepan…

Ijam malu-malu kucing masuk rumah Ummi. Rumah dah gelap sebab Ummi dah tido. Jimi terus naik tangga nak ke atas.

“Tido atas Jam”, laung Jimi.

Jimi teguk nescafe nya seteguk-dua. Dan disedutnya vape sepam. Aku sabar tunggu Jimi sambung cerita sambil sedut rokok Marlboro aku.

“Gua pun masuk je bilik terus landing kat katil bawah tingkap. Lu tahu aa tingkap bilik tu mana pernah pasang curtain. Memalam pun bilik tu kan terang sebab ada lampu jalan kat belakang rumah. Tapi malam tu memang gelap-pekat aa bilik tu..”, Jimi sambung cerita.

“Gelap-gelemat”, sampuk aku.

“Ahh…gelap-gelemat”, Jimi sambut sambil jari telunjuk kanannya bergerak-gerak tunjuk kat aku.

“Bahasa negeri mana tu, gelap-gelemat?”, Jimi bertanya plak.

“ntah. Bahasa Melayu standard la kot”, aku serkap jarang. Silap besar.

“Gelap-gelita laa bahasa Melayu standard samdol. Lu asal bolehh je..”, Jimi betulkan aku dengan buat-buat geleng kepala sambil sedut sepam vapenya.
Aku sengih-sengih…

Ijam Tarik melangkah masuk bilik.

“Jimi?”

“Apehal?”

“Kat mana gua nak landing ni? Gelap gilo”

“Tepi dinding tu aa ada katil. Tepi kiri lu sikit”, Jimi kasi arah dalam gelap pada Ijam yang teraba-raba.

Jimi dengar katil berkeriut sikit tanda ada orang tengah nak baring.

“Jimi? Tadi an..”

“Tido la Jam!”, potong Jimi.
Ijam diam. Sekarang bilik yang gelap-gulita tu ditemani pula dengan sunyi dan sepi serta hening.

Jimi rasa resah. Susah nak lelapkan mata. Bilik rasa panas berbahang padehal tingkap terbukak luas. Jimi pusing badan kekiri. Rasa tak best. Pusing mengiring kekanan plak. Tetap rasa rimas. Terus Jimi pilih posisi terlentang plak sambil renung bilik yang gelap-gulita.

Beberapa minit kemudian…

Hehhhrrhhh…

Hehhhrrhhh…

Terdengar suara menegur seperti menderam ditelinga Jimi.

”Ijam bisik kat lu?”, aku mencelah sambil sedut rokok sepam.

“Bukan Ijam. Ini memang susah lu nak cakap suara pompuan ke suara lelaki. Pelik suara dia bro”, Jimi jawab sambil sedut vapenya lagi.

“Macam suara pondan aa macam tu,” aku buat spekulasi rambang.

“Bukann..suara ni memang pelik abis. Memang tak pernah dengar ada manusia suara camtu. Gua tak nampak dia. Tapi suara dia bisik dekatt je sebelah telinga gua”, Jimi sambung lagi.

“And then?”

“Kering tekak gua bercerita. Lu nak kopi lagi tak?”, Jimi abai soalan aku tadi. Aku angguk.

“Man! Nescafe satu kopi-o kurang manis satu!”, Jimi laung kecil pada indian waiter kat situ yang tengah bermenung-menung pandang jauh.

“Lu tak seram ke masa tu?”, tanya aku.

“Gua tak rasa seram plak time tu. Tapi gua
pelik aa sapa yang bisik kat telinga gua ni?”

“Sapa lu??”, Jimi berbisik balas, agak terkejut sedikit.

“Aku dari tadi dahh dengan kauu…”, suara aneh tu berbisik.

“Jangan kacau gua laa setan! Gua nak tido ni. Baik lu berambus!”, Jimi berbisik marah.

“Aku cuma nak tolong kau…”, bisik suara
pelik itu lagi, tidak peduli dengan darah Jimi yang tengah naik.

“Tolong apa?”

“Tolong selamatkan nyawa kauu”, bisik nya lagi dengan nada memujuk.

“Nyawa gua?”

“Ya. Kawan kau yang sebelah katil ni nak bunuh kauu..”

“Lu jangan nak kencing gua la setan. Dia member gua laa..apehal dia nak bunuh gua?”

“Dia jahattt…”, halus panjang desis suara itu. “Dia sanggup berzina dengan makcik dia sendiri…Pondan pun dia gomol. Kalau kau tak percaya, lepas aku cakap ni dia akan lompat ke katil kau. Kat tangan dia ada pisau. Dia nak sembelih kauu…”, bisik suara pelik seakan berdesis tu cuba menghasut lagi.

“Aahh!! blah la lu!! Jangan kacau gua laa”, bisik Jimi naik angin.

Suara berbisik itu diam. Suasana kembali hening pada telinga Jimi. Ditolehnya kearah katil tempat Ijam sedang baring. Sepi. Gelap.

“Tengah gua pandang hala ke katil Ijam, tetiba dalam gelap camtu entah camana gua nampak bayang hitam lompat melayang dari katil Ijam terus terkam gua”, Jimi sambung cerita dengan ekspresi cuak campur serius.

“wuishh..gila laa”, sambut aku sedikit terkedu sambil rokok dijari terbiar tidak disedut.

Dengan refleksi pantas yang hebat, Jimi bingkas bangun dan terus disambarnya bayang hitam itu dan dihempasnya kekatil. Jimi macam hilang akal. Berdas-das ditumbuknya lembaga tu dengan tumbukan padu. Memang pecah la muka Ijam pada adatnya. Mau 4-5 ulas giginya terbang. Terutama dua gigi kapaknya. Ini bila lepas keluar hospital, mak Ijam pun takkan kenal anak dia ni. Jimi tak berhenti. Tumbukan demi tumbukan padu Jimi lepaskan.

“Allahhh!! Allahhuakbarrr!!! Allahhuakbarrr!!!”.

Jimi terhenti. Ditolehnya kearah jeritan tadi.

“Dalam gelap macam tu gua boleh nampak Ijam tengah ketakutan peluk lutut duduk terperosok tepi katil sambil jerit nama Allah,” Jimi sambung lagi.

“abis? Sapa yang lu henjut tu?”

“entah. Gua ingat Ijam”.

“And then? lu tibai Ijam plak?”, tanya aku tak sabar.

“Gua memang dah nak henjut dia dahh. Gua rasa kuat gila time tu. Rasa macam dominan”

Sebelum sempat Jimi terkam Ijam, pintu bilik spontan terbuka dan Ummi meluru masuk. Segera Ummi lafazkan ayat Kursi dengan lantang serta wajahnya dihalakan ke tingkap.

Kelihatan pada Jimi seolah-olah kegelapan yang menutup bilik itu keluar menyusup melalui tingkap. Bilik terus terang seperti selalu. Dilihatnya Ijam terketar-ketar duduk berpeluk lutut di celah antara katil dan dinding. Macam mandi Ijam berpeluh. Segera Ummi tarik tangan Jimi yang tengah terkedu atas katil dan Ijam keluar dari bilik tu dan bawak masuk kebiliknya. Dan terus Ummi dudukkan dorang bawah tingkap bilik.

“Baca ayat Kursi!”, perintah Ummi tegas.

Ijam toleh pada Jimi disebelah. Jimi plak tekun menunduk macam tengah tenung daun pakau atas lantai. Geleng kepala Ummi. Memang Jimi dan Ijam jahil abis masa tu. Al-Fatihah pun tak khatam lagi.

“Korang ikut aku baca!”, Ummi buat keputusan. Jimi dan Ijam cuma angguk-angguk kepala macam orang tongong.

“Masa gua tengah follow Ummi baca ayat kursi tu gua boleh dengar makhluk tu berlari kat lorong kecik tepi tingkap bilik Ummi. Gua boleh nampak dalam kepala gua makhluk tu camana bila gua pejam mata”, Jimi cerita lagi.

“Macamana rupanya bro?”

“Muka manusia, kulit kuning macam berminyak tapi muncung dia panjang. cam anjing. Mata dia bulat besar warna biru hitam. Badan cam orang tapi kurus gila melengkung. Dia berlari kaki dan tangan jejak tanah. Gua, Ijam ngan Ummi siap boleh dengar lagi suara dia menderam macam babi hutan tengah naik angin tengah berlari kat jalan tepi rumah”

“Apa benda la tu ya..?”, tanya aku seolah pada diri sendiri.

“Entahlah bro. Setan tu aa kacau gua. Gua tahu”

“Abis? Camana lepas tu?”

“Ijam dah macam orang telan syabu 2 kati gua tengok. Terpongong terus. Ummi angin bila gua story dengan dia yang gua dengan Ijam lepak kat playground depan 7/11 malam tu. Kat situlah gua dah kena Ummi cakap. Mana ada orang port situ memalam. Sesiang hari pun jarang ada orang lepak kat situ.”

“Kena apa?”

“Benda tu follow gua dari playground tu lagi. Dia terus lekat dengan gua, Ummi cakap”, Jimi explain sambil teguk nescafe nya seteguk-dua.

“Abis Ijam tak cerita apa dia nampak sampai menggelupur camtu?”

“Ijam dengar gua berdialog dengan setan tu. Tapi dia tak dengar suara setan tu bisik kat gua. Dan lepas tu dia nampak satu kelibat hitam macam orang kurus-kering muncung dia panjang tengah terjah ke katil gua. Dia panik gila tengok gua henjut benda tu kaw-kaw. Gua plak masa tu memang tak fikir apa dah. Gua rembat kaw-kaw sebab gua ingat Ijam yang terkam gua macam setan tu bisik tadi. Gua memang nak bunuh Ijam dah time tu. Dominan betul gua rasa masa tu. Tu yang dia terus jerit sebut nama Allah”, Jimi jawab sambil sedut vape nya 2-3 nafas..

Dan Jimi cerita lagi yang Ijam cakap ketika dorang kena salak sayu dengan anjing baka Labrador disebalik pagar kaler emas, dan Jimi berenti dan tenung anjing tu, Ijam rasa perut dia macam cramp bila dia tengok muka Jimi.

“Ijam cakap masa tu dia nampak kaler mata gua macam biru kehitaman” Jimi tamatkan cerita.

Aku terkebil. Rokok dijari terus terbiar tak dihisap…

-Tamat-

Maksud kata ;

*Dorai – satu port gerai mamak tepi jalan sup kambingnya famous. Budak KL atau lama duduk KL zaman 90an awal 2000’s kenal la tempat ni.
*parkos – ubat batuk
*bal – ganja
*terbabas – terlanjur
*luga – macam loya-loya meluat gitu. Dialek orang Terengganu.

SHARE
Previous articleDENDAM TAK TERLERAI
Next articleKAK IN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here