KAWAN

0
755

KAWAN
Nukilan: Ja

**karya asal yang tidak disunting

============================

Kau.

Ya kau yang tengah pegang talefon bimbit sambil baring dan bebola mata kau yang bergerak gerak menatap skrin talefon serta otak kau yang sedang mentafsir input.

Hah,tak silap lagi kau la!

Kau seorang manusia yang boleh dikategorikan sebagai ‘Lonely’.Tiada kawan apatah lagi sahabat baik malah ibu bapa kau pun mengaibaikan kau di sebabkan kesibukkan mereka berkerja mencari rezeki semata mata membesar kau yang nenyusahkan.

Dan coretan ini tentang kisah kau yang lonely dan tiba-tiba di landa keajaiban yang tidak kau sangka sehingga dapat merubah hidup kau ke arah yang lebih baik.

***

KRINGGGGG!

Bunyi yang membuatkan kawan sekelas kau bagai cacing kepanasan.Cikgu yang berdiri statik di hadapan tidak lagi di endahkan malah kawan kau sibuk memasukkan buku dan alat tulis ke dalam beg.

“bangun!Terima kasih cikgu,”satu suara memecahkan keheningan dan di sambung oleh kawan sekelas kau.

Cikgu di hadapan kaku.Liur ditelan pahit bila kawan sekalas kau sudah melangkah keluar tanpa riak bersalah.Akhirnya cikgu kau menutup buku teks kimia di tangan,dengan lambat beliau melangkah ke meja guru.Beg disandang ke bahu serta tali leher dilonggarkan.Matanya bertembung dengan kau buat sesaat,dia mengukir senyum bermakna di saat melihat kau yang masih lagi memengang buku teks kimia dengan erat namun kau tidak sebodoh itu.Tidak menuggu masa yang lama terus kau tutup buku teks dan masukkan ke bawah meja.Muka cikgu kau bertukar sadis dan dia pantas meninggalkan kau seorang diri.

Kau masih lagi tidak berganjak dari kerusi.Mata melihat jam dinding yang mula menunjukkan angka 3.Jari jemari diketuk ke meja menanti kehadiran sekumpulan manusia yang akan membuatkan hari kau menjadi suram.

“Hei budak,”

Tiga orang pelajar tingkatan atas menghampiri kau.Seorang meletakkan kaki di meja kau.Seorang berdiri memeluk tubuh sambil mencerlung kau tajam dan seorang lelaki menarik kolar baju kau sehingga membuatkan kau berdiri secara paksa.Muka kau ditumbuk lalu kau dihempaskan ke lantai kelas.

Kau hanya diam tidak membalas.Kemudian beberapa buku tulis dilemparkan ke muka kau berserta air liur mereka.

“Siapkan hari ni,esok cikgu botak nak tengok.”

“Kalau kau tak siap kau tahu la apa yang kita orang akan buat,”

“Dan di jamin hidup kau akan seperti neraka”

Mereka melangkah pergi meninggalkan kau yang terbaring bersama buku tulis.Kau tersenyum kemudian ketawa terbahak-bahak.Hidup kau terlalu sunyi sehinggakan kau sanggup dibuli oleh orang sekeliling.Kau suka menanti maut semata semata ingin berteman walaupun kau sebenarnya dibuli dan kau tidak menerima kenyataan itu.Kehidupan di dunia tidak menyebelahi kau selama ini.Mungkin kau telah disumpah menjadi ‘forever alone’ sejak dari kecil.

Buku buku yang bertaburan kau kutip.Sebatang pen biru berjenama Fabel Castle bermata 0.5 kau ambil dari poket seluar.Mata galak dilarikan ke sebidang buku tulis bersaiz A4.Sel-sel otak kau mula berhubung mencari jawapan di sebalik soalan yang tidak masuk akal.

“Hey lihat apa yang kau buat?”

“Apa?”

Fokus kau terhadap soalan terganggu akibat suara bisikan seseorang di luar kelas.

“Kau tahu kalau Professor Mac dapat tahu yang kita berada di dunia manusia mesti kita akan dibuang sekolah,”

“Bukankah kau yang ingin ke dunia manusia?”

Perasaan ingin tahu kau membuak-buak apabila mendengar perbualan daripada mereka.Kau tinggalkan kerja kau dan mengorak langkah mengikuti gelombang membunyi yang dihasilkan.

“Dasar bodoh!Memang ya tapi bukan waktu sekolah.Sudah aku nak balik!”seorang gadis menghentak kakinya sebagai tanda protes.Tongkat kayu di tangannya digoyangkan ke arah loker pelajar.

Satu lubang terbentuk di pintu loker.Gadis itu berura-ura memasuki lubang itu.

“Siapa korang?”kau menekup mulut apabila soalan yang berlegar-legar di minda meluncur laju dari celahan bibir merah milik kau.

Dua orang manusia itu memandang kau tajam.Gadis yang tadinya sudah separuh masuk ke dalam lubang itu keluar semula.

“Lihat apa yang kau telah buat bodoh,”marah gadis itu sambil memukul kepala lelaki di sebelahnya.

“Err hai,”sapa lelaki itu sambil melambaikan tangan ke arah kau.Kata-kata gadis itu tidak di endahkan.

Lelaki yang di anggar sebaya dengan kau mula melangkah mendekati kau,tongkat kayu di tangannya dipusing.Kau mengundur ke belakang setapak demi setapak sehingga badan kau bertemu dengan pintu loker.

“Aku Reid”tangan kanannya dihulur ke muka kau.

Kau hanya memandang tanpa ingin menyambut walaupun hakikatnya kau dah rasa nak melompat ke bulan apabila buat kali pertamanya ada orang yang menghulurkan tangan kepada kau.

“Tak payah takut aku bukannya jahat”kata Reid sambil tersenyum.

Terketar-ketar kau sambut tangan Reid.Senyuman Reid kian lebar,tongkat kayu di tangannya digoyang sambil dia menyebut perkataan yang tidak difahami oleh kau.Tongkat kayu itu dihalakan ke muka kau.Satu cahaya putih keluar dari hujung tongkat itu.

Kau ternganga.Tangan menyentuh muka,rasa sakit akibat tumbukan tadi hilang serta merta.

“Bodoh apa yang kau buat!Hapuskan memori dia bukan sembuhkan dia,”

“Jangan!”kau menepik menghalang perbuatan gadis itu yang sudah membaca sesuatu.

“Jangan hapuskan memori ni.Aku….aku nak simpan memori ni sebagai kenangan paling terindah…sebab buat pertama kalinya ada orang nak kawan dengan aku,”

“Kawan?Siapa kawan kau?”kata gadis itu sinis.

“Jadi kau tak pernah ada kawan la selama ni?”pantas kau mengangguk mendengar soalan Reid.

“Ok!Mulai hari ni aku dan adik aku kawan kau.Ini Bella.Kami tak boleh lama dekat sini”kata Reid sambil melangkah ke arah bella.Lengannya memaut leher Bella mendiamkan gadis itu daripada bersuara.

Tongkat kayu diayunkan ke pintu loker dan muncul satu bulatan.Mereka berdua memasuki ke dalam bulatan.

“Esok pagi jumpa di sini.Kita akan sama-sama cipta kenangan untuk kau”ujar Reid sebelum dia dan bulatan itu hilang dari pandangan kau.

Kata kata Reid bermain-main di minda kau.Kawan?Kenangan?Akhirnya setelah sekian lama kau akan rasa apa itu kawan.Kau rasa masa bergerak terlalu lambat untuk tiba ke hari esok.

***

Burung-burung berterbangan di dada langit yang berwarna biru bercampur jingga dan pink.Kepulan asap kereta api mencantikkan lagi permandangan di langit itu.Bangunan-bangunan berbentuk segi empat yang bermotifkan era pada zaman eropah terdahulu menghiasi sepanjang jalan.Bukit-bakau terbentuk indah dan di celah bukit terdapat matahari yang besar.Di sebalik bukit terdapat satu bangunan yang besar seperti istana lama.

Orang ramai berpusu-pusu melalui lorong di antara bangunan dan ada yang terbang menggunakan batang penyapu.Keadaan yang riuh rendah menceriakan suasana.

“Sampai bila kau nak ternganga macam tu?”soal bella sinis.

Gambaran yang bermain di minda kau lenyap bersama angin pagi.Mata kau memerhati teko air yang sedang menuangkan air kopi ke dalam cawan dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa.Lagi sekali kau terpegun!

Pinggan yang berisi roti bakar terbang dari dapur restoran ke meja makan yang di duduki oleh Reid,Bella dan kau.

sudu dan garfu di atas meja tiba-tiba berdiri kemudian memotong roti bakar dan roti dimasukkan ke dalam mulut kau.

“Selamat datang ke dunia sihir”hampir kesepuluh kali Reid mengulang ayat sama manakala bella hanya membaca surat khabar.Gambar dan tulisan pada surat khabar yang bertukar setiap satu saat sekali lagi manarik pandangan kau.

“Apa yang kita akan buat hari ni?”soal Reid.Tangannya mengetuk meja sambil memejam mata.

“Sekolah”jawab Bella sepatah di sebalik surat khabar.

“Kita ada tetamu kot”

“Dia bukan tetamu.Kalau pihak kerajaan tahu mesti dia dihukum mati”jawapan dari Bella membuatkan kau meneguk air liur.Mati?

“Pihak kerajaan tak akan tahu kalau tiada siapa yang bagitahu”balas Reid sambil menolak pintu kedai.

Kau hanya memerhati tanpa niat mencelah pertelingkahan antara dua beradik itu.Pokok bunga yang sedang menyanyi di tingkap kedai itu lebih menarik perhatian kau.

“Woi”panggil Reid yang sudah duduk di atas penyapu.Kau menghampiri Reid.

Batang penyapu yang dinaiki Reid dan kau naik ke langit perlahan sebelum laju membelah awan bersama burung-burung.

***

Reid,Bella dan kau berehat di sebatang sungai di hujung kota dunia Sihir.

Segala peristiwa yang kau lalui bersama mereka berdua dipaparkan semula.Bermula dari kau bermain boling di padang yang seluas 5 hektar dan padang itu riuh dengan suara dari bola boling.Kemudian kau pergi menyaksikan perlawanan bola udara yang dimainkan oleh tujuh orang setiap pasukan dengan menaiki batang penyapu dan kau juga melawat zoo dan kau jumpa banyak haiwan yang aneh seperti kucing yang bermuka singa,haiwan sekecil mikroorganisma dan haiwan sebesar bangunan lapan tingkat.Akhir sekali kau terdampar di rumput tepi sungai sambil melihat matahari sedang terbenam.

Kau memejam mata menahan air mata namun kau tak berhasil.Empangan kau pecah.Rasa gembira dan terharu tidak dapat kau gambarkan dengan kata-kata.

Buat kali pertama dalam hidup kau dapat lakukan aktiviti bersama-sama seorang yang bergelar rakan yang selama ini menjadi angan-angan kau tapi hari ini semuanya menjadi kenangan yang paling terindah.

“Reid.Bella terima kasih untuk segalanya”kata kau ikhlas dari lubuk hati.Reid merangkul bahu kau dan Bella pula hanya mengangguk.

“Terima kasih tuhan kerana kau beri aku peluang untuk merasai erti persahabatan”bisik kau perlahan.

***

Kau memandang dinding putih kosong di hadapan kau.Kau tersenyum mengenang kembali kenangan kau antara Bella dan Reid.Sudah setahun kau bersahabat dengan mereka walaupun mereka bukan dari dunia manusia tetapi itu bukan halangan untuk kau dan mereka malah setiap hari mereka akan melawat kau.

Kau melihat jam dinding yang berganjak ke pukul 3.Sebentar lagi dua beradik itu akan datang lagi dan ya dinding yang putih itu berlubang dan muncul Bella dan Reid yang keluar dari bulatan itu.

“Reid!Bella!”Jerit kau teruja.

***

“Ahhh sudah budak tu buat lagi”kata Minah sambil memandang pintu wad yang tertera nombor 25.

“Reid Bella korang datang!”kata Jamilah sambil membuat mimik muka teruja.

“Hah korang dah bagi dia makan ubat ke belum sampai terbang budak tu ke dunia sihir”tegur Doktor Abu sambil memandang rekod pesakit di kaunter.

Milah dan Jamilah tersengih sebelum mereka mendekati bilik 25.

Ya itulah kau!

Seorang yang memang di sumpah menjadi ‘forever alone’ dari kecil sehingga besar

dan

kau tak pernah merasai erti persahabatan

dan

aku bersimpati dengan kau.

-TAMAT-

SHARE
Previous articleKAK IN
Next articleAngkara Mulut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here