KARIPAP MAK LIMAH 

0
3179
KARYA: Adia Faiha
TAJUK: KARIPAP MAK LIMAH 

========================

“Sedapnya karipap ini.Rangup.Kau beli kat mana?”Tanya Noah sambil mengunyah sebiji demi sebiji karipap dengan berseleranya.

“Kau jangan makan habis karipap tu. Aku belum makan lagi ni,” kata Rafiq sambil mengambil tuala mandi di birai katilnya.

“Karipap ini inti apa?” Tanya Azam tiba-tiba muncul.Dia baru siap mandi.Kelihatan menggigil sejuk.Maklumlah di luar hujan lebat.

“Inti ikanlah, inti apa lagi.Itupun tak tahu.” Jawab Noah mencebik bibirnya..

“Rafiq, soalan aku kau belum jawab!”Noah tidak puas hati.

“Apa?”Rafiq sedang selongkar almarinya mencari ubat gigi yang baru dikirim oleh ibunya semalam.

“Karipap sedap ni kau beli kat mana?Nanti aku nak pergi belilah.Tak cukup makan yang kau punya.” Beritahu Noah.

“Dengan mak cik di tepi pintu pagar asrama tu.” Sebaik sahaja jumpa ubat gigi, Rafiq terus ke bilik mandi.Bilik mandi terletak agak ke belakang asrama.Di kiri kanan asrama dipenuhi pokok-pokok getah tua dan semak-samun.Kebun getah itu sudah lama terbiar, tidak diusahakan. Mungkin tuannya sudah meninggal dan anak-anaknya tinggal di tempat lain.

“Ada ke orang jual karipap depan pintu pagar asrama kita?” Tanya Noah kehairanancuba membayangkan lokasi itu.

“Setahu aku Abang Mohan je yang selalu ada di depan pintu pagar asrama kita ni,” jawab Azam.

“Abang Mohan tu pengawal keselamatan asrama kita.Memanglah dia selalu ada.” Azam menggaru kepalanya yang tidak gatal dan cuba memikirkan.

Rafiq masuk ke bilik mandi. Ketika itu ada beberapa orang budak lain yang sedang mandi. Rafiq memberus giginya yang agak kekuningan.Padahal dia tidak merokok, giginya tetap kuning.Dia terdengar budak di bilik mandi sebelah menyanyi girang.Lagu arwah Sudirman, antara hujan dan air mata.

Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku…..

‘Sedap juga suara budak ini.’Rafiq terbuai mendengar suara budak itu.Merdu suaranya.Selepas memberus gigi Rafiq terus mandi.Menggigil Rafiq kesejukan.Di luar hujan masih belum berhenti.Mungkin berpanjangan sampai ke malam.

‘Sejuknya.Tak payahlah bersabun. Sejuk sangat dah ni.’ Rafiq mandi ala-ala P.Ramlee gitu.Dia segera menarik tuala tetapi tualanya seperti ditarik oleh orang sebelah.Seakan-akan orang itu bermain tarik tuala dengan Rafiq.

‘Siapa pulak yang tarik tuala aku ni.’ Rafiq tarik dengan lebih kuat lagi. Tapi orang di sebelah sana tarik lagi kuat.

“Siapa?”Rafiq bertanya.Rafiq teka rakan-rakan mahu mengusiknya.Namun senyap.Tidak berjawab.Budak yang menyanyi tadi pun sudah senyap.Suasana di bilik mandi itu sepi.

“Janganlah main-main macam ni, aku sejuk ni.” Jerit Rafiq sambil menarik tualanya dengan sentakan yang kuat.

“Rafiq…Rafiq…Rafiq…” tiba-tiba Rafiq mendengar namanya dipanggil seakan berbisik.

‘Siapa pula panggil nama aku ni.’ Rafiq dah mula ketakutan.Dengan kekuatan yang ada, Rafiq terus menolak pintu bilik air dan berlari sepantas yang mungkin.Dia berlari masuk ke dormnya dalam keadaan berseluar mandi.Tercungap-cungap ketakutan.Wajahnya pusat lesi.Rakan-rakan di dorm kehairanan melihat keadaan Rafiq yang separuh bogel itu.

“Kenapa ni Rafiq?Macam baru dikejar hantu.” Tegur Azam.

“Memang pun.” Jawab Rafiq yang masih ketakutan.Rakan-rakan dorm mula rapat dengan Rafiq.Mahu dengar cerita Rafiq.

“Semasa aku tengah mandi tadi, ada suara memanggil nama aku.Suara perempuan.” Cerita Rafiq.

“Kau jangan tipulah Rafiq.Asrama kita mana ada hantu.Setiap malam kita semua membaca yasin berjemaah sebelum tidur.”Jawab Noah yang tidak percaya.

“Kau tengoklah keadaan aku ni. Tuala aku pun dia main tarik-tarik. Itulah sebabnya aku separuh bogel macam ni.”

“Kenapa kau tak berbogel terus.Hantu takut orang yang berbogel.”Semua penghuni dorm ketawa mendengar jenaka Azam itu.

“Kalau korang tak nak percaya, sudah! Aku tak paksa pun!” Geram Rafiq apabila rakan-rakan tidak mempercayainya.Rafiq segera bersiap ke dewan makan untuk turun makan malam.Karipap yang dibeli tadi masih ada berbaki tiga biji.Rafiq belum makan karipap itu.Sekarang ini dia lapar nasi.Tak ada selera dia nak makan karipap.

“Aku tak tipu Azam.Sumpah!!”

‘Nanti kalau kena pada korang, baru korang tahu.’Omel Rafiq sambil segera berlalu turun ke dewan makan.

Sesampai di dewan makan, semua rakannya sudah beratur panjang.Mereka tersenyum sinis memandang Rafiq.Geram Rafiq melihat gelagat mereka.Rafiq terus mengambil tray.Kak Ani Kecik mengaup sesenduk nasi ke tray Rafiq. Kak Saloma pula mengaup sesenduk gulai lemak ayam. Wow, ayam kegemaranku! Rafiq senyum kegirangan.Tidak sabar dia ingin menikmatinya sebentar lagi.

“Terima kasih Kak Ani!Terima kasih Kak Saloma!”

“Sama-sama Rafiq.Nanti kalau nak tambah bagitau ya.”Untuk Rafiq selalu sangat boleh menambah nasi dan lauk.Kak Ani dan Kak Saloma sangat baik dengan Rafiq. Tidak dengan budak-budak lain. Kak Bedah juga baik dengan Rafiq.Kak Bedah ketua tukang masak di situ.Rafiq ni suka makan dan tidak puas kalau makan sikit-sikit. Kak Bedah selalu masakkan magi untuk Rafiq.

Rafiq makan di sebelah Azam dan Noah.Nasi mereka sudah tinggal separuh.

“Rafiq, karipap kau aku tak makan habis.Aku tinggal tiga bijiuntuk kau. Sedap sangat karipap tu. Tak sedar aku makan banyak sangat.Nanti esok aku nak belilah.Ganti yang kau punya.”

‘Tak habis-habis lagi kau ni pasal karipap.’

“Kau habiskanlah karipap tu.Aku dah kenyang. Lagipun karipap tu bukan sedap sangat pun.” Kata Rafiq.

“Sedaplah. Aku suka karipap tu.” Kata Noah. Azam merenung Rafiq.

“Kenapa pandang macam tu?Kacak sangat ke aku ni sampai kau tak nak lepaskan pandangan?”Cepat-cepat Azam mengalihkan pandangan.

‘Siapa mak cik tua di sebelah Rafiq tu.Menyeramkan.’Azam dan Noah berpandangan apabila mak cik tua di sebelah Rafiq merenung mereka berdua.

‘Kenapa Rafiq tak sedar pun mak cik tua tu duduk di sebelahnya.Lebih baik aku blah dulu daripada keadaan menjadi lebih teruk.’

Azam dan Noah terus berlari meninggalkan Rafiq.Wajah mak cik tua itu amat menakutkan seperti mahu makan mereka.

“Eh, Azam, Noah kenapa dengan korang ni lari macam takut hantu. Nasi korang pun belum habis. Siapa nak basuh tray korang ni,” laung Rafiq.

“Rafiq lariiiiii.Ada hantu di sebelah kau tu!” jerit Azam.
Rafiq memandang di kiri dan kanan, tiada siapa di sebelahnya.Budak-budak lain pun sudah tiada. Tinggal dia seorang sahaja di dewan makan. Jam dinding sudah menghampiri pukul 7 malam. Sekejap lagi semua kena berkumpul di surau asrama untuk solat maghrib berjemaah.

“Rafiq….Rafiq…Rafiq…” Rafiq terdengar suara memanggil namanya seakan berbisik. Suara itu sama dengan kejadian di bilik mandi tadi. Bulu roma Rafiq mencacak.Badannya menggigil.Dia terus membuka langkah seribu menuju ke dorm.

“Azam…Noah…tolong aku!” jerit Rafiq.
Di dorm, Azam dan Noah duduk di katil ketakutan.

“Sumpah!Kami nampak hantu duduk teman kau makan Rafiq.” Kata Azam

“Aku dengar suara wanita memanggil nama aku.Aku takutlah.Aku nak balik.”Rafiq mula mahu menangis.Dia menggigil ketakutan.
“Kamu bertiga tidak boleh lari daripada aku.Cepat habiskan karipap itu.”Tiba-tiba suara misteri bergema di dorm mereka. Dum!!! Pintu dorm tiba-tiba ditutup dengan kuatnya.Mereka bertiga tidak dapat keluar dari dorm.

Di hadapan mereka sekarang ini muncul seorang wanita tua yang berwajah hodoh dan menakutkan.Kukunya tajam dan rambutnya panjang mengurai ke lantai.Di tangan wanita itu sebakul karipap yang sudah berulat.

“Makan karipap ini!” wanita itu menjerit kuat.Kemudian dia mengilai.Suaranya mengerikan.

Azam, Noah dan Rafiq ketakutan. Mereka menjerit sekuat hati dan cuba membuka pintu dorm. Namun tindakan mereka sia-sia. Wanita hodoh itu cuba mencekik mereka bertiga. Mereka meronta-ronta untuk menyelamatkan diri.Segala surah yang mereka ingat mereka baca.Azam melaung azan.

“Eh, itu suara budak menjerit!” kata Cikgu Rayyan, warden di asrama itu. Ketika itu mereka baru nak mula solat maghrib berjemaah di surau bertentangan dengan dorm Rafiq.

“Kamu semua tunggu di sini.Jabbar dan Budin ikut saya.” Arah Cikgu Rayyan. Mereka terus menuju ke dorm Rafiq yang terletak di tingkat tiga.Mulut Cikgu Rayyan terkumat kamit membaca sesuatu.Jabbar dan Budin berpandangan. Mereka berdua sudah dapat agak apa yang berlaku.

Sebaik tiba di dorm itu, Cikgu Rayyan cuba membuka pintu dorm tetapi berkunci dari dalam.

“Rafiq….Azam…Noah…. buka pintu ini!” panggil Cikgu Rayyan.Suasana sunyi.Cikgu Rayyan terkumat kamit membaca sesuatu lalu menghembuskan pada pintu dorm.Tidak lama kemudian pintu dorm itu terbuka. Kelihatan Azam, Noah dan Rafiq terbaring di lantai dorm tidak sedarkan diri. Mereka pengsan ketakutan.

‘Wah, magik!’Terbeliak mata Jabbar dan Budin melihat kejadian itu.Dada mereka berdegup kencang.

“Kenapa Mak Limah kacau budak-budak saya.Mereka budak mentah tidak tahu apa-apa. Pulanglah Mak Limah. Tempat Mak Limah bukan di sini.”Sebaik Cikgu Rayyan berkata-kata, tiba-tiba muncul wanita yang menakutkan di hadapan mereka bertiga.Jabbar dan Budin berpelukan takut.Wajah wanita itu tidak tenang langsung.Penuh dendam kesumat.

“Tempat aku di sini.Aku mahu menuntut bela!”

“Apa yang Mak Limah cakapkan ini.Takutlah kepada Allah. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!”

“Mereka bertiga telah kacau tempat aku.Aku harus menuntut bela.Mereka bertiga mesti makan karipap aku ini.”Ulat-ulat bergelimpangan di dalam bakul berisi karipap.Hampir termuntah Cikgu Rayyan melihat karipap-karipap yang sudah berulat itu.

“Hanya Mak Limah yang makan benda-benda kotor ini.Pulanglah ke tempat asalmu.Jangan sesekali kacau kami di sini.”Cikgu Rayyan terus membaca ayat-ayat Al-Quran untuk menghalau hantu Mak Limah itu.Lama-kelamaan kedengaran suara Mak Limah menangis.Makan lama makin jauh.Kemudian hilang entah ke mana.Berpeluh-peluh dahi Cikgu Rayyan.

Azam, Rafiq dan Noah masih belum sedarkan diri.Cikgu Rayyan terus membawa mereka ke hospital.

“Saya sudah melarang jangan bermain di kawasan tepi padang tu. Di situ ada sebuah kubur lama.Orang kampung ini ada beritahu itu kubur Mak Limah yang mati kerana bunuh diri.Dia bunuh diri kerana jualan karipapnya tidak laku dan hidupnya kesusahan selepas kematian anak dan suaminya.”

“Oooo…begitu ceritanya!Kasihannya dia.” kata Jabbar sambil menahan tawanya.‘Tak laku karipap pun boleh bunuh diri.Tak masuk akal betullah orang tua ni. Ada juga orang macam ni.’
“Wajahnya amat menakutkanlah, cikgu!” kata Budin.Dia masih terbayangkan wajah Mak Limah yang hodoh itu.

“Takdir hidupnya begitu.Kita yang masih hidup ini, selalulah kirimkan bacaan Al-Fatihah untuknya dan berdoa semoga rohnya diterima oleh Allah dan tidak akan mengganggu kita di sini.”

“In Sha Allah, cikgu.” Jabbar memandang wajah Azam, Rafiq dan Noah yang masih belum sedarkan diri.

‘Lenanya korang tidur. Itulah kacau lagi kawasan Mak Limah tu. Tapi apa yang korang buat di situ ya!’

‘Mereka kencing di atas kubur aku!!!’

‘Hah! Itu suara Mak Limah!’Peluh mula memercik dahi Jabbar.Badannya rasa nak demam.Akhirnya Jabbar terkulai di sebelah Budin.Dia juga pengsan.

TAMAT

SHARE
Previous articleZANA SAHABATKU
Next articleCACAT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here