KARAK – KUANTAN

0
1199

KARAK – KUANTAN
Nukilan: Intan

**Karya asal yang tidak disunting.

==========================

Jodoh aku ditakdirkan dengan suami yang berasal dari salah satu negeri Pantai Timur. Empat bulan lepas berkahwin,aku di takdirkan mengandung. Scan tujuh bulan menunjukkan kami bakal menerima anak lelaki. Suami dan keluarga mentua teruja sebab anak kami akan jadi cucu pertama lelaki dan mungkin juga cucu lelaki tunggal dalam keluarga sebelah suami. Satu kegemaran suami, dia suka pilih waktu lepas tengah malam untuk perjalanan balik kampung. Kurang sesak katanya. Maklumlah, Highway Karak tu asal hujung minggu kerap betul sesak. Dengan keadaan aku yang memboyot ni, kalau sesak-sesak, nak ke toilet tu susah. Kalau tercicir macam mana?

Mak aku selalu bising dan pesan, perempuan mengandung ni ‘wangi’. Ada benda suka. Jangan kerap sangat berjalan lepas tengah malam. Aku gelak sebab aku bukan sejenis penakut. Suami pula komen, dia kata tu kepercayaan orang-orang lama. Trip balik kampung hari tu, kami pilih untuk bertolak lepas pukul 12. Kami singgah makan kedai mamak sebelum bertolak. Dalam pukul 3 pagi, Karak kami tempuh. Aku tertido telentuk-lentuk sebab letih dan mengantuk. Kepenatan membawa diri dengan 8 bulan kandungan. Sayup-sayup aku dengar suara memanggil.

“intan..intan..”

Aku bangun toleh ke suami. “ kenapa bang?”

Suami diam. Lepas dia toleh ke aku, dia pandang depan balik. Malas nak layan, aku tidur balik. Tapi lama betul aku tidur. Serasa macam 5 jam perjalanan atas Karak je. Suami berhenti RnR untuk merokok. Aku tersedar pun sebab tiba-tiba rasa kena tinggal sorang-sorang dalam kereta. Dia tengah termenung dekat luar. Bila perasan aku bangun, terus dia masuk kereta dan perjalan kami teruskan. Sampai Kuantan, aku terus semacam melayang-layang masuk bilik. Berbaring mengiring mengadap pintu bilik terbuka.

“Sejak bila pulak tilam rumah mak mentua aku ni lembut?”

Beralun-alun aku rasa. Mengantuk mungkin. Tapi makin lama,makin kuat alunan. Terdengar suara kanak-kanak dua orang bukan main seronok melonjak melompat atas katil belakang aku. Aku keras. Tak boleh bergerak tak boleh menoleh. Ternampak kelibat suami melintas dengan mak dia luar bilik. Topik yang dibualkan jelas. Aku cuba panggil,sikit pun dorang tak toleh. Lompatan dekat belakang aku makin menjadi-jadi sampai terasa senak perut boyot aku ni. Lama berterusan. Aku diam kaku. Suara suami sayup-sayup berborak dekat dapur. Kemuncaknya, azan subuh berkumandang. Baru lompatan berhenti dan baru aku boleh bangkit. Otak masih memproses tapi sebab badan penat, aku solat dan sambung tidur.

Siang tu, suami ceritakan apa yg terjadi masa dia drive dekat Karak.

“Semalam, kan masa saya drive tu awak lama da tidur lena. Kepala kejap ke kiri ke kanan. Kabus pulak tebal dekat Karak malam tu. Pastu rasa lama sangat drive tu.” Intro suami. Aku diam cuba ingat balik.

“ Tiba- tiba badan awak tegak. Slow-slow awak pusing pandang saya tengah drive. Mata besar terbeliak kot duk renungsaya drive. Seram saya. Abis semua ayat Quran saya baca. Agak apa tah ayat yang berkesan, awak pusing arah ke tingkap, terus terlentuk sambung tidur. Tu yg kita berenti kejap dekat RnR tu. Nak amik semangat. Sepanjang-panjang drive tu, memang saya tak toleh mana-mana cermin. Kot terpandang apa-apa, memang seram la..dala berkabus tebal pulak. Letih rasa drive semalam.”

Aku cuba recall. Malam tu, sungguh aku dengar suami aku macam kejutkan aku. Tapi masa aku sedar tu pandang ke dia, aku rasa aku takla sampai menjegil suami aku. Bila aku fikir-fikir balik, baru aku teringat,rupanya aku dengar suara perempuan masa tu.sayup-sayup sayu.

“ intannnnnn…intannnnnn…” macam tiba-tiba terngiang-ngiang pulak suara tu. Meremang kejap.

Giliran aku pulak share cerita budak melompat atas katil. Suami gelakkan aku. Katanya aku berimiginasi. Takpun penat sangat.

“ Eh, cerita betul la ni. Orang dengar la abang berborak dengan mak pasal cik ramlah depan rumah tu kan? Lepas tu masa abang lintas depan bilik ni, abang buka baju sambil jalan ke dapur kan? Lepas tu kat dapur, abang sambung pulak cerita dengan mak pasal tok kan?”
Suami terdiam. Dia kata betul la tu. Kami terdiam. Dia kata sungguh dia nampak aku terlelap da. Tapi sebab sejak mengandung aku suka tidur buka pintu, dia biarkan pintu bilik terbuka. Sejak hari tu, memang tak la kami balik kampung lepas pukul 12. Kalau jalan sesak pun, lepas je pukul 12, kami akan start buka radio mengaji atau play USB mengaji Al-Quran.

Subhanallah.. Maha Suci Allah.. tiada la yang lebih berkuasa dari Allah. Itu hanya lah ujian pertama. Cucu tunggal lelaki masa tu.Cucu lelaki pertama. Banyak lagi kejadian-kejadian aku di uji untuk mempertahankan hero pertama kami. Sesungguhnya aku berlindung di bawah kekuasaan Nya. Naluri ibu juga membuat aku kuat mempertahankan hak aku.

– TAMAT-

SHARE
Previous articleKerana Kasih
Next articleBERAYA DI RUMAH PONTIANAK 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here