JUDO

0
1138

JUDO
Nukilan: Arif Firdaus

*** Karya asal yang tidak disunting.

==============================

Sudah menjadi resam hidup sorang Khalifa untuk menjadi yang terbaik dan mendapat yang terbaik, segala nya harus sempurna baru lah hidup penuh sempurna.

Judo tersedar dari mimpi yang mengerikan, dalam mimpinya dia bertemu dengan bermacam makhluk. Kadang-kadang makhluk-makhluk tersebut menyerangnya, sakit nya dirasai berhari-hari lamanya. Seolah serangan Dan pertarungan benar-benar terjadi. Apa yang Cuma bermain dalam kotak fikiran nya Cuma satu, Karma. Judo memejam. Mata semula berharap yang tadi adalah yang terakhir.

‘Bila nak bayar ni bang? Bunga makin naik, bila kitaorang caj Bunga,. Kau bising!’ jerkah lelaki bertubuh kekar sambil mencekak leher si mangsa. Biji mata jernih, kening terbentuk seperti kening anak cina tajam dihujung dengan wajah sorang panglima cukup mengegarkan hati sesiapa sahaja yang bermusuhan.

‘Maaf bos, bagi masa sikit lagi. Hasil buah tak menjadi. Mm..ma..maaf, lepas kan Saya bos.’ Rayu si mangsa.

‘Orang macam kau memang banyak bunyi kan? Masa hutang sedap, nak bayar macam-macam hal!’ deras tumbuk Dan terajang hingap ke tubuh mangsa. Meliuk-liuk si mangsa seperti Udang kena panggang.

‘Aku bagi masa sampai hari Isnin, macam mane pun kena ada payment. Faham?’ soal pemuda tadi.

Simangsa hanya menganguk lemah tanda setuju.

‘Nah, duit plaster’ berterbangan not RM50 ke arah muka Si mangsa. Pemuda tersebut terus melangkah.

Judo ialah salah seorang anggota kumpulan kongsi gelap yang menjalankan perniagaan pinjaman haram. 5 tahun dulu dia Cuma budak kampung yang mencuba nasib dibandar. Hidup nya berubah setelah meno long seorang ahli kongsi gelap dari dibunuh. Sejak itu roda kehidupan Judo berputar 360 darjah, berkat dengan tubuh sasa persis pahlawan Dan ilmu persilatan telah menjerumus Judo ke dalam lembah kongsi gelap dengan jauh. Duit adalah motivasi terbesar Dan punca dia terjerumus. Kini Cuba mencari jalan pulang.

‘Lepas tu apa jadi bang?’ soal Danish tak sabar. ‘Lepas tu, minggu depan abang datang orang tu terus bayar!Abang bukan nak cederakan dia pun tapi kalau balik tak ada hasil, tak ada muka lah depan Bos!’terang butir kata lelaki tersebut sambil menghembus asap nikmat berkepul macam jin!

‘Hahaha, takut la orang tu. Abang datang garang macam tu.’ Seronok Danish mendengar cerita abang saudaranya itu yang telah berbulan pulang ke kampung. Biar lah Cuma Danish Dan ibu nya sahaja menjadi peneman Dan pendengar setia kepada Abang saudaranya itu. Manusia didepan nya inilah yang menjadi sebab Danish mendapat segulung ijazah. Manusia ini juga lah yang menyuap nasi ke mulut nya dahulu.

‘Mesti lah takut, abang dulu kalau kau nak tau dik. Taiko besar tau, semua orang takut! Tengok ni belakang badan abang’ beriya Judo sambil menyelak baju nya. Tersergam tatu dua ekor ikan koi Dan tatu naga di bawah rusuk kanan nya.

‘Tatu ni warna nya tak pudar sebab pakai dakwat china!’ terang Judo megah. Danish mengamati tatu tersebut penuh minat walaupun sudah beribu kali menilik tatu tersebut.

‘Abang masih bermimpi lagi?’ sayu pertanyaan Danish.

‘Ada lagi dik, kadang-kadang datang nak terkam abang. Ada tu muka nya pecah, lidah panjang sampai ke pusat! Geli abang kalau ingat balik!’ terang Judo sambil membuat reaksi kegelian.

Geli hati Danish melihat telatah Judo, walaupun dipasangkan rantai di kaki kanan Judo. Didepan nya ini masih manusia, walaupun pemikiran nya kadang tidak seperti manusia.

Judo ditemui tidak sedar kan diri dibawah kondominium nya dengan pakaian tidak sempurna tsetelah sebulan dilaporkan hilang. Setelah sedar, Judo hanya meminta maaf sambil. Menjerit ketakutan. Setelah di diagnosis Judo didapati tidak siuman Dan ditempatkan di wad sakit jiwa hospital. Tetapi keaddan semak in buruk apabila Judo kerap mengamuk Dan pernah membunuh seorang pesakit dalam pergaduhan pada waktu Tengah malam. Keadaan pesakit tersebut sangat mengerikan, Judo dijumpai sedang memamah otak simati. Habis dua orang pengawal dibelasah Judo bila mereka Cuba meleraikan Judo, nyaris tidak dibunuh. Polis yang Tiba ditempat kejadian terpaksa menembak Judo dengan taser gun.

Akhirnya Danish menuntut supaya Judo dibawa balik ke kampung setelah Judo hanya boleh berinteraksi seperti manusia hanya dengan Danish. Sejak itu Judo dijaga oleh Danish Dan ibunya, ibu Dan bapa Judo telah lama meninggal Dan Judo adalah anak tunggal. Hanya Danish tempat bergantung harap.

‘Aku bukan nya gila dik, masa dekat wad kawan aku yang suruh bunuh budak tu sebab budak tu Langar anak dia masa Tengah main! Aku Tanya baik-baik dia melawan, aku bunuh je la. Bukan susah tarik nyawa orang!’ ayat yang berulang kali diulang Judo apabila diajukan soalan tersebut.

‘Kawan abang yang mane?’ soal Danish.

‘Tu Haa yang duduk sebelah kau tu, kadang-kadang cantik macam artis. Ni pakai baju entah basuh ke tak, muka macam baru lepas eksiden!’ soalan Danish dijawab penuh yakin.

. Meremang bulu roma Danish mendengar jawapan dari Judo, mungkin benar mungkin tidak. Ganguan Apa yang menyebabkan abang saudara nya sampai begin dia pun runsing. Kadang-kadang abang saudara nya akan meracau ketika Tengah malam. Bermimpi benda aneh, macam-macam makhluk nak menyerang diri nya. Bila disoal kepada Judo tentang punca mimpi nya, Judo hanya menjawab Karma.

Mana mungkin Karma Jadi hantu! Ya boleh! Bukti nya Abang Judo kena sampai jadi gila!

‘Kalau boleh, aku nak mati terus dik, tak sanggup nak macam ni lagi. Tapi ajal belum sampai. Kot sebab aku belum bertaubat. Allah kan suruh taubat! Tapi aku takut masa nak meniti Titian nanti berat dekat dosa sebab pahala orang lain semua dah claim atas perbuatan yang aku dah buat dekat dia orang’ ucap Judo tenang. Mana mungkin orang yang di diagnosis tidak siuman boleh bertutur sastera persis penulis hebat.
.
‘Redha la bang, mungkin ni semua bahagian abang. Allah nak uji.’ Danish Cuba menenangkan Judo.

Judo Cuma menganguk lemah tanda setuju dengan butir kata dari Danish.

“Aku buat semua tu bersebab. Sebab duit, siapa nak sekolahkan kau? Lepas Ayah Madi meninggal Mak kau tak ada duit Danish, upah menoreh kebun Pak Leman tu berapa sen?” Terang Judo ingin bercerita.

“Aku sedih sebab bila Mak Ayah aku meninggal, Ayah Madi yang kutip aku. Sekarang bila dia tak ada takkan aku nak tengok je kau dengan mak kau tak cukup makan pakai? Aku jual motor buruk arwah ayah kau buat modal pergi KL” Judo mencari nafas sambil membakar sebatang rokok lagi.

“Dekat sana aku salah pilih jalan, akau tolong orang yang salah. Aku tolong syaitan!” membuta g anak mata Judo bila nama Syaitan disebut. Judo berdiri membetulkan posisi duduk nya. Danish menatap raut wajah abang saudara nya, wajah garang persis fighter, bentuk badan sedikit membongkok, cincin berbaris di jari Dab ada kesan parut dibawah cuping telinga kiri.

“Niat aku baik, aku tolong dia masa kena kejar dengan samseng. Kes apa aku pun dah lupa tapi semua samseng tu semua kena buah sendeng aku ni! Hahaha!” Judo menepuk dada tanda bangga.

“Lepas tu dia bagi kerja, kerja jaga orang je dik. Tapi gaji lumayan, duit tu la aku sekolah kan kau masa kau nak masuk asrama dulu. Lama-lama aku naik pangkat, jaga duit, jaga kawasan, anak buah aku ramai. Aku makin lama makin angkuh, solat tinggal tapi satu je aku tak lupa, kau dengan mak kau!”

Sebulan kemudian Judo meninggal dunia ketika didalam tidur setelah penat meracau sebelum nya. Pada hari pengebumian Judo hanya sedikit orang kampung yang datang, semua cukup kenal dengan kejahatan Judo di Bandar dahulu. Danish mengetuai memandikan jenazah, mengimamkan solat jenazah untuk abang saudara nya itu. Judo disemadikan disebelah kubur arwah ayah Danish.

Sehingga kini Apa yang berlaku kepada Judo menjadi tanda Tanya kepada Danish, bagaimana seorang ahli kongsi gelap yang tidak takutkan Apa-Apa menjadi begitu dihujung hayat nya. Hantu? Bagaimana? Semua itu adalah rahsia sang pencipta untuk di jadikan tauladan kepada yang masih hidup. Judo boleh melihat makhluk halus ketika hujung hayatnya. Mungkin hijab nya dibuka? Kerja siapa?

Mungkin ini tanda sang pencipta kepada hambaNya yang lain. Dosa Judo menjadi mimpi ngeri kepadanya, terkilan Danish kerana tidak pasti adakah Judo sempat bertaubat di hujung. hayatnya? Mungkin ini balasan Tuhan kepada Judo atas segala dosa di dunia DIA sahaja yang mengetahui.

‘Aku hanya memyempurnakan Apa yang harus disempurnakan’ ucap Danish disertai senyuman nipis sambil tali kuning bersama rantai Hitam milik arwah Judo disisip kemas ke dalam poket.

Bukan satu tapi tiga. Selang seli jika berkehendak.

– TAMAT-

SHARE
Previous articlePSIKO
Next articleTULANG IS TYPING…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here