Jasad & Rumah Sewa

0
259

JASAD

Kiriman: Dara Sebi

Hai nama aku Nina (bukan nama sebenar). Aku suka bermain anak patung. Tapi aku amat takut dengan mata mereka. Aku memiliki banyak koleksi anak patung tapi aku sangat suka bermain dengan sebuah anak patung yang bernama Lisa. Nama yang kuberikan kepada anak patung itu. Selesa dibawa ke mana-mana, dan sangat comel bagiku.

Pada suatu malam, bulan mengambang menemani malam, datang mengambang bagai mengatakan, akulah pemilik malam itu. Aku tidur pada pukul 12 malam. Aku bermimpi yang aku telah diculik dan dikurung di sebuah bilik yang amat gelap. Aku cuba melihat di sekelilingku. Aku ternampak anak patungku, Lisa. Namun, ada keanehan padanya. Matanya. Ya, matanya. Dia mempunyai mata yang berwarna merah. Dan aku tersedar dari tidurku. Aku melihat diriku di dalam cermin dan tidak sengaja ternampak patung kegemaranku, Lisa. Dia dari jauh melihatku dan mendekatiku. Dari caranya, dia cuba bermain denganku. Dia memberi syarat iaitu siapa yang kalah, dia akan bertukar jasad dengan yang kalah.

Syarat ku pula adalah aku akan jentik dia sepuluh kali. Mudah sahaja. Kami setuju untuk bermain one two som. Semua sedia maklum tentang permainan mudah itu, kan. Malangnya, Lisa, dia telah menang dan aku, seperti yang dijanjikan, telah dipaksa bertukar jasad dengannya. Tanpa aku sedari, aku sudah menjadi Lisa, manakala aku? Siapakah yang menjadi aku?
Kakakku memanggilku dari luar bilik, untuk mengajak makan beberapa minit kemudian. Aku melihat ‘dia’ yang sudah menyerupaiku berjalan membuka pintu, lalu pergi seiringan dengan kakakku. Aku cuba berteriak memanggil nama kakakku, tetapi sudah tiada gunanya. Itulah kisahku yang malang. Akulah ‘Lisa’, anak patung kecil yang terperangkap dek kerana perjanjian pertukaran jasad. KEMBALIKAN TUBUH AKU!

*************************************************************************

RUMAH SEWA

Karya: Pelangi lekinos

Ini merupakan cerita benar yang dialami oleh aku sendiri. Aku menyewa di Bangi sejak 2 tahun yang lalu. Cerita bermula pada bulan 6 tahun ini.

Malam itu aku terjaga dan aku nampak ada benda hitam melekap di railing langsir, sedang perhatikan aku dan suamiku. Aku buat tidak endah sahaja sebab sangkakan bukan apa – apa, lagipun aku tidak pakai cermin mata masa tu. Aku langsung melupakannya dan 2 hari kemudian, baru aku cerita dekat suami aku. Namun, jawapan suamiku membuatkan aku lagi terkejut sebab dia cakap abaikan saja memandangkan dia dah selalu nampak kelibat keluar masuk dari tingkap bilik kami tu.

Lepas beberapa minggu, aku pun makin lupa akan kejadian itu. Sehinggalah pada satu hari, hujan turun dengan lebatnya. Tinggal aku dan anak bujangku berumur 4 tahun saja di rumah. Disebabkan hujan, aku dan anakku hanya bermain permainan games di handphone tetapi sering diganggu oleh bunyi pintu-pintu bilik yang mungkin ditiup angina, yang datangnya dari tingkap. Aku bangun lalu menutup semua pintu bilik dan kemudiannya sambung bermain permainan games. Tak lama kemudian, pintu bilik nombor 3 yang aku da tutup rapat bebunyi “klik”, menandakan tombolnya dibuka seseorang. Bila aku jenguk pintu bilik tu sudah terbuka dengan sendirinya, aku apalagi, cepat kucapai kunci kereta dan anak, lalu terus lari balik rumah mak aku di Rawang.

Selepas tiga hari berada di rumah mak, kami pun ambil keputusan untuk balik ke Bangi. Hendak dijadikan cerita, hari kejadian itu, suami aku balik dari kerja terus pergi rumah mak aku. Jadinya, adalah dua kereta untuk dipandu. Masa nak balik bangi, aku pilih untuk memandu hilux disebabkan transmisinya automatik, jadi suami aku perlu memandu Viva yang manual tu.

Semasa berdekatan PLUS (Sungai Buloh) aku memandu di lane kanan, depan aku ada Viva dipandu suami aku dan kelajuan kereta aku cuma 100 km/h. tiba-tiba stereng kereta aku ditarik mengejut ke kiri, terus masuk lane ketiga dan kemudian stereng ditarik balik ke kanan, dan hampir melanggar jambatan, lalu serta merta enjin kereta mati. Ya Allah, tidak terbayang betapa takutnya aku masa tu. Aku bersyukur sangat nyawa masih panjang. Kalaulah ada lori laju atau pun enjin kereta tak mati, apalah agaknya terjadi kepada aku. Jalan raya menjadi sedikit sesak sekejap disebabkan masing-masing mahu tengok keadaan aku masa tu.

Aku dan suami akhirnya berhenti di RNR Sungai Buloh. Aku call mak aku nangis-nangis beritahu kejadian yang berlaku. Mak aku pesan pasang surah yang ada dalam telefon bimbit. Kami lalu meneruskan perjalanan. Aku pasang surah yasin di telefon. Masa tu bateri telefon ada 95%. Dalam 500 meter sebelum Tol Duta, ada motor hon ke arah kereta aku sambil tunjuk sesuatu di dalam keretaku. Nak kata ada niat jahat tak pula, sebab lepas tunjuk tu mereka terus pecut. Time tu jugakla tepon aku ni mati. Aku dah meremang sorang-sorang dalam kereta. Lepas je Tol Duta, aku berhenti kat tepi. Aku cerita kat suami aku tapi dia yang follow dari belakang tak nampak apa-apa dalam kereta. Sejam jugak kami di situ disebabkan mahu hidupkan telefon bimbitku yang mati tu. Kami cas pada powerbank tak on juga. Cabut bateri pasang balik pun tak on juga telefon itu. Akhirnya, kami memutuskan untuk terukan pergerakan pulang ke Bangi.

Sampai di Serdang, aku tak boleh teruskan perjalanan. Aku rasa takut sangat nak balik rumah. Kami berhenti rehat di RnR Serdang untuk solat maghrib. Lepas solat, telefon bimbitku menyala semula. Bila tengok bateri, masih ada baki 70%. Kali ini memang aku tak boleh. Aku betul-betul takut nak balik. Call mak aku, mak dengan ayah cakap akan datang Bangi malam tu juga teman kami bertiga. Alhamdulillah, malam tu takde benda pelik berlaku.

Tapi, 2 hari selepas tu, waktu aku cuci tandas, dari tepi mata, aku nampak ada budak setinggi anak aku melintas pergi ke ruang tamu, memakai baju tidur seperti mana yang dipakai oleh anak aku. Aku sambil mencuci asyik terfikir, aku mandikan dia tadi aku pakaikan baju melayu. Kenapa pula kali ni baju Robocar poli. Aku panggil anak aku, dia sahut tapi tak nak datang sebab tengok tv. Aku pergi depan tengok dia masih pakai baju melayu. Akibat tidak sedap hati, akhirnya tandas pun terbiar je la macam tu, tak habis dicuci.

Suami aku tak habis-habis suruh aku berani, katanya kalau aku takut lagilah benda tu suka, tapi masalahnya semua ni aku yang kena. Dia tak kena bolehlah cakap. Sedihnya.

Akhirnya, setelah bermacam-macam gangguan lagi dihadapi, suami aku pun berbincang dengan tuan rumah. Suatu hari, dia pulang membawa bersama tiga orang ustaz ke rumah. Lepas baca-baca, ustaz tu sendiri tunjuk kepada kami yang bila dia azan dan baca-baca dalam bilik nombor tiga berdekatan pokok mangga di luar, bulu romanya meremang dan katanya memang ada sesuatu. Ustaz tu nasihatkan pokok tersebut ditebang. Alhamdulillah, pokok tersebut ditebang dan sekarang ni masih ada gangguan kecil, tetapi tak keterlaluan seperti sebelum ni.

Penulis: Pelangi Iekinos dan Dara Sebi
Follow penulis di :

https://web.facebook.com/pelangi.iekinos

https://web.facebook.com/dara.sebi

Suntingan: Gongpal Topek

SHARE
Previous articleLUKISAN
Next articleTentang Mimpi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here