GADIS BERKURUNG PUTIH 

0
1618

GADIS BERKURUNG PUTIH
Nukilan: F.Sya
https://web.facebook.com/fatin.eyka.3

===================================

*Karya yang tidak disunting*

Man melihat jam tangannya. Jarum jam menunjukkan sudah pukul 1 pagi. ‘Ah, dah pukul 1? Baik aku balik sekarang. Bini aku dah tunggu kat rumah ni.’.

Man bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya. Man bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan. Hari ini kedai makan tempat kerjanya tutup sedikit awal kerana majikannya ada urusan. Memikirkan isterinya yang sedang menunggu di rumah, Man bergegas ke motosikalnya. Man menaiki motosikalnya dan mula menghidupkan enjin. Setelah tiga kali injak enjin kaki, barulah motosikalnya hidup. Maklum sajalah, motor lama. Man memulakan perjalanan pulang ke rumah.

Tiba di satu jalan yang biasa dilaluinya, dia berasa pelik. ‘selalu masa-masa macam ni, dengar bunyi anjing menyalaklah, bunyi cengkeriklah. Tapi kenapa malam ni senyap sunyi je? Suara unggas pon takde.’ gumam Man dalam hati. Dia berasa tidak sedap hati namun masih meneruskan perjalanan. Tiba-tiba, dia ternampak seorang gadis berbaju kurung putih dan berselendang di kepala. Gadis tersebut mempunyai rambut panjang yang lurus hingga ke paras pinggang. Wajahnya ditutupi oleh rambutnya yang panjang. Gadis itu mengangkat tangannya kehadapan dan cuba menahan motor Man. ‘Ah, sudah. Mesti malam ni ‘malam’ aku.’ detik Man dalam hati

Man berasa ingin meneruskan perjalanan saja. Namun dia tidak tahu mengapa dia merasakan perlu membantu gadis tersebut. Lalu dia memberhentikan motosikalnya dan mula bertanya pada gadis tersebut.

” Nak pergi mana malam-malam ni dik?” gadis itu tidak bersuara dan hanya menunjukkan arah yang ingin dituju dengan menghalakan tangannya ke hadapan.

Man bertanya lagi, ” Nak balik rumah ye?” gadis itu mengangguk.

“Nak tumpang?” gadis itu mengangguk lagi.

“Naiklah.” Man pelawa gadis tersebut. Setelah gadis itu naik, Man meneruskan perjalanan dan menuju ke arah yang ditunjukkan gadis tersebut.

Sepanjang perjalanan gadis tersebut hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Man pula berasa aneh kerana motornya berasa ringan sahaja. Ketika sedang memikirkan hal itu, bahunya ditepuk gadis tersebut. Man berhenti di satu kawasan rumah pangsapuri yang separuh siap. Dia menoleh kearah gadis tersebut. Dalam kesamaran cahaya bulan yang mengambang, Man dapat melihat sedikit wajah gadis itu. Gadis itu mempunyai kulit yang cerah dan mulus. Bermata bundar, berhidung mancung dan mempunyai bibir yang kecil dan mungil. Man terkaku seketika. Tidak pernah dia melihat gadis secantik itu di dalam hidupnya.

“Nak berhenti kat sini ke? atau depan lagi?” tanya Man setelah tersedar dari lamunannya. Dia melihat sekeliling. ‘mana ada rumah dekat sini? rumah yang tak siap ni adalah.’ fikir Man sendiri. Gadis itu mengangkat tangannya kehadapan. Bermakna tempat yang gadis ini ingin pergi berada di depan.

Man meneruskan perjalanannya sehingga sampai di satu kawasan yang berpokok getah dan kelapa sawit. Ladang pokok getah terletak di sebelah kiri jalan raya.Manakala ladang kelapa sawit terletak di kanan jalan raya dan bergaung. Man merasakan hanya dia yang berada di kawasan itu kerana dia tidak melihat satu kenderaan pun yang lalu di situ. Gadis itu menepuk bahu Man lagi dan menyuruhnya berhenti di situ.

“Dekat sini ke?” tanya Man sambil menoleh ke kiri dan kanan. Tiba-tiba gadis itu turun dari motosikal Man sambil membawa beg. Man berasa aneh. ‘Dari mana pula datangnya beg dia ni? Tadi takde pun.’

” Ni nak lari dari rumah ke ape ni? siap dengan beg bagai.” tanya Man

Tiba-tiba Man terlihat cahaya lampu dari sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Dia hanya memandang kereta itu berlalu pergi. Apabila dia menoleh, dia terkejut kerana gadis yang ditumpangkan tadi, hilang! Tanpa menunggu masa lagi Man pun menghidupkan enjin motosikalnya. Ketika dia ingin memulas ‘throttle’ motosikalnya, dia terdengar tangisan gadis itu. Jauh di dalam gaung kelapa sawit.

“huu…..”

bergema sayup suara gadis itu di dalam gaung.

“Kenapa kau nak tinggalkan aku…. huu….” tangisan itu bersambung. Man terus memecut motosikalnya tanpa menoleh lagi.

Sampai sahaja di rumahnya, Man terus berselubung. Isteri Man, Ira berasa aneh. Mengapa suaminya menjadi begitu? Seakan ketakutan. Man pun menceritakan kepada Ira akan kejadian yang telah terjadi pada dirinya. Man mengalami demam selama seminggu. Selepas sembuh dari demamnya, Man mula bekerja seperti biasa. Namun dia terasa aneh, mengapa setiap kali dia pulang isterinya akan tidur? Sedangkan dia tahu bahawa Ira bukanlah orang yang akan awal. Selalunya Ira akan menyambutnya pulang. Keesokan harinya Man bertanya pada Ira,

“Ira, kenapa akhir-akhir ini abang tengok setiap kali abang balik, Ira mesti tidur?”

“Ira pun tak tahu bang. Ira jadi mengantuk sangat bila masa abang dah nak balik dari kerja.”

Man berfikir sejenak. “Abang rasalah kan. Ira kena gangguan ni. Sebab hari tu abang macam ternampak rambut Ira macam kena tarik. Tapi Ira tak bangun pun.” Man menyatakan pendapatnya.

“Abang nak call mak abang la. Mana tahu kalau dia boleh tolong.” Sambung Man. Ibu Man merupakan orang Thailand yang sudah menetap di Malaysia sebelum Man lahir lagi. Man merupakan orang Malaysia yang berketurunan Siam.

Pada hujung minggu itu, Man pulang kampung halaman seorang diri. Ira pula duduk di rumah ditemani adik-adiknya Aina dan Megat.

“Assalamualaikum,mak.” Man memberi salam

“Walaikumsalam. Haa, Man. Masuk dalam mak dah siapkan makanan tu. Pergi mandi, lepas tu makan.” ibu Man mempelawa sebelum sempat Man melabuhkan punggungnya.

“Hisy mak ni. Bagi lah Man duduk dulu. Tak menyempat. Hahaha.” Man membalas sambil menyalami ibunya. Selepas makan dan berehat, ibu Man memanggilnya.

“Man, duduk depan ibu.” Man terus bersila di hadapan ibunya. Man melihat ada kemenyan dan beberapa persiapan yang disediakan oleh ibunya. Ibu Man mula memperasap kemenyan sambil membaca doa dan mula memanggil gangguan yang mengganggu anak dan menantunya,

“Wahai gangguan yang telah mengganggu anakku, muncullah engkau dengan rupamu yang sebenar.” Pada mulanya, tiada apa yang berlaku. Ibu Man mencuba lagi,

“Wahai gadis yang telah mengganggu anakku, muncullah dihadapan aku sekarang!” seru ibu Man dengan lebih tegas. Setalah menyeru buat kali kedua, muncul seorang gadis berbaju kurung putih, berambut panjang hinga ke pinggang serta berselendang di kepala. Man pula pengsan setelah gadis itu muncul

Mata gadis itu galak memandang wajah ibu Man. Wajahnya menunjukkan riak marah. Ibu Man ditenung garang.

“Apa yang engkau mahu dari anakku?” ibu Man memulakan perbicaraan

“grrmmm…” gadis itu hanya menderam sambil merenung mata ibu Man.

“Apa yang engkau mahu dari anak aku!” tanya ibu Man sekali lagi dengan lebih tegas.

“Aku mahukan anak kau!” gadis itu mula bersuara dengan suara yang garau.

“Tak boleh! Aku takkan benarkan! Lebih baik engkau pergi, kalau tidak aku akan menghapuskan engkau!” ibu Man bertegas dalam menolak.

“Grrrhhmmm… aku takkan lepaskan dia! Aku takkan pergi!” gadis itu berkeras. Gadis itu mula terapung hingga ke bumbung. Kepalanya menunduk memandang ibu Man yang berada di bawah dengan matanya yang merah. Perlahan-lahan dia mula berayun kekiri dan kanan.

“Baik. Aku sudah kau pulang dengan cara baik tapi kau berdegil.” ibu Man mula mencapai garam yang disediakan. Dia mula membaca aya suci al-quran dan menghembus pada garam tersebut. Setelah itu, dia mencampakkan garam itu pada gadis tersebut.

“Arrgghhhh!!!!!” gadis itu menjerit kesakitan. Balingan pertama hanya mengoyakkan baju dan selendang gadis tersebut.

“Kau mahu masih tidak mahu pergi?” soal ibu Man.

“TIDAK! AKU TIDAK AKAN PERGI!” gadis itu berkeras. Ibu Man membaling garam buat kali kedua.

“Arrgghhh!!!” gadis itu menjerit dengan lebih kuat. Wajahnya muka hancur. Ada daging wajahnya yang mula jatuh ke lantai rumah.

” Baik, baik. Aku akan pergi. Tapi ingat aku akan kembali. AKU AKAN KEMBALI!!! HII! HII! HII!!” gadis itu terbang meninggalkan rumah itu.

“Alhamdulillah. semuanya dah selesai. Man bangun.” ibu Man mengejut Man setelah semuanya selesai. Air disapu pada wajah Man dan Man pun tersedar.

“Apa yang dah jadi ni mak?” tanya Man pada ibunya.

“Mak dah halau hantu tu pergi. Dia kacau engkau isteri kau sebab dia tak mahu kau bersama dengan isteri kau tu. Engkau pun satu suka sangat kan tukar-tukar minyak wangi, dah hantu tu ikut kau balik.” terang ibu Man punca kenapa Man dan Ira diganggu.

“Oh, yeke? Sampai macam tu sekali.” Man menggaru kepalanya. yang tidak gatal.

‘Laku juga aku ni. Sampai hantu pun boleh terpikat. Hahaha.’ monolog Man dalam hati sambil tersenyum.

“Ha, sah kenapa senyum sorang-sorang tu? Suka hantu nak kat kamu? Dibawak dek hantu terus hilang baru kamu tahu.” ibu Man membebel bila ternampak anaknya tersenyum seorang diri.

“Ishh mak ni. Mana ada.Simpang.” Man menafikan sambik senyum pada ibunya. Keesokan harinya dia pulang ke rumah dan menjalani kehidupan seperti biasa bersama Ira.

Di sebalik pokok pisang hadapan rumahnya, seorang gadis memerhatikan mereka. Matanya merah dan mempunyai riak marah pada wajahnya.

AKU AKAN KEMBALI!

-TAMAT-

SHARE
Previous articleARKIB ANGKER NEGARA
Next articleTEMAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here