DENDAM TAK TERLERAI

0
2021

DENDAM TAK TERLERAI
Nukilan: Gee Nazyrah

** Karya asal yang tidak disunting

===========================

~ Aku tau aku salah aku taknak dah buat lepas ni.

Gumam hati Bad dia cukup menyesal dan hidup dalam ketakutan .

Siapa yang tak kenal Badrul Isyam , seorang pemuda tampan yang di gilai para gadis sejak zaman sekolah lagi , cinta bagi dia ibarat tukar baju selalu mainkan perasaan dan memperkotak katikkan hati anak dara orang. Zam kawan baiknya selalu menasihati beliau dan kadang-kadang dia ugut sahabatnya itu kerana anoyying dengan ‘kebanggaan’ Bad mampu mencairkan hati gadis-gadis sekelip mata .

”Kau tak jumpa lagi Bad , tunggulah buku bertemu dengan ruas.” Mereka baru habis lepas spm dan masih goyang kaki di rumah sambil tunggu result dan surat tawaran.

3 bulan sebelum itu ~

” Hai saya Bad , ” Bad menegur gadis yang selalu memerhatikan dia dari jauh tu . Yelah nama pun playboy mata dia tajam dapat tengok siapa selalu usya dia . Gadis itu kelu lidah hanya menuduk dan tersipu malu ,

“Errr h… H… Hiii ” jawabnya perlahan . Bad pun mulalah start bibit-bibit ayat kebiasaanya , bukan susah pun sebab dia tau perempuan tu crush dengan dia. Setiap kali dia datang lepak di kedai makan setiap kali itulah gadis itu asyik memandang dia dari jauh .

Makin hari Bad makin rapat dengan gadis itu , Huda namanya , dia agak merasa kelainan . Kerana kebiasaanya paling lama pun sebulan , ni dah sebulan lebih dia contact dengan huda , masa ni belum ada whatsapp so sms jelah menghubungkan Bad dan Huda .

Lain! Memang lain ! Bad angau dan sering mimpikan Huda , kadang-kadang duduk dalam rumah pun dia rasa seperti ada Huda sebelah dia . Sehari tak sms resah gelisah , macam mana pun harus bergayut dengar suara Huda . Nak makan tengok pinggan pun nampak Huda .

‘ Bad rindu Huda lah , kita jumpa nak lepak ‘
Sending sms

. . . . . .

‘ Boleh , malam ni dekat kedai makan ya ‘
Bad tersenyum keseorangan gembira dapat bertemu dengan Huda .

Malam tu Huda agak lain dan dingin tak mesra seperti biasa . Matanya sekejap mengerling ke kiri kekanan sepserti gelisah , sekejap-sekejap dia melemparkan senyuman tapi tak berapa nak ikhlas ,

“Huda tak sihat ke? ” Soal Bad.

“Sihat cuma … Emmm.. cuma rindukan… Emmm. ”

Bad tiba-tiba rasa lain macam dan rasa sakit hati ‘RINDU SIAPA ??? AKU DEPAN MATA DIA’

“Huda rindukan kakak, sebenarnya Huda baru kehilangan kakak.”

Fuhhh lega hati Bad ingat Huda ni ada kekasih lain .

Tiba-tiba entah dari mana jatuh dari bulan barangkali si Zam muncul depan Bad dan Huda .

” Woi Bad patutlah menyepi sini kau eh .. ” Zam menarik kerusi tanpa di pelawa sambil melirik kearah Huda . Huda tersipu dan menundukkan pandangan . Mereka berborak mesra satu meja .

“Bad aku macam kenallah budak Huda tu , tapi aku lupa , ” Zam melabuhkan tubuhnya baring di tilam empuk milik Bad .

~ tuk tuk tuk

Bunyi tingkap bilik Bad di ketuk . Mereka berdua kaget , memang hairan lah sebab bilik Bad berada di tingkat atas mustahil lah siapa yang panjat bumbung??? Gulpppp…

“Sia….” Shhhhh…. Zam bagi isyarat dekat Bad , ‘ Apahal budak ni nak tegur-tegur pulak sah-sah bukan manusia ‘

Selang beberapa minit kedengaran pula di bumbung atas bilik Bad seperti ada pesta meluncur sebanyak 5 kali dengar ada benda meluncur tapi tidak jatuh-jatuh dari bumbung .

“Kau bawak saka ke?” Celupar mulut Bad tanya soalan macam tu disaat genting ni , saat itu Zam terasa nak tampar laju-laju muka sahabatnya itu.

Mak ayah Bad jarang berada di rumah kerana selalu outstation. Siang hari ada Makcik Mah yang datang kemas kan rumah dan masak , Bad sudah biasa tinggal seorang diri .

Biasalah bila perasaan takut meyelubungi ada orang panik dan cubaan buat lawak tapi tak kesampaian . “Eh aku nak call Huda la .. dia dah sampai rumah ke belum” Bad alih topik .

“Hello”

“Hello wuuuu… Huuuuu sob sob sob” tangisan suara Huda di telefon buat Bad tergamam , dia dengar di telefon dan suara itu juga bergema di luar tingkap sayup-sayup dan Zam start buat muka cuak dia .

Bad ambik keputusan mematikan talian , dia masih terkejut . Sekali lagi ketukkan di luar tingkap bertubi-tubi , Bad terbatuk-batuk dan batuknya keluar sekali darah berketul-ketul , banyak juga habis sarung bantal yang di peluknya berpetakan darah . Lagi lah haru perasaan Zam, kenapalah dia berada disitu saat ini .

Satu jam sebelumnya

‘kak aku dah masukkan dalam air dia kak ,
aku nak dia rasa apa yang kau rasa kak, aku kena buat malam ni jugak, kawan dia tu kenal aku siapa, nanti habis peluang aku’ Huda merenung jasad kakaknya yang dia sorok dalam pondok di dusun terbiar milik keluarganya. Sekejap Huda ketawa sekejap menangis meratap , bukan mudah untuk berdepan dengan pembunuh ahli keluarganya , nak kena berlakon nak kena mesra , makin lama makin sakit menusuk hati , dan membuak dendam kesumat .

Mimi kakak kembar tidak seirasnya telah kembali pada yang Maha Esa 2 bulan lepas setelah di langgar oleh lori , separuh badan telah hancur di gilis lori , hari terakhir kembarnya ada hantar mesej ‘maafkan aku Huda, aku tak kuat, sampai hati dia buat aku macam ni ‘ mereka berdua kembar tapi duduk berasingan negeri dan sekolah kerana mempunyai minat kos yang berbeza.

Bukan senang nak kumpul “benda” dari Bad untuk dia start menterakan musuhnya ! Dalam masa sebulan dapatlah sehelai rambut dan air liur bad pada putung rokoknya , dan dia berasa puas hati dapat bersekongkol dengan syaitan laknatullah .

Nafas Bad tercungap-cungap sebab batuk yang kerap, tekaknya ibarat dicucuk cucuk dengan debu-debu tajam , darah pula mengalir dari hidung menitik tanpa berhenti .

Zam panik , cepat capai tisu dan menghulurkan pada Bad , “kenapa kau ni tiba-tiba je” kedengaran dinding di luar rumah di cakar dengan rakus , seolah-olah dinding itu bakal ditembus . Zam tanpa berlengah bangun berdiri dan terus azan , dia panik tapi cuba kawal supaya bacaan azannya ikut tertib . “Allahuakbar.. Allahuakbar…”

“Heeeeee~hsssssssss” bunyi dengusan kuat di luar rumah sekejap tepi tingkap sekejap atas bumbung sekejap bunyi di dalam syiling . Batuk Bad kian perlahan dan dia kelihatan lemah setelah darah banyak keluar . Sebelum dia pengsan sempat dia tuju jari ditingkap dan menyebut nama ‘Mimi…..’

“Hmm susah kawan kau ni Zam ..” keluh Ustaz Naim. “Apa dia buat dekat anak orang?” Ustaz Naim geleng kepala berat rasanya .

Tubuh Bad terbaring kaku di ruang tamu rumah milik Ustaz Naim , matanya agak sedikit terbuka , dia dapat melihat namun tak dapat nak bergerak mahupun bersuara.

“Saya tak tau Pak Long” (bapa saudara Zam, ustaz Naim)

“Kawan kamu ni terkena sihir orang puja mayat, ni baru permulaan , tujuan dia nak bagi budak ni menderita perlahan sampai mati, sebelum sihir ni dia terkena sihir pengasih ” ujar ustaz Naim.

” Siapa pak long ? ” Zam

” Nanti aku ikhtiarkan biar tuan dia mai sini , boleh bawak bincang benda ni , lagi pun banyak salah budak tu , ” Ustaz memuncungkan mulut kearah jasad Bad yang kaku keras . “Huda ke..” soal Zam perlahan .

Yaaaa!! Dia dah ingat Huda ! ‘Huda dan kembarnya Mimi berkawan dengan Zam dari tadika lagi kemudian masuk darjah 3 keluarga Huda dan Mimi pindah kenegeri lain’ masa tingkatan 4 dia agak hairan hanya bertemu dengan Mimi seorang di sekolah menengah itu, tak semesra dahulu seperti waktu zaman kanak-kanak main galah panjang , panjat pokok , lempar tin , dan Zam tidak bertanya pula perihal kembarnya si Huda . Mimi makin rapat dengan Bad disekolah , waktu itu sudah hampir dengan SPM sempat lagi Bad berpoya-poya . Kemudian tak lama itu berita tersebar bahawa Mimi meninggal dunia di gilis lori semasa dalam perjalanan ke sekolah untuk menduduki peperiksaan SPM .

Bad masih kaku dirinya seperti beku , jari jemari keras langsung dia tidak dapat mengerakkan walau secuit , dalam samar matanya terlihat kelibat Mimi yang berada di hujung kakinya . Mimi hanya menangis tapi tangisannya berdarah, pada tangan Mimi pula penuh dengan cebisan daging yang bersepai dia mengsuakan pada Bad . Perasaan takut , sedih , bersalah semua ada disaat itu namun dia hanya dapat melihat tanpa sebarang reaksi.

Setelah beberapa surah di baca oleh ustaz Naim, tubuh Bad tiba-tiba bangun sendiri dan duduk secara posisi mengcangkung , dengan muka yang pucat Bad mendengus ,

“Kenapa kau kacau!” Bentak Bad garau tapi suaranya suara perempuan yang kasar . “Hmm macam tak boleh bawak bincang je ni , kau buat apa dekat budak ni sudah-sudahlah jangan berdendam ! ” keras ustaz Naim menjawab .

“Aku tak puas hati kalau tak tengok dia mati!!sebab dialah kakak aku mati….!”

“Ajal maut ditangan tuhan… Kau ingat tu! sekarang ni kau telah menduakan Allah SWT . Bertaubatlah!!” Ustaz Naim meneruskan bacaan surah dan menghembukan pada Bad sesekali Bad mengelupur menahan kesakitan dan kepanasan.

“BODOH!!BODOH!!PANAS!!”

“Keluar dari tubuh budak ni sekarang! Jangan main-main lagi!”

“Hehehehehe……….” Bad menjeling tajam pada Ustaz Naim sambil mengilai.

Tak semena-mena..

PALP!

Satu rumah blackout , dalam 20 saat lampu menyala kembali .

Zam ternganga mulut melihat Bad melekap di dinding gaya-gaya spiderman berwajahkan bengis lagi menakutkan . Ustaz Naim lekas-lekas melemparkan lada hitam yang di genggamnya . Lalu terjelupuk jatuh Bad sambil menjerit kesakitan meraung kepanasan .

Setelah bertarung hampir sejam setengah , ‘dia’ mengalah dan keluar dari tubuh Bad . Badan Bad kembali lembut semula dan mampu bergerak , dia mula teresak-esak menangis . Fikirannya celaru mengingati arwah Mimi ,

“Dia gunakan gambar kau untuk sihir pengasih supaya dapat dekat dengan kau, kemudian dia mulakan persiapan lain untuk bagi kau mati .. ” ulas Ustaz Naim sambil menghulurkan air penawar pada Bad .

“Kau tidurlah esok dia datang , elok kau mohon maaf” Zam menghulurkan tshirt dan kain pelekat pada Bad supaya kawannya itu dapat tidur dengan selesa .

Subuh hari itu setelah selesai mengerjakan solat subuh, mereka mengalas perut dengan roti . Bad masih lagi gusar , masih berdebar menyusun ayat dalam kepala fikirannya jika dia berhadapan dengan Huda. ‘ Apa perlu aku cakap?? ‘

Kedengaran dari jauh satu kenderaan berhenti di halaman rumah . Ustaz Naim menyambut mesra keluarga Huda , yang hadir abang Huda , dan mak ayahnya serta Huda yang dalam keadaan lebam-lebam di lengan dan di muka.

“Kami baru dapat tau Ustaz , maafkan anak kami.” Pakcik Idris rasa bersalah.

“Bukan pada aku, dia telah menduakan Allah SWT .. Tunaikanlah solat taubat segera, pulihkan dia” perlahan Ustaz Naim jelaskan .

Mata Bad berkaca melihat keadaan Huda , “Huda Bad mintak maaf kalau Bad buat Huda sakit hati, hukumlah Bad , Bad pun sedih bila dapat tau hal Mimi ”

PANG!!

Entah bila Huda bergerak satu hayunan laju menampar pipi Bad .

” Kau jangan sebut nama dia , sebab kaulah!! ” Huda mengetap bibir menahan marah. “Kau call dia malam hari kau mintak putus! Semalaman dia menangis!!! Pagi tu dia berkeras nak pergi naik motor dalam keadaan mata bengkak! Tak tidur! Kau!! Kaulah setan!!!” Huda menunding jari pada Bad .

Abang Huda menarik Huda kebelakang , “Sabar dik sabar”

Bad berlari kearah mak dan ayah Huda dan melutut memohon maaf sungguh dia kesal atas perbuatannya.

“Tak apa nak. Kami redho , kalau berdendam sekalipun Mimi takkan kembali, ” mata Makcik Ana berkaca .

Dalam keheningan subuh itu di kejutkan dengan hilaian Huda secara tiba-tiba , mata hitamnya hilang , dia menari-nari kerasukkan. Ustaz Naim bantu sedaya upaya namun janji yang telah dimenterai oleh Huda dan ‘dia’ agak sukar di loloskan dan perlukan masa . Huda kembali tenang sebentar dan kemudian bercakap-cakap seorang diri.

Sebelum pulang Ustaz pesan pada keluarga Huda jangan tinggalkan dia kesorangan dan segerakan proses untuk pulihkannya.

Dah setahun berlalu , Huda kini ditempatkan di bawah jagaan pakar psikiatri kerana sering mencederakan diri sendiri . Bad berjaya meneruskan pengajiannya satu kampus universiti bersama Zam dan sejak kejadian tu tidak lagi Bad senang-senang mendekati gadis dan menjaga batas pergaulan .

~ aku tau aku salah , sampai sekarang aku rasa bersalah maafkan aku Mimi …

-TAMAT-

SHARE
Previous articleBERAYA DI RUMAH PONTIANAK 
Next articleKisah Seram Jimi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here