BLIND DATE

0
1186

BLIND DATE
Nukilan: Syahira Zakaria
https://web.facebook.com/SyahiraLMH

==================================

Ziana dan Azhar baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Namun, genap 2 bulan, Azhar dah berani menunjukkan taringnya yang sebenar. Dia kerap kali pukul Ziana, tumbuk, terajang dan seumpamanya. Lebih lebih lagi bila dia nampak Ziana berbual dengan lelaki lain, walaupun lelaki itu hanyalah klien Ziana sendiri.

Macam punching bag dan sebagai tempat melepaskan geram dibuatnya. Kadang kadang dia paksa Ziana untuk lepaskan nafsu serakahnya. Bila Ziana tolak, dia pukul Ziana habis habisan. Segala kata kata makian bagai sebati dalam diri dia.

“Abang, cukup lah. Ziana dah tak tahan lagi. Tolong lepaskan Ziana. Kalau boleh bunuh lah Ziana ni biar abang bahagia!”

“Heh kau ingat aku nak lepaskan kau macam tu je ke? Lagi sekali aku tanya. Siapa jantan tu?! Kau buat apa dengan dia, hah?! Kata keluar dengan kawan, tapi kau menggatal dengan jantan lain! Isteri jenis apa kau ni?!” Ditarik rambut Ziana sehingga dahinya terhantuk ke dinding bilik. Nak lari, pintu bilik dah dikunci awal awal.

“Ya Allah, tolonglah percaya cakap Ziana ni. Tu cuma kawan kerja lah. Kitorang berbincang pasal kerja je. Tak lebih dari tu pun. Tolonglah percaya!” Raung dia sekuat hati. Kepalanya terasa pening macam nak pengsan. Dahi dia dah mula lebam.

“Kau pengsan, aku sumbat kau dalam bilik air! Bangun!” Jerkah suami dia, masih memegang erat rambut dan tubuh isterinya yang kecil itu. Sekelip mata, tubuh Ziana dilibas tali pinggang milik Azhar. Raungan Ziana semakin kuat sebelum matanya mula kabur dan semakin kabur. Pandangannya mula kelam dan hanya sayup sayup suara suaminya kedengaran.

Dan akhirnya semuanya bertukar gelap.

2 bulan lepas…

“Blind date?” Fasha, kawan baik Ziana menunjukkan muka annoying sambil menjelingnya ke atas. Haruman air coklat panas menarik minatnya untuk hirup sedikit demi sedikit.

“Yelah. Alaa aku kenal dia dekat Tinder 2 bulan. Lama tu.”

“Jadi kau tak tahu lah rupa dia, muka dia macam mana lagi?”

Ziana menggeleng selamba. “Kan aku bagitahu, dia tak letak gambar langsung.”

“Hish budak ni. Kalau dia tu orang jahat, atau perompak bersiri macam mana? Zaman sekarang ni ramai manusia pelik tau. Kau tu jarang lah jumpa stranger.” Fasha memberi amaran, risau terhadap Ziana. Kawannya itu betul betul berani kali ni.

“Mulut tu jangan lah. Tak ada apa apa lah. Aku siap bawak minyak wangi lagi, kot kot lah kan. Dah lah tak payah risau.”

“Nak aku teman tak?”

Ziana menggeleng lagi. “Tak payah. Dah lah, aku nak siap siap ni. Dia tu on time tau. See you babe! Enjoy your drink.” Pipi Fasha yang sedikit gebu itu ditariknya sebelum dia menghilang masuk ke dalam bilik. Fasha sekadar menggelengkan kepalanya perlahan dan merenung lama pintu bilik Ziana.

“Ya Allah, kau lindungilah Ziana…”

“You are so beautiful, Ziana.” Puji Azhar sewaktu buat kali pertamanya perjumpaannya dengan Ziana. Ziana tersipu sipu malu dan menggosok hidungnya yang tak gatal. “Terima kasih. You ni good looking jugak kan. I suka kening you.” Azhar tergelak kecil sambil merenung anak mata Ziana yang bundar itu.

“Thank you. So, lepas makan ni, you nak pergi mana?”

“Jalan jalan dekat mall?”

Azhar senyum lalu mengangguk kecil. Seminggu selepas perkenalan mereka berdua, Ziana tak jemu jemu keluar bersama Azhar. Kadang kadang jika ada kesempatan, mereka berdua pergi bercuti berduaan duaan. Pelbagai jenis hadiah pemberian Azhar kepada kekasih hatinya itu, sehingga malu Ziana dibuatnya. Tapi dia gembira, gembira dapat bersama Azhar sepanjang masa yang tak jemu membuatnya gembira.

“Ehh pandai balik rupanya? Ingat dah sesat sampai ke alam ghaib.” Fasha menahan emosinya. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Ziana yang baru masuk segera menuju ke bilik tanpa melayan Fasha, tapi gadis itu lebih pantas menghalangnya dan menyuruh Ziana duduk di ruang tamu terlebih dulu.

“Ala bukan selalu pun…”

“Yang bukan selalu tu la akan jadi kebiasaan nanti tau. Kau ni sejak bergaul dengan budak-”

“Kau nak cakap apa sebenarnya? Aku penat ni.” Suara Ziana sedikit bengang. Fasha menarik nafas, menahan sabar.

“Kau keluar bercuti kat mana dengan Azhar?”Terdengar soalan Fasha, Ziana memandangnya tajam. Wajahnya kelihatan letih.

“Kan aku dah bagitahu kau, kan?”

“Jangan tipu aku. Ni kenapa macam kat luar negara ni?” Fasha menunjukkan gambar Ziana sedang berpelukan dengan Azhar di suatu tempat bersalji. Ziana melihat dengan jelas sebelum menjawab acuh tak acuh. Akaun Facebook Ziana dibanjiri oleh gambar gambar Ziana dan Azhar sedang seronok bercuti. “Oh, mula mula bf aku tu ajak pergi Pangkor je. Then, dia tukar plan last minit. Ajak pergi Switzerland. Aku pun follow jelah.”

Riak wajah Fasha berubah. “Kau ni tak reti bagitahu aku ke? Lama sangat ke kau kenal dengan Azhar tu, hah? Sampai dah berani pergi travel bagai. Nasib baik dia tak tebuk-” Kata kata Fasha terpotong apabila Ziana pantas membidasnya. “Mulut kau memang tak ada insurans kan? Eh dah lah, aku penat lah. Sejak aku dengan Azhar, ada je benda tak puas hati, kan? Kau tak payah nak jaga aku sangat lah. Aku dah besar. Mind on your own business!”

Fasha terdiam melihat Ziana terus masuk ke dalam bilik lantas menghempas pintu dengan kuat.

“HAA HEMPAS LA LAGI SAMPAI ROBOH!”

Fasha tak boleh berdiam diri. Baginya, perangai Ziana semakin menjadi jadi sejak berkawan dengan Azhar.
.
.
.
.

“You gaduh dengan housemate you?” Tanya Azhar. Ziana sekadar mengangguk perlahan. Tangan Ziana diusapnya perlahan bagi menyalur ketenangan.

“Hmm, I rasa sebersalah pulak dengan dia. You ada solution tak? Bila fikir balik, tak patut I buat dia macam tu, tengking tengking dia. Sebelum ni I okay je dengan dia.” Jelas Ziana. Jauh di sudut hatinya, terbit rasa bersalah dalam hati.

“Mintak maaf elok elok, buat apa yang dia suka dan tak suka. Lagipun dia kan dah lama jadi housemate you. Tak sedap pulak bermasam muka, kan?” Ziana merenung Azhar kemudian memberi senyuman manis.

“I hairan lah. Kenapa Fasha macam tak suka you eh. Padahal you ni baik tau. Memahami pulak tu.”

Senyuman Azhar diberi untuk Ziana. “Takpelah, tanggapan masing masing kan. Dia tak kenal I lagi.” Tangan Ziana dipegang lalu membelai perlahan.

“Haa, ke sebab dia tak suka I bercinta dengan muka pecah macam you?” Tanya Ziana spontan bercampur gurauan. Tapi malangnya lengan Ziana dicubit kuat dan dipukul. Ziana tergamam sebelum Azhar cepat cepat mengucapkan kata kata maaf dan mengusap di tempat lengan Ziana yang dicubit dan dipukul tadi.

“Maafkan I, sayang. I tak sengaja. I nak bergurau je.”

Ziana cuma menggeleng perlahan lantas tersenyum nipis. “I pun nak mintak maaf jugak sebab gurau kasar tadi.” Ziana menahan pedih kesan cubitan tadi.

“Kau tak payah berlagak heroin lah kat sini.” Tangan Azhar sudah kebas disebabkan terikat di dalam sangkar besi sederhana besar buatan Fasha sendiri.

“Well, heroin ni lah yang tak pernah berani sentuh Ziana walaupun dia degil nak mampus sebab kahwin dengan mamat dayus nak mampus macam kau ni. See? Tengoklah diri kau sekarang. Kau rasalah apa yang isteri kau yang kau anggap macam punching bag kau tu rasa.

Lagipun aku sebagai kawan Ziana, rasa kesian lah kat dia. Dia bukan jenis pengadu, dan lately ni dia banyak berdiam tapi aku boleh hidu ada yang tak kena dekat dia 2 bulan lepas korang kahwin.

Dan rupa rupanya..” Rambut Azhar ditariknya. “…kau buat dia macam tak ada maruah!”

“Kau jangan masuk campur lah perempuan!” Azhar meronta ronta minta dilepaskan. Dengan sekelip mata Fasha menarik kepala Azhar sehingga kepalanya terlanggar sangkar besi.

“Dah lah curang dengan PA sendiri, lepastu balik rumah terus pijak bini. Now? Mana PA kesayangan kau tu? Tak nampak nampak pulak.” Azhar meronta ronta sambil menjerit tapi sayangnya bilik itu kalis bunyi. “Bising lah pandai. Cliche lah kau ni, tak habis habis nak meronta ronta tak tentu pasal.”

“Kau buat apa dekat PA aku, huh?! Kau ada bukti ke?! [email protected]#$!”

Fasha tersenyum sinis lagi. “Tak buat apa apa pun. Hmm, kesian Ziana kan. Dia baik, cantik, pandai, tapi malang. Malang dapat lelaki macam kau, si hidung belang. Pantang nampak dahi licin, laju je kau eh. Muka kau tu takdelah handsome sangat. Tapi tu la, haih…”

“Lepaskan aku lah tak guna! Dia tu isteri aku, tahulah apa yang aku nak buat dan itu hak aku sebagai suami dia!” Fasha tergelak besar sampai berair matanya. Terhibur sejenak. “Kau ni kelakar jugak kan Azhar. Ni aku nak tanya, kau rasa seronok tak yang punching bag kau tu terkurung dalam ‘neraka’ kau?”

Azhar merenungnya tajam. Mahu saja dia menumbuk Fasha, tapi sayangnya tangannya terikat dengan gari pada kedua dua belah tangan. Nafasnya tak berhenti henti turun naik dengan laju, menahan marah yang membara.
“Aku rasa aku tak perlu jawab soalan kau. Dan untuk pengetahuan kau, kau siksalah aku berapa lama sekalipun, aku takkan ceraikan dia. Sebab dia milik aku sampai mati!”

“Ohh yeah? Wow sweetnya.” Fasha mengembungkan pipi sambil tangannya menepuk perlahan. Sekelip mata, wajahnya berubah sinis. “Then, kau duduk lah sini ye nigga? Terkurung dalam neraka buatan aku pulak. Mesti syiok.” Senyuman sinis Fasha bagai membakar bakar perasaan Azhar saat ini. Fasha menyedut air sirap di dalam bungkusan plastik lalu berjalan mengelilingi sangkar itu.

Azhar meronta geram. Dia tak boleh biarkan dirinya terus terkurung di dalam sangkar besi itu.

“Aku bukan binatang lah yang kau nak kurung kurung aku! [email protected]#&$&$*!!!”

“Kau layan Ziana macam binatang boleh pulak?!”

Segala kata kata cacian dan makian Azhar terbantut apabila mata Azhar memandang belakang Fasha. Kelibat berbaju blouse putih dengan kesan darah pada seluruh permukaan bajunya sedang merenungnya tajam. Azhar amat mengenali perempuan berambut panjang mengurai itu.

“Sayang! Maafkan Abang. Abang tak sengaja nak pukul Sayang! Abang janji Abang takkan pukul Sayang lagi. Lepaskan Abang please? Ziana sayang Abang, kan?” Gadis yang dianggap Ziana itu hanya diam tak berkutik. Berdiri di situ tanpa menghiraukan rayuan Azhar. Matanya merah sambil air matanya tiba tiba mengalir. Di sebalik rambutnya yang menutupi wajahnya, jelas kesan lebam merata rata. Bibirnya pecah.

“Hoi! Ziana kau tu mana ada kat sini. Kau cakap dengan siapa? Errr kau ni sekejap kelakar, sekejap menyeramkan.” Fasha merenung kawasan sekitar bilik stor yang hanya bertemankan lampu mentol yang agak malap itu. Fasha duduk melutut menggunakan sebelah kakinya, selaras dengan kedudukan Azhar yang masih merenung kelibat ‘Ziana’ itu. Tak bergerak gerak.

“Eeeiii dia ni! Kau tenung apa?!” Fasha yang mula geram bertindak menyimbah separuh bungkusan air sirap milik Fasha sehingga basah wajah dan juga baju Azhar. Azhar yang berang terus memaki hamun Fasha, namun kelibat ‘Ziana’ tadi terus berjalan sambil memegang sebilah pisau pemotong daging.

“Aku nampak Ziana la! Dia dekat situ! Kau nak simbah simbah aku apahal @&#&$&$!!! Kau tak nampak ke?!” Berkali kali Azhar memberi isyarat Ziana masih berada di situ sambil berjalan menghampirinya. Fasha semakin pening melihat karenah Azhar saling tak tumpah macam orang kurang kewarasan. Namun, perut Azhar terasa sebu apabila kelibat Ziana itu mula mengeluarkan pisau pemotong daging dan terus berjalan menghampiri sangkar besi.

“Diam boleh tak?! Aku dah cakap, Ziana tak ada dekat sini!” Azhar boleh dengar bunyi pisau pemotong daging mula menggesek sekitar sangkar besi seperti penjara itu sehingga telinga Azhar menjadi ngilu. Azhar merayu rayu dan berkali kali memohon maaf atas perbuatannya selama ni. Segala janji janji manis mula meniti di bibir, tapi sayangnya ‘Ziana’ yang dilihatnya sekarang ini hanya diam tak memberi sebarang respon.

Dan terus mengetuk getuk pagar besi itu dengan pisau pemotong daging. Fasha yang seperti tidak nampak akan kelibat Ziana hanya merenung Azhar dengan pandangan hairan sekali lagi.

“Sayang.. lepaskan Abang please. Abang tahu Abang salah..” Rambut Azhar ditarik oleh ‘Ziana’ dengan sekali rentapan. Kuku tajamnya mencucuk sedikit kulit kepala Azhar menyebabkan Azhar berdesis sakit. Perlahan lahan ‘Ziana’ mengusap perlahan tengkuk Azhar menggunakan pisau pemotong daging di tangannya. Azhar tak mampu berbuat apa apa selain hanya merayu berpuluh kali terhadap ‘isterinya’.

Mata Azhar terpejam erat apabila sebelah mata ‘Ziana’ terjojol keluar sebaik saja rambut Ziana yang menutupi wajahnya berterbangan. Sebelah tangan ‘Ziana’ yang masih memegang pisau memaksa Azhar untuk membuka matanya dengan kukunya yang tajam kehitaman. Akibat tak tahan kesan cucukan di bawah matanya, mata Azhar terbuka luas. Wajah ‘Ziana’ yang kebiruan lebam, pipi cengkungnya yang luka mengalirkan darah tanpa henti, dan sebelah matanya pula tertutup kerana kesan lebam yang agak besar. Seluruh tubuhnya mula dibasahi darah yang semakin membuak keluar.

“Ni semua kerja Abang. Abang nampak tak ni? Nampak tak?!” Suara ‘Ziana’ mendayu dayu sebelum bertukar garau seperti lelaki. Azhar meronta ronta dan berpuluh kali mengucap kata kata maaf dan berjanji ingin merawat luka luka ‘Ziana’ sehingga sembuh.

Beberapa detik kemudian, ‘Ziana’ menolaknya kuat sehingga kepala Azhar dihentak ke besi di tepinya.

“Dah lah, aku bagi kau masa 5 minit untuk keluar betulkan otak kau. Lama sangat agaknya mereput dalam ni sampai jadi gila.” Azhar tak menjawab. Sebaliknya, hanya perhatikan kelibat isterinya yang tak lepas memandangnya dengan amarah yang menggunung gunung.

Azhar tak mampu bertindak apa apa sebaik saja keluar daripada sangkar apabila dengan pantas ‘Ziana’ menyerangnya menyebabkan Azhar terbaring di atas lantai. Terasa tubuhnya lemah ditindih ‘Ziana’ sehingga tubuhnya bagai hilang deria rasa. Kemudian, sebelah tangan milik Azhar ditarik sehingga terletak kuat di atas lantai. Pisau yang masih setia dalam genggaman ‘Ziana’ betul betul berada selaras tangan milik Azhar.

“Sayang… maafkan Abang. Jangan buat Abang macam ni. Sayang tak sayang Abang ke?” Air mata Azhar yang sekian lama tak tumpah, akhirnya jatuh membasahi kolam matanya.

“Hoi! Bangunlah! Buang tebiat ke apa kau ni?!” Fasha menendang kuat kaki Azhar.

“ARGHHHHH!!!”

Seminggu sebelum kejadian…

Ubat halusinasi itu diberi oleh seorang gadis berambut panjang selaras bahu. “Kenapa kau bagi ubat ni?”

Ziana mengambilnya lalu membelek belek. Dia memandang Fasha di sebelahnya, dan Fasha mampu mengangkat bahu lalu kedua duanya memandang gadis di hadapannya kembali. “Saya… saya nak mintak maaf dekat akak Ziana sebab dah rosakkan rumahtangga kak Ziana. Saya taktahu yang bos saya-Encik Azhar dah kahwin dengan kak Ziana…” Ziana sekadar memberi isyarat tangan, menghentikan kata kata gadis berusia lewat 20 an itu.

“Tak apa, akak dah lama maafkan kau. Kau tak tahu, kan?”

Gadis itu sekadar mengangguk, malu.

“So, apa kena mengena dengan ubat ni?” Straight forward Fasha bertanya, dingin.

“Saya… erm, kalau kak Ziana dan kak Fasha tak keberatan, saya nak kita bertiga jadikan Encik Azhar… jadi gila.”

“Jadi gila?” Serentak Ziana dan Fasha memandang antara satu sama lain. “Dah kenapa kau nak buat suami orang macam tu?” Sekali lagi Fasha bersikap dingin menyebabkan gadis di hadapan mereka itu terus menunduk takut. Ziana menenangkannya dengan memberi isyarat mata. Dalam gadis itu menunduk, Fasha mengenyit mata terhadap Ziana sebelum tersenyum nakal.

Ziana terus menggelengkan kepala. Dah mula dah.

“Hmm, dengar macam menarik. Tapi, kena tanya isteri dia dulu. Macam mana?” Ziana mengetuk perlahan permukaan meja cafe yang terletak agak jauh daripada orang ramai.

“Setuju.” Dia sudah faham dan memang patut pun suaminya yang dayus itu diberi pengajaran sedikit. “Okay aku pun setuju lah kalau isteri dia pun setuju.” Dania perlahan lahan mengukirkan sebuah senyuman lega.

“Kak Ziana letak je ubat ni dalam air atau makanan dia. Mulai hari esok, dia akan nampak benda bukan bukan selepas dua jam. Apa yang dia nampak tu, hanyalah khayalannya, kesan daripada ubat ni.” Ziana semakin seronok mendengarnya tapi dalam masa yang sama dia rasa sebersalah. Ditolak perasaan serba salah itu jauh jauh, dan yang penting sekarang dia harus memberi pengajaran setimpal kepada Azhar.

“Kejap, kenapa kau pulak beriya nak balas dendam dekat Azhar?” Tanya Fasha, kali ini suaranya kurang dingin.

“Sebab dia dah tipu saya hidup hidup. Dia kata dia tak kahwin lagi.” Dania menunduk seketika. “Saya benci penipu. Kak Ziana dan kak Fasha mesti benci penipu jugak, kan?”

Senyuman Ziana serta Fasha semakin melebar. Dalam diam, tangan mereka berdua memberi tepukan high-five di bawah meja.

Sehari selepas kejadian…

Fasha mengintai Azhar yang sudah terkulai layu di dalam sangkar besi. Dia berbangga dengan Ziana sebab menjalankan kerja dengan baik sekali dan sanggup berdandan untuk menakutkan Azhar. Tentang mata palsu yang digunakan Ziana, entah mana Ziana beli, Fasha tak ambil tahu. Yang penting penampilan Ziana amat menyeramkan semalam sehingga bulu romanya berdiri.

Pintu utama dibuka dari luar. Fasha kerling jam di dinding, baru pukul 8 pagi. Ziana pergi mana tadi?

“Eh Fasha, awal bangun.” Tegur Ziana. Beg galasnya diletak di atas sofa lalu menyalam Fasha menyebabkan Fasha terdiam sebentar.

“Aik kau pergi mana tadi sampai bawak beg bagai ni? Tak bagitahu aku pun?”

Ziana memandangnya hairan. “Tadi? Babe, kan aku dah WhatsApp kau malam semalam yang aku balik kampung, mak aku demam panas. Lupa eh?”

Fasha tidak bersuara. Lidahnya kelu. Dia masuk bilik lalu melihat telefonnya. Telefonnya habis bateri sejak semalam lagi! Terlupa nak mengecajnya. Selepas ‘mengerjakan’ Azhar dekat dalam bilik belakang malam semalam, Fasha terus masuk tidur.

“Bukan kau ada sekali ke dengan aku kerjakan si suami kau tu semalam? Siap berdandan tebal tebal nak takutkan dia. Ubat halusinasi yang Dania bagi tu lambat sangat kesan dia sebab tu aku beriya suruh kau dandan tebal tebal nak takutkan suami kau tu.” Fasha tak puas hati. Ziana pula semakin hairan.

“Laaa memang la mula mula kita plan nak kenakan suami aku tu. Kan aku keluar kejap beli barang malam semalam. Lepastu, aku dapat panggilan daripada ayah aku yang mak aku demam panas kat kampung. Masa tu jugak aku mesej kau tapi kau tak balas. Sebab aku malas nak naik rumah. Aku terus balik kampung naik bas. Aku pun anggap jelah kau akan baca harini. Sebab aku call kau tak dapat dapat. Jadi, aku anggap lah plan kita tak jadi.” Lagi sekali Fasha terdiam. Habis, siapa yang jadi Ziana semalam? Setahunya, dia tak upah siapa siapa untuk menakutkan Azhar.

“Jadi, kau tak naik rumah lah semalam lepas turun bawah beli makanan?” Ziana menggeleng. Perut Fasha semakin kecut. Kalau bukan Ziana, dengan makhluk mana dia bekerjasama malam semalam?

“Fasha? Kenapa pucat muka kau ni? Kau okay tak?”

Fasha tak mampu berkata apa apa selepas itu. Terbayang wajah ‘Ziana’ yang amat mengerikan semalam.

-TAMAT-

SHARE
Previous articleHEXAKOSIOIHEXEKONTAHEXAPHOBIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here