ARCA SI PSIKOPAT

0
201

ARCA SI PSIKOPAT

Karya: @Zianazahari

======================

“DIAM!”

Bentaknya kasar sambil mencengkam rahang si mangsa .Gerudi didekatkan lagi ke arah wajah mangsanya.

Zzzrrrrrrrrr…..

Begitulah bunyi gerudi tersebut tatkala ia sedang asyik menggerudi dagu si mangsa. Kelopak mata mangsa pula telah dipinkan menggunakan pin besar. Kelopak mata tersebut dilipatkan sehingga menampakkan isi bahagian dalamnya. Mata putih si mangsa yang amat malang itu pula kelihatan merah. Uratnya berseliratan dan timbul di permukaan mata.

Topeng putih roman berwajah lelaki tersenyum lebar dibetulkan kedudukannya supaya percikan darah dari dagu dan leher si mangsa tidak terpancut ke wajah kacaknya.
Hanya linangan airmata yang bercampur darah menemani mangsa. Mulut mangsa kemudiannya dijahit silang pangkah secara paksa. Rontaan dan jeritan si mangsa langsung tidak dipedulikan. Ketangkasan lelaki tersebut lebih memonopoli keadaan.

Si mangsa juga semakin lemah dek dehidrasi dan juga kelaparan. Sengaja lelaki psiko itu menderanya dengan tidak memberinya makan.

“Aku tak mahu perutnya terisi dengan makanan, sukar untuk aku mencucinya nanti”. Itulah antara kata- kata hati lelaki psikopat yang Maha kejam itu.

Dagu yang telah berlubang besar dan masih lagi mengeluarkan darah disumbatkan dengan kain putih yang telah direndamkan dalam baldi berisi cecair alkohol. Bergegar kerusi dek tubuh yang menggelupur hebat. Kesakitannya tidak tertanggung tatkala cecair itu menyerap ke dalam isi tubuh. Merentap sensori kesakitan. Berdenyut-denyut rasanya.

Kini dagu pula disumbatkan dengan kain yang dibasahi cecair yang sama. Lelaki psikopat itu mahu membersih dan menyahkan bau hanyir darah sebelum dia memakukan papan kecil berkerawang indah. Tujuannya supaya ruang yang terpelohong itu tertutup indah!

Inikan arca teragungnya. Sudah tentu dia mahukan hasil yang terbaik nanti.

Arca manusia itu bakal dipamerkan dan dijual kepada si pembeli yang meminatinya.Sekilas, dia mengerling ke arah hadapannya. Arca-arca manusia bersusunan dengan pelbagai gaya dan ekspresi. Akan tetapi, kebanyakannya berwajah penuh trauma. Ada yang ternganga mulut, mata terbuntang penuh ngeri dan tidak kurang juga yang berwajah terkejut.
Bagi lelaki berperwatakan psikopat tersebut, itulah seni!

Berbalik semula kepada ukiran arca terbarunya kini, setelah dia memastikan lubang pada dagu dan leher telah dibersihkan sebersih- bersihnya, tukul dan paku dicapai sementara papan kecil berukiran kerawang diletakkan terlebih dahulu. Sudut kiri dan kanan papan tersebut dipaku.

Berulang kali dia mengetuk paku tersebut. Paku itu terbenam ke dalam papan serta isi mangsa. Maka terlekatlah papan kecil itu di dagu dan leher mangsa.

Kepala si mangsa telah pun terlentok. Tubuh tanpa alas itu masih lagi dikotori dengan darah. Ada darah segar dan yang kering. Semuanya bercampur.

“Kenapa aku rasa macam ada yang kurang pada arca aku ini?” Omel lelaki itu sambil memegang dagu. Liar dia mengitari jasad yang bakal diawetkan sebentar lagi.

Matanya memerhati satu persatu hasil kerjanya yang telah dilakukan tadi. Dari mata yang berpin pada kelopak mata, pandangannya turun ke bibir berjahit silang. Pandangan kemudian diturunkan lagi ke arah dagu dan leher yang telah ditutupi dengan papan kecil berkerawang.

“Ya, jantung! Tak mengapa, aku mahu jantung arca manusia yang layak di panggil patung ini kekal di tempatnya.”

Dia takkan sentuh bahagian dada dan perut seperti yang dilakukan sebelum ini.
Syringe yang telah dilengkapi jarum suntikan dicapai. Di dalamnya ada sejenis cecair pengawet.

Arca itu kemudiannya disuntik dengan cecair pengawet itu. Setelah itu ,arca berkenaan dibiarkan selama sejam. Sejam kemudian, lelaki itu mengangkat arca yang semakin kaku. Diseretnya terus ke dinding di mana dia telah menyediakan bingkai petak besar. Terdapat ruang kosong di dalamnya.

Gergaji elektrik dihidupkan lalu dibawa mendekati paha arca. Arca seorang lelaki berambut panjang itu hanya kaku tatkala mata gergaji itu dibenamkan ke isi pahanya.

Bersemburan darah ,daging serta serpihan tulangnya ke topeng, gergaji, baju, serta dinding. Lantai pula dibanjiri dengan darah!
Satu botol besar alkohol terus dituangkan ke atas arca. Lelaki tadi mengenakan sarung tangan hitam dan terus menyapu cecair tersebut ke seluruh tubuh yang telah kaku dan keras itu. Disapu serta disental permukaan arca tersebut sehingga darah yang melekat pada tubuh tegap tersebut hilang dan tidak mempunyai sebarang kesan lagi.

Belakang tubuh si mati, telah ditanamkan tiga cangkuk besar. Arca manusia malang itu bakal digantungkan pada palang bingkai yang telah dia sediakan.

Dengan menggunakan tangga, lelaki psikopat itu terus menggantungkan arca tersebut. Dia berdiri tegak sambil melangut pada bingkai dan arca yang tergantung tanpa kedua-dua belah kaki.

Tangan arca disilangkan dan dililitkan dengan rantai besi. Hujung rantai pula terus disangkutkan pada pencangkuk di dagu dan juga lehernya. Papan yang dipaku pada dagu dan leher adalah papan yang telah direka khas untuk meletakkan tempat cangkuk atau sebarang rantai besi.

“Arca teragung aku telah pun siap!” Ujarnya penuh bangga.Tidak lama lagi bilik pameran itu bakal dibuka untuk tontonan umum!

Tetapi,sebelum itu kawasan yang sangat kotor ini perlu dibersihkan dahulu!

*******

Mata lelaki itu tertancap lama pada seorang gadis berblaus putih dan berseluar slack. Gadis itu kelihatan kagum dengan arca yang tergantung di dalam bingkai.

“Kenapa wajah patung ini sama dengan mangsa kes hilang tu?” Gadis manis itu tertanya- tanya pada dirinya sendiri. Sedang tangannya hendak menyentuh arca pelik itu,dia telah disapa oleh seseorang dari belakang. Perlakuannya itu terhenti lalu dia berpaling ke arah suara yang menyapanya. Kelihatan seorang lelaki lengkap dengan suit ala korporat sedang melangkah ke arahnya.

“Hai berminat dengan arca terbaru rekaan saya?”

“Oh! Ha’ah! Ya, saya kagum sangat- sangat dengan daya kreativiti awak, Encik Jonathan Haqeem”

“Jika awak mahu, saya boleh ciptakan arca mirip awak…” ujar lelaki kacak bertuxedo tersebut penuh makna tersirat.

“Really? Wah! Mahu!”

Lelaki itu tersenyum.

“Jom, kita keluar minum dulu. Kita bincang konsep untuk arca wajah awak nanti. Saya yakin pasti menarik.”

Gadis itu tersenyum girang dan bersetuju tanpa mengetahui bahawa keterujaannya itu bakal memerangkap dirinya. Perangkap untuk menjadikannya koleksi baru arca si lelaki psikopat!

-TAMAT-

Suntingan Gambar: Gongpal Topek

SHARE
Previous articleTUNAKARYA
Next articleTEKSI MERAH RIZ AQASHA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here