Angkara Mulut

0
1569

Angkara Mulut
Nukilan: YUnk TiPah

**Karya asal yang tidak disunting.
===============================

Aku bergegas meluru ke kereta selepas ibu mendapat panggilan dari kakak sulungnya bahawa adik bongsu mereka sakit. Lantas aku menghidupkan enjin kereta untuk membawa ibu ke rumah Acik, panggilan aku kepada adik bongsu ibu. Tali pinggang keledar ditarik dan dipakai. Walaupun kita hendak bergegas tetapi jangan dilupa keselamatan.

“Cepat Bu! Ila dah ready semua.”

Kalut ibuku menyarungkan tudung berjenama Neelofa hitamnya menutup seluruh rambut dan dada. Ibu terkocoh-kocoh menutup pintu dan mengunci gril pintu rumah. Hampir sahaja dia tergelecok dari tangga rumah kami.

“Tak perlu tunggu ayah kamu. Go go! Gerak gerak!”

Hampir sahaja aku melempiaskan kegelakkan aku mendengar arahan ibu namun aku cuba bertahan risau kalau-kalau dikatuknya nanti. Pedal ditekan lantas roda kereta mula melakukan tugasnya. Perjalanan untuk ke rumah Acik tidak jauh hanya memakan masa 25 minit dengan menaiki kereta.

Tiba sahaja di rumah Acik, belum sempat aku menarik brek tangan ibuku sudah membuka pintu dan melompat. Kelihatan seperti wonder woman pula pada pengamatanku. Hairan pun ada kerana ibuku sudah lama tidak bertegur sapa akibat salah faham. Hampir 5 tahun kiraanku! Benarlah kata orang-orang dahulu, air dicincang tidak akan putus melainkan anda tidak bayar bil!

Kaki melangkah keluar dari perut Saga FLX merah. Sebaik sahaja punat pada kunci kereta tditekan aku menuju masuk ke dalam rumahnya. Hanya tangisan dan raungan dari ahli keluarga kedengaran. Aku juga turut berasa pilu melihat keadaan Acik sedemikian. Cuma air mataku ingkar untuk mengalir. Malah bergenang di kelopak mata pun ia tidak sudi.

Keadaan Acik perutnya mengembang. Lebih besar dari ibu mengandung 9 bulan 10 hari. Selimut untuk menyelubunginya terselak sedikit akibat rontaan kesakitan yang dihadapi. Aku melihat seperti garis-garis urat hijau di perutnya seakan-akan ingin pecah. Tangan dan kaki membengkok metul-betul menyerupai katak yang sedang terlentang. Aku juga terhidu bauan yang sangat meloyakan. Hampir sahaja aku meluahkan isi perutku namun ditahan bagi menghormati Acik. Permukaan kulitnya mengelupas menggerutu dan berkedut-kedut. Lebih mudah bagi aku mengatakan hampir sama dengan si kodok yang kekembungan.

Matahari hampir melabuhkan tirainya menandakan waktu ingin masuk ke senja. Kami semua kaget kerana Acik meronta-ronta kepanasan dan berasa dahaga Diberi air sejuk dibalingnya. Katanya air itu panas. Jari tangannya pula menjelajah serata permukaan kulit yang boleh dicapai. kukunya ditekan-tekan supaya kepuasan tercapai. Kelihatan seperti seseorang yang teramat gatal akibat seluruh badan diketik nyamuk. Aku melihat penuh darah dan nanah keluar dari lubang-lubang kecil di kulit mukanya. Tidak mampu untuk aku menceritakan dengan lebih terperinci.

Sebaik sahaja kedengaran Azan Maghrib berkumandang, Acik lesu dan terus kembali baring di atas totonya. Ahli keluarga yang lain hanya mampu melihat kerana kata mereka sejak 3 hari yang lalu, beginilah keadaannya. Ditahan macam mana pun tetap tidak dapat memberhentikan Acik. Aku juga melihat perut yang kembung surut ketika azan. Namun sesudah sahaja azan dilaungkan perutnya kembali membesar. Aku tidak mengerti kenapa bibirku terukir senyuman melihat penderitaannya.

***

“Aduh…! Raya pertama la perut ni nak buat hal. Nak gi semayang raya pun tak dapat Padan juga dengan muka aku nak diet sangat sampai tak makan. Ni dah sah la gastrik.” Omel aku sambil menekan-nekan perut yang kesakitan. Aku hanya mampu merehatkan diri tetapi penyudahnya aku meminta tolong kakakku membawaku ke unit kecemasan hospital kerajaan kerana tidak tertanggung peritnya sakit.

Ketika kaki ku melangkah lesu dari satu ke satu anak tangga menuju beranda, kedengaran mulu-mulut puaka melemparkan fitnah terhadap diri aku. Oh ya, rumah adik beradik ibuku memang dekat jaraknya. Setiap kali raya mereka akan menyinggah mengisi perut mereka dengan masakan ibuku sebelum menunaikan solat sunat raya di masjid berdekatan.

“Ngah, anak Ucu tu dah hilang maruahnya. Tu kompom ngandungkan anak luar nikah. Maknya mestilah bela anak. Cover line kata gastrik konon. Ngah percaya ke? Budak sekarang. Ish. Mintak simpang ler. Jangan la bagi anak-anak pompuan kita rapat dengan anaknya Ucu ni. Sesat jadinya. Rosak kak oi. ROSAK!”

“Acik, betul ke? Tapi memang dengar kata Ila ni kaki tonggek atas motor bebudak jantan tu. Kata Ucu konvoi. Tapi tah ler. Gamaknya jadi habuan kat serigala-serigala jadian tu. Bak kate orang rempit jadi minah kerokero tu.”

“Pernah jugak Acik nampak leher dia ada pe jadah orang panggil tu. lobait? Lubait? Labait? Tapi kata Ila nyamuk ketik. Punya banyak merah-merah tak logik la kesan nyamuk tapi Acik iyakan aje la.”

Aku hanya mampu menyumpah seranah di dalam benak hatiku memang kebetulan pada minggu lalu ketika dia bertandang aku baru sudah mandi selepas membantu ayah membersihkan kebun kecil kami. Faham-faham la, semua nyamuk keluar akibat tempat penginapannya kami ganggu. Habis penuh badan aku dengan gigitan nyamuk. Aku pula spesies gadis kasar tidak mengendahkan bahana yang akan menimpa kulit gebuku. Angkaranya merah di serata tubuhku. Buta agaknya Acik ni kena gigit nyamuk dengan love bite pun tak reti beza. Cikaro pun jadi kero-kero. Sebut pun terkulat-kulat, mandai nak ngumpat guna bahasa wechat!

Aku melihat ibuku bergegas keluar dari pintu rumah, air matanya menitis mengalir dari pipi mulusnya. Aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan menyuruh kakakku bergegas ke hospital kerana tidak mampu melihat ibu menangis.

Ketika di dalam kereta kakakku meminta aku mengabaikan kata-kata Acik dan Maklong. Memang katanya Acik baik di hadapan aku ibarat kawan kerana dia berjiwa muda namun di belakang melempar fitnah. Dengan kakakku juga dihinanya aku. Katanya aku cikaro bagai. Sedangkan aku hanya melempiaskan nafsu aku terhadap keghairahan dalam berkonvoi dengan motor kapcai. Bukannya terhadap manusia bernama lelaki. Salahkah hobiku ini?

Aku pernah melihat gambar-gambar dia mengikuti suaminya berkonvoi kereta. Kelihatan tergedik-gedik mengangkat punggung menunjukkan bentuk badan di hadapan kereta. Dengan berpakaian sendat tudung diselimpang menyerlahkan aset dada. Hujung baju juga diikat pintal menunjukkan bentuk pinggang dan singkat. Jika dia menonggek sedikit pasti lurah punggungnya kelihatan. Itu tidak dikira pula cikaro?

Sebenarnya bukan aku sahaja menjadi mangsa fitnatul dajjal Acik, sepupu yang lain juga terpalit perkara yang sama kata kakakku. Sesudah selesai menerima rawatan dari hospital aku mengajak kakakku berjumpa dengan sepupu rapat. Jam baru menunjukkan 2 petang. Aku menelefon sepupu yang akrab berkumpul di rumah Zakir, Sesampai sahaja di sana masing-masing meluahkan perasaan yang telah lama terpendam. Mereka sudah lama tahu tentang mulut puaka Acik. Nampak sangat aku ketinggalan jauh.
“Lina ada kenal bomoh ni. Dulu ada teman kawan seasrama jumpa. Dia buat busung katak kat orang yang aniaya dia.”

“Kalau macam tu kita semua pergi sekali satu kereta. Cukup la dengan kereta Alza Lina ni. Aku, kakak, Lina, Sophie, Timah, Fizi dengan Zakir.”

“Akir takut la. Tak apa ke kita buat ni. Akir pernah terbaca busung-busung ni boleh bawa maut.”

“Kita nak bagi dia sedar sahaja. Sapa cakap nak busungkan. kita kan belum decide lagi. Kita tanya dulu akibatnya. Lina, Ingat tak barang apa yang perlu bawa. Kalau benda mudah kita readykan aje. Mane tahu boleh terus on je.” Pintas Timah.

“Yang untuk busung katak tu tau la. Pengeras kena ada. Kita share sorang sikit la. Harap cukup la. Tengah bulan kan. Faham-faham jela. Hihii… Katak sekor.. Lain aku tak sure la. Benda dah setahun dua. Tak tau la kalau-kalau bomoh ni upgrade lagi barangnya.”

“Aku rasa kita dah boleh siap-siap. Akir ada bela kodok gemok kat kolam kecik dia tu kan? Aku ada nampak tadi. Kodok tu dah besar dua tapak tangan yang ditadahkan. Wuuu~”

“Ambil la. Penat jugak Akir nak bela. Nampak kan betapa bergunanya kodok yang korang hina-hina dulu.”

Kami semua meledakkan tawa dengan omelan Zakir tadi. Setelah mempersiapkan diri kami semua memasuki kereta Lina. Perjalan memakan masa 45minit. Sebelum bergerak kami masing-masing menelefon ibu dan ayah untuk memberitahu kami pergi berjalan-jalan untuk beraya supaya mereka tidak risau. Aku yang gastrik pun boleh hilang sakitnya bila hati terlalu memuncak dengan dendam yang bergelora.

Setiba sahaja di kawasan perkampungan itu, kami melihat sebiji kereta Vios Toyota di hadapan rumah bomoh terbabit. Lina melajakkan keretanya dan parkir di sebalik rumah yang tiada penghuni di sebelah rumah tok bomoh.

“Wei. Korang nampak tak kereta Pak Acik tu. Dia buat apa kat situ. Padan aku tak nampak dia tadi kat masjid. Acik kata laki dia ada koje. Fuh, nasib aku kenal nombor plet kereta dia.” Tempik Lina.

“Pandai U parking kat sini. Tak ada la Pak Acik nampak. Jom kita ngintai. I tengok rumah tu macam nak runtuh je. Mesti ada lubang-lubang yang boleh kita intai.”

Kami yang lain berpandangan sesama diri dan mengangkat kening menunjukkan tanda bersetuju dengan cadangan Sophie. Masing-masing bercicit lari risau yang di dalam rumah menghidu kehadiran kami. Lubang tidak kami jumpa. Tetapi kami semua merapatkan telinga ke papan rumahnya.

“Pak Itam, saya dah tak tahan dengan isteri saya. Mulut dah la suka sebar fitnah, Kutuk orang. Aib saya pun dia bukak. Anak saya 3 orang tapi 2 daripadanya bukan anak kandung saya. Saya dah banyak kali nasihat. Banyak kali terima kesalahan dan kecurangan dia. Tapi dia menggunakan tubuh badan untuk dapatkan duit supaya dapat membeli barang perhiasan bagai tu tak boleh dibendung lagi. Harta saya semua dah bawah namanya. Kalau saya ceraikan dia memang sah la saya jadi kedana!”

“Pak Itam faham. Kamu cakap tadi nak busung katak kan? Aku dah Google tunjuk gambor bagai siap penerangan akibatnya. Kamu sanggup tengok bini kamu ghupe gambor-gambor tu? Kalau setuju kamu bagi aku 2ribu dengan katak hidup sekor. Yang lain aku akan sediakan.”

Tiba-tiba satu mentol besar timbul di penjuru atas kepalaku menandakan idea yang bernas timbul. Aku terus berlari ke arah tangga kayu rumah bomoh dan menghempas kotak plastik berisi kodok Zakir lalu menggapai tangan kanan memberi isyarat kepada yang lain untuk lari ke rumah sebelah di mana kereta Lina diparkir. Ketika berlari kedengaran suara bomoh menjerit dengan suara kecil.

“Maznah ke tu? Masuk la. Pintu tak kunci.”

Aku yang sedang kalut melarikan diri tidak pasti mahu ketawa atau mahu berasa kaget. Yang lain juga aku lihat sedang menahan ketawa dengan menutup mulut takut-takut suara terbobos keluar dari anak tekak. Barangkali Bomoh ini suka tengok cerita dari pengarah Mamat Khalid tekaku.

Selepas berjaya menyorok di sebalik dinding rumah itu, kami mengintai sedikit. Walaupun jarak kami jauh tapi kami pasti yang Pak Acik tersenyum melihat katak itu dan terus membawa masuk ke dalam semula. Apa yang terjadi seterusnya kami tidak tahu. Malah aku mengajak mereka pulang dan singgah di kedai makanan barat memandangkan duit untuk membomohkan Acik tidak perlu digunakan. Kami hanya bekalkan seekor kodok. Itu pun kami dapat dengan percuma!

***

Tiga bulan telah berlalu namun keadaan Acik semakin tenat. Tiada tanda-tanda akan sihat semula. Setiap minggu aku bawa ibu dan ayah ziarah. Sedang aku mengelamun memikirkan jodohku, tiba-tiba aku terdengar tangisan dari ibu. Rupanya ibu mendapat panggilan telefon dari Pak Acik dan telah diberitahu bahawa Acik telah pergi meninggalkan dunia.

Bagi aku biarlah dia pergi dari menanggung sakit. Kami bersiap dan berkumpul di rumah Acik. Sedang aku ralit melihat keadaan, Pak Acik berjalan menuju aku. Kelihatan senyuman sinis di bibir merahnya. Dia memegang bahuku dan berbisik di cuping telinga aku.

“THANKS FOR THE BIG TUMMY FROGGY!”

– TAMAT-

SHARE
Previous articleKAWAN
Next articlePSIKO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here